Saturday 4 July 2020

SECEBIS CINTA TIHANI

SECEBIS CINTA TIHANI
EDNIN
ISBN: 978-967-2035-63-3
RM30(SM)/RM33(SS)
TERBITAN: MEI 2020


Realiti hidup Tihani tak seindah yang disangka. Dia diasuh yang tak semua benda akan berakhir dengan kebahagiaan. Dan kadang-kadang perpisahan itu lebih membahagiakan. Dari situ, dia melihat dunia dengan cara yang berbeza.
 “I rasa penting untuk kita kena merancang dengan apa yang kita ada hari ini, untuk kesenangan masa depan.” - Tihani
“Kalau you terlalu fokuskan pada masa hadapan... you akan kehilangan hari ini.” - Imar.
Mungkin betul kata orang, hati seorang Tihani itu terlalu sempit dan tertutup ruangnya. Bagi Tihani, lebih baik mencegah dari merawat hati yang patah.
Datang pula seorang Imar, lelaki yang punya hati besar dan sanggup berkorban untuk orang kesayangannya. Dan takdir membuatkan mereka dijodohkan sebagai suami isteri. Alasan Imar kerana desakan keluarganya, manakala Tihani pula dihukum atas kesilapan adik sendiri.
Namun bagaimana kalau tembok yang diciptakan Tihani terlalu tinggi untuk Imar jangkau di saat lelaki itu sedar rasa dalam hatinya? Cukup kuatkah cinta seorang Imar kepada Tihani?
“I really love you, sayang.” - Imar
“I pilih you. Dan I mahukan you.” - Tihani
Apa yang akan terjadi bila kisah silam Imar yang gelap, muncul di antara mereka? Adakah secebis cinta ini akan hanya tinggal harapan dan mula menghilang?

ASH & AISH

ASH & AISH
MAYA ADIRA
ISBN: 978-967-2035-41-1
RM30(SM)/RM33(SS)
TERBITAN: MEI 2020


Siapa kata kahwin tu indah? Siapa cakap jatuh cinta itu macam pelangi, penuh warna-warni, hangat dan bahagia?

Ashrafi
Misterius dan pendiam. Lari daripada keluarga kerana perbezaan pendapat dan daripada cinta yang dirundung nestapa.

Aisha
Gadis polos dari kampung. Hijabnya terbuka sampai dia tak senang duduk. Selepas dibawa berubat, barulah lega.

Sanctuary Kafe menemukan Ashrafi dan Aisha, mengikat mereka dalam ikatan perkahwinan. Aisha hanya main-main. Ashrafi hanya mahu menolong. Baginya, gadis itu hanyalah pembantu. Manis dengan sikap gila-gila, buat dia tersenyum dalam rahsia.
Tolong konon, namun sebenarnya hati lelaki itu dijentik rasa luar biasa.
Sedangkan Aisha pula, terjebak dalam perkahwinan yang dia sendiri tidak pasti kenapa dia lakukan. Begitupun dia bersyukur dan bahagia menjadi isteri tanpa cinta kepada Ashrafi. Dia juga dapat menumpang kasih keluarga baharu.
“Kenapa awak boleh nampak saya?” ~ Ashrafi
“Maafkan saya kerana tak memahami ketakutan awak.” ~ Aisha
Namun, insiden kemalangan Ashrafi membuka tetingkap rahsia yang bersimpang-siur. Ashrafi terbaring koma namun ‘Ashrafi’ yang satu lagi datang menemani Aisha. Kelam-kabut dan tunggang terbalik hidupnya. Pencarian dan perjalanan yang penuh dengan seribu rasa menduga rasa cinta yang baru terbit. Dalam hati yang mula memekar, ada rindu yang bersembunyi.

I saw your worst but I still stay.”

BAYU AWEERA


BAYU AWEERA
CIK TET
ISBN: 978-967-2035-62-6
RM30(SM)/RM33(SS)
TERBITAN: APRIL 2020

Bayu Aweera. Lelaki yang terlalu setia dengan cintanya, penyayang serta bertanggungjawab. Namun, cintanya dinodai hingga menyebabkan dia berubah menjadi seorang yang kasar, ego serta pendendam.

"Kau pergi di saat aku sedang meletakkan dirimu di tangga yang teratas dalam hatiku. Kini kau kembali untuk menjadi yang teratas dalam tembok kebencianku." - Bayu Aweera

Cempaka Sari. Demi kasihnya kepada kakak kandung sendiri, dia terpaksa menyakiti hati insan yang paling dicintainya. Bertahun dia membawa diri bersama dengan cinta yang tak pernah terhakis dari hatinya.

