Thursday 20 July 2017

GRAVITI - PRE ORDER



Jom dapatkan Graviti... kisah cinta JADE, R'ANS dan SHAF...

antung R’an berdegup pantas tatkala Jade dengan selamba memeluk bahunya. Sesekali dia cuba merenung Jade yang berdiri tidak jauh darinya. Tatkala matanya bertembung sepasang mata milik Jade, cepat-cepat dia melarikan pandangannya. Dia mengawal debaran di dada yang kian menggila. Ajin memaut bahu R’an agar berjalan beriringan dengannya.

“Woi, hero!” laung Jade. Chip dan Ajin memberhentikan langkah mereka dan berpaling memandang wajah Jade yang sedang mengukirkan senyuman itu.

“Apa?” Chip menyoal dingin.
“Balik nanti tanya dengan Jijo... siapa first kiss Raihan Nasuha kesayangan kau orang,” laung Jade dengan tawa kecil di bibirnya.
“Sengal! Budak tu nak kena bunuh ke apa?” Chip mengetap bibir. Renungannya tajam menikam wajah Jade.
“Tak! Aku rasa dia nak kena tanam hidup-hidup ni!” Ajin pula bersuara tidak puas hati. R’an diam tidak berkutik.

Dengan pantas Chip dan Ajin memimpin R’an. Pipi gadis itu memerah bagaikan udang dibakar saja. Pantas mereka mengayun langkah. Mulut kedua mereka becok membincangkan cara hendak menghapuskan budak bernama Muhammad Zaid Ashraf.

Jade yang sedang melihat tiga susuk tubuh yang melangkah pergi dari sebalik langsir ketawa perlahan sambil menggeleng.

*************************
Siapakah yang berjaya mendapatkan first kiss R'an tu? 


#pilihKASEH
#terimaKASEH
#graviti
#JadeR'an

GRAVITI - R'ANS



GRAVITI
ISBN: 978-967-2035-17-6
RM29(SM)/RM32(SS)
TERBITAN: JULAI 2017

Raihan Nasuha, tidak ubah bagaikan berlian Kohinoor yang sentiasa dikawal ketat. Hendak mendekati R’an, kena lalui barisan pengawalnya yang terlalu protective.

Jade, si pemuda nakal dan ceria, tidak ubah seperti Robin Hood yang cuba mahu mencuri berlian Kohinoor yang dikawal rapi itu. 

“Kau ini gila tau tak?”- R’an.
“Yup. Aku tahu. Aku gila, gila dengan kau.” - Jade.

Masalahnya, hendak melepasi kawalan barisan pengawal R’an bukan tugas mudah. Tetapi, kerana cinta, Jade tidak kenal erti putus asa. Akhirnya Jade berjaya menakluki sekeping hati milik R’an. Cinta dan perhatian Jade tumpah sepenuhnya untuk R’an, menjadikan hidup R’an dipenuhi warna-warna bahagia. Cumanya, tiada siapa mampu menduga, takdir hadir membawanya pergi jauh dari R’an. 

R’an mula hilang punca apabila pemilik hatinya tiba-tiba hilang tanpa berita, meninggalkan dia menanggung kesedihan sendirian. Saban hari, tanpa putus asa, dia menanti kepulangan Jade, namun lain yang dinanti, lain yang muncul. Kemunculan Shaf dalam hubungan mereka, menjadikan hati R’an mula tidak keruan.

Hanya kerana sekeping gambar, tanpa sedar, Shaf jatuh hati pada R’an. Bertahun, hanya gambar R’an menjadi peneman dan pembakar semangatnya untuk meneruskan hidup. Hinggalah satu hari pencuri hatinya itu muncul di depan mata, membuatkan jantung Shaf berdegup kencang dan dia bertekad mahu memiliki R’an.

Isaac Newton menemui graviti apabila sebiji epal jatuh di kepalanya.
Aku pula menemui cinta apabila jatuh hati pada kau - Shaf.

R'an mula menjadi gelisah dan resah apabila Shaf bagaikan bayang-bayang yang mengejar dirinya. Semakin jauh dia berlari, semakin Shaf menghampiri. Makin ditolak, makin dia mendekat. 

R’an keliru. Antara cinta Jade dan Shaf, yang manakah perlu dipilih? Mampukah cinta dia bersama Jade bertahan hingga ke akhirnya, atau adakah cinta Shaf yang bakal menjadi peneman hingga akhir hayat?

Cinta itu bagaikan graviti, walau jauh mana kita berlari, walau tinggi mana kita terbang, bila tiba waktunya, kita akan tertarik dan jatuh cinta tanpa kita sedari.

#graviti
#JadeR'ans
#JomOrder

Kaseh...it's about Love