JAMPI
CINTA BUAT DATO’ F
CIK TET
ISBN: 978-967-2035-54-1
RM30(SM)/RM33(SS)
TERBITAN: DISEMBER 2019
Demi menyelamatnya nyawa insan yang paling disayanginya, Anggerik
bersetuju untuk dinikahkan dengan Dato’ Firdee Arhan. Seorang pemuda yang ego
dengan cintanya.
“Awak boleh jadi isteri saya, tapi awak takkan dapat cinta
saya.” ~ FIRDEE
“Mahal sangat ke cinta Dato’ tu? Tak layak untuk perempuan
miskin macam saya ni?” ~ ANGGERIK
Sikap dingin beku pemuda itu memaksa Anggerik untuk menjadi
seorang penggoda yang nakal demi untuk memikat hati si suami yang mula bertapak
dalam hatinya itu.
“Awak memang sengaja nak goda saya, kan?” ~ FIRDEE
“Abang tergoda ke?” ~ ANGGERIK
Godaan yang diterima buat Firdee tersungkur berkali-kali. Lemas
dengan kenakalan Anggerik yang semakin menjadi-jadi. Di saat dia bersedia untuk
menyerahkan cintanya kepada Anggerik, kebenaran menghancurkan semuanya.
Menghapuskan segala yang indah di antara mereka.
“Awak dah hancurkan hati saya dengan begitu lumat sekali.
Awak dah buktikan kepada saya... yang awak memang tak layak untuk memiliki
cinta saya.” ~ FIRDEE
“Anggerik akan pergi. Tapi percayalah... semua yang Anggerik
dah curahkan untuk abang, tiada satu pun yang palsu.” ~ ANGGERIK
Hanya kerana dendam dan busuk hati orang lain, tegakah Firdee
untuk melepaskan insan yang pernah bergelar ratu di hatinya itu? Permaisuri di
Vila Cinta Agung itu?