"Memang saya yang pergi tinggalkan awak, tapi saya tak pernah menduakan cinta kita.” - Cempaka Sari
Tiga tahun berlalu, mereka ditemukan kembali. Namun tiada lagi yang indah di antara mereka. Bagi Bayu, Cempaka tidak layak untuk dikasihani dan dicintai.

“Kau jangan nak perasan lebihlah. Gelaran isteri itu tak bermakna apa-apa pun untuk aku nanti.” - Bayu Aweera

“Awak memang kejam.” – Cempaka Sari

Hanya kerana hasutan dan fitnah, kesetiaan dan kepercayaan Cempaka diuji lagi. Kali ini hatinya benar-benar terluka dan kecewa. Namun, saat kebenaran terbongkar, masihkah ada kemaafan buat Bayu walaupun lelaki itu melutut dan merayu? Masihkah ada sisa cinta buat lelaki itu? Dan apakah sebenarnya hubungan antara Sonia dengan Bayu?

Andai benar tiada cinta, kenapa hati mesti menangis bila terpaksa menyakiti?

AMINAH TEMPO

AMINAH TEMPO
SARA HEZRA
ISBN: 978-967-2035-61-9
RM28(SM)/RM31(SS)
TERBITAN: APRIL 2020

HARRAZ AHMAD , seorang jurukamera yang menerima bos baharu di jabatannya.  AMINAH TEMPO, bos yang bossy tapi sporting. Kerja luar bersama rasa macam dating, err… dia seorang saja yang rasa macam itu. Maklumlah, dia lelaki 30-an yang kesunyian ditinggal awek.

Apapun, hal bos tinggal di pejabatlah. Pening-pening layan kerenah bos, balik rumah boleh relaks. Tapi macam mana nak relaks? Jiran baharu di sebelah rumah suka test enjin superbike dia pagi-pagi buta.

Superbike yang nyaris melanggar dirinya. Sakit hati membuatkan dia nekad memburu lelaki itu. Masalahnya… kenapa ketika dia menerjah di muka pintu rumah jiran baharu itu, perempuan cantik yang muncul?

“Tak ada arahan untuk awak datang ke sini, cari saya dan cakap bukan-bukan.” ~AMINAH

“Tak perlu arahan sebab lepas saya jabat tangan dengan Haji Tempo tu, tempo hidup awak akan berubah. Saya akan jadi suami awak, jadi bos awak!” ~HARRAZ

Manisnya menyulam cinta bersama Aminah namun  cerita cinta mereka sukar untuk berada pada tempo yang sama.  Saat teruji,  bertahankah mereka berpaut  pada rentak yang indah semata sekali pun Aminah telah mengungkap segala rahsia?

“Saya dah lepaskan semua perasaan.” ~HARRAZ

“Termasuk cinta kepada Meen?” ~AMINAH

Aminah nanar, Harraz menghindar. Saat mereka dipertemukan kembali, ada rasa yang tidak terungkap. Hanya cinta dan rindu tanpa ada lagi prasangka kerana bagi Harraz, siapa pun Aminah itu, seluruh rasa yang ada padanya telah teruntuk buat Aminah Tempo @ My Lovely Lady Boss!


KUFUR

KUFUR
NURHARYATI ISHAK
ISBN: 978-967-2035-60-2
RM26(SM)/RM29(SS)
TERBITAN: FEBRUARI 2020

Hasad tidak pernah memilih tuannya. Kerana hasad, Farah terjebak dalam perkara yang tidak bermaruah. Dia bukan seorang anak yang mendengar kata dan menghormati orang tuanya. Sikapnya keras, degil, penuh hasad dan pendendam, membuatkan dirinya terjerumus di dalam kancah yang tidak disangka-sangkakan.

Pandai pulak Wardah tu cari publisiti murah, ye?~ Farah

Kerana bencikan Wardah, Farah mengupah Mail, samseng kampung yang sudah beristeri dan mempunyai anak ramai.  Kerja belum dilunaskan, Mail sudah meminta upah. Upah yang diminta membuatkan  Farah berbadan dua.

