Thursday 19 January 2017

ANNIVERSARY SALE






ANNIVERSARY SALE!!!
Sempena menyambut Ulang Tahun Penerbitan Kaseh yang pertama, Kaseh dan Readers Heaven Coffee akan membuat Jualan Ulang Tahun yang akan bermula pada 26 Jan - 5 Feb, 2017 @ Readers Heaven & Coffee jam 10 am - 7 pm.
Partner bersama Kaseh, Penerbitan Bes Q dan Prolog Med juga akan bersama menyertai Jualan Ulang Tahun ini. Jika anda masih mencari-cari buku-buku Kaseh, BesQ dan Prolog, inilah masanya kerana kami menawarkan diskaun menarik dan hadiah baucer untuk pembelian melebihi RM50. Readers Heaven & Coffee juga menawarkan potongan harga untuk buku-buku di kafe.
Warga-warga Bangi, Kajang, Putrajaya, Nilai, KL dan kawasan yang sewaktu dengannya, datanglah beramai-ramai memeriahkan Ulang Tahun Kaseh. Jangan lupa ajaklah kawan-kawan. Kami menanti anda semua :-)

Wednesday 18 January 2017

PRE-ORDER DIA YANG BERNAMA ADAM

EDISI KHAS 









Assalamualaikum & Selamat Petang....

Sempena Ulangtahun Penerbitan Kaseh yang pertama, KASEH 'menghadiahkan' sebuah novel EDISI KHAS istimewa untuk pembaca dan peminat novel KASEH. 

DIA YANG BERNAMA ADAM ~ Dilla Ahmad

Kata Nur Balkis, Balkis hanya untuk Sulaiman dan Adam hanya untuk Hawa. 

Kata Adam, jangan nak mengada nak ubah kisah mereka berdua. Adam tetap untuk Balkis dan Nur Balkis hanya untuk Adam Nazwan.

PRE ORDER sudah dibuka sehingga 31 Januari 2017. Tunggu apa lagi...JOM ORDER SEKARANG!

 —


DIA YANG BERNAMA ADAM / DILLA AHMAD


BLURB



Kata Nur Balkis, Balkis hanya untuk Sulaiman dan Adam hanya untuk Hawa
               
               Kata Adam, jangan nak mengada nak ubah kisah mereka berdua. Adam tetap untuk Balkis dan Nur Balkis hanya untuk Adam Nazwan

               "Balkis, nanti kalau aku pergi kolej, boleh tak aku whatsapp kau hari-hari? Manalah tahukan. Kau rindukan aku ke.."- ADAM

               "Yang kau sibuk nak whatsapp aku kenapa pulak, Adam? Baik kau whatsapp mak ngah tu. Ada jugak faedahnya. Lagi satu, aku ni pangkat kakak eh. Jangan lupa tu."- Balkis

               Adam sayangkan Nur Balkis sejak dia mula mengenali makna cinta dan mengetahui sepupunya itu bukan ada apa-apa pertalian darah dengannya. Walau Nur Balkis menganggap dia lagi tua daripada Adam dan patut dipanggil Kak Akis, Adam buat tak kesah aje.

               Rasa cintanya kepada Nur Balkis dihalang oleh mamanya iaitu mak ngah Balkis. Lalu Nur Balkis cuba menjauh dan bertunangan dengan Hariz, bekas bosnya. Mungkin dengan cara itu saja dia dapat melupakan Adam. Namun, pertunangan mereka tak lama bila Balkis memutuskan pertunangan itu sebab Hariz menjalinkan hubungan dengan kawan baik Balkis sendiri, Adira.

               Adam pula telah dijodohkan oleh mamanya dengan seorang model, Aqilah. Atas sebab-sebab tertentu pertunangan itu diputuskan oleh Adam. Adam cuba mendekati Balkis semula. Hubungan baik dan mesra itu tidak disenangi oleh mak ngah Balkis.

               Lalu Adam membawa diri jauh dari keluarga. Balkis juga membawa hati yang lara dan terpaksa melukakan hati Adam sekali lagi bila memikirkan perasaan mak ngahnya.

               "Apa yang awak buat ni lagi melukakan hati saya, Nur Balkis. Semua ... yang awak lakukan dulu melukakan hati saya. Awak langsung tak mahu memahami perasaan saya..."- ADAM

                Demi rasa cinta yang mendalam, Adam sanggup mempertahankan perasaannya. Untuk Nur Balkis, dia sanggup berdepan dengan apa saja dugaan.

                "Kalau dah sayang, apa nak ditakutkan? Saya akan sentiasa bersama awak, Nur Balkis!"- ADAM