“Woi Mail! Aku akan hebahkan fasal kandungan ni kalau kau tak nak nikah dengan aku! ~ Farah

“Aku, nak nikah dengan kau? Aku ni?” ~ Mail

Sudahlah gagal mengenakan Wardah melalui ilmu hitam, kini Mail pula enggan bertanggungjawab. Bertambah meluaplah marah Farah. Dia tekad untuk mengenakan Mail.

Dendam dan marah Farah terhadap Wardah dan Mail telah membuat dia jauh tersesat. Apabila dia bersikap pelik, emaknya, Miah menjadi tidak tentu arah.

Apa terjadi dengan Farah? Apa yang dilakukan oleh Miah untuk mengubati Farah?  Berjayakah Farah diubati?

Friday 3 July 2020

KAIN BATIK MERAH


KAIN BATIK MERAH
FATEN ANUR
ISBN: 978-967-2035-59-6
RM24(SM)/RM27(SS)
TERBITAN: MAC 2020


Sebut saja nama Ngah Langit Hitam,  sudah tentu telinga yang mendengar akan menggigil ketakutan dan tak senang duduk. Masing-masing sudah kenal, siapa Ngah Langit Hitam. Kehilangannya dari kampung secara tiba-tiba sering menjadi tanda tanya penduduk, tetapi tak pernah ada seorang pun yang sudi bertanya kepada Maimun, bekas isteri Ngah Langit Hitam.
Sejak bermulanya kematian Maria dalam keadaan mengerikan, nama Ngah Langit Hitam kembali meniti di bibir penduduk. Masing-masing sudah tidak senang hati, dan sudah tentunya Melur  dan Maimun menjadi mangsa keadaan.
Semenjak itu, Maimun sering dihantui resah. Terngiang-ngiang lagi kata-kata bekas suaminya pada hari terakhir dia lihat wajah lelaki itu. Kata-kata itu   berupa ancaman dan malapetaka yang akan menimpa mereka.
Tambahan pula, sejak kali pertama Maimun dan Melur  didatangi mimpi-mimpi aneh, hidup mereka semakin kacau. Setiap hari,  Maimun dapat rasakan yang ‘dia’ sudah  mula mendatangi Melur.
Maimun: “Aku takkan biarkan. Aku takkan benarkan. Dia anak aku!”
Dalam usaha Maimun yang kononnya ingin selamatkan Melur dari Ngah Langit Hitam, dia sebenarnya sudah terlambat semenjak Melur mula bertemankan kain batik merah. Kain batik busuk dan kotor yang pernah dibuangnya dahulu kini sudah menjadi milik Melur sepenuhnya. Tanpa sedar, ‘penolakkannya’ dulu kini menjadi musibah buat anaknya sendiri, Melur.

CIK ANDAM GOJES


CIK ANDAM GOJES
AZIZAH AMI
ISBN: 978-967-2035-58-9
RM28(SM)/RM31(SS)
TERBITAN: MAC 2020


Rinie bukanlah sembarangan cik andam. Dia adalah Cik Andam Gojes merangkap pereka busana pengantin yang popular. Kehadiran seorang gadis bersama seorang pengawal peribadi yang hebat di butiknya telah merubah 360 hidup Rinie. Apatah lagi lelaki itu mempunyai ego yang tinggi melangit dan juga dingin terhadap Rinie.
“Maaf, cik... Cik Suraya tak berminat.” - HISHAM
“Kaya sangat ke dia tu sampai ambil awak jadi bodyguard?” - RINIE
Siapa tahu berlaku kekecohan yang tak terduga di antara mereka hingga mula membuka pintu hati Hisham untuk menerima kehadiran seorang wanita di dalam hidupnya. Sifat ceria yang ada pada Rinie buat Hisham bahagia tatkala melihat telatah gadis itu.
“Lain kali kalau Syafiq nak jumpa, jangan layan.” - HISHAM
“Tapi kenapa awak ambil berat sangat pasal saya?” - RINIE
“Sebab cinta.” - HISHAM
Cinta terjalin indah dengan cara mereka sendiri. Ruang dan peluang yang terhad digunakan sebaik mungkin. Rinie tahu kerjaya Hisham menuntut pengorbanan yang tinggi. Hisham juga sedar bahawa sudah tiba waktu untuk dia mengutamakan kemahuan hati sendiri.
Namun mampukah mereka menempuhi semua dugaan itu untuk bahagia bila ia menuntut nyawa sebagai galang gantinya? Apa hubungan Suraya dengan Hisham hingga lelaki itu sanggup bergadai nyawa kerananya? Atau haruskah Rinie berundur dan mengalah sahaja?