OPERASI CINTA HAQIEL
SARA IRDINA
ISBN: 978-967-2035-53-4
RM30(SM)/RM33(SS)
TERBITAN: NOVEMBER 2019
Siapa sangka di sebalik seragam
pengawal peribadi dan bertopi itu adalah seorang gadis bernama Ainan Syahira.
Pertemuan dengan seorang yang menjengkelkan ketika bertugas, mencetuskan
perbalahan.
“Sorry, aku tak suka cari pasal. Tapi
kalau ada yang cari pasal juga, memang aku tak akan biarkan dia balik dengan
dua belah kaki.” ~ Ainan
“Macam
mana, Cik Boboy? Nak saya patahkan kaki awak ke? Sebab saya pun tak akan
biarkan orang yang serang saya, balik dengan dua kaki.” ~ Haqiel
Ainan tidak menjangkakan lelaki itu
adalah rakan sekerja dan sepasukan dengannya. Dalam Ainan menidakkan kehadiran
Haqiel, ada rasa yang cuba dinafikan sekeras-kerasnya. Bagi Haqiel pula,
jawapan ‘tidak’ daripada Ainan dianggap ‘ya’ baginya walaupun dirinya ditolak
berkali-kali. Namun mengapa tiba-tiba Haqiel berputus asa untuk terus memiliki
gadis pujaannya?
“Anggap saya tak pernah wujud dalam hidup
awak. Boleh juga anggap saya bagaikan mimpi ngeri yang awak mahu lupakan sebaik
sahaja awak terjaga.” ~ Haqiel
“Haqiel,
janganlah buat aku macam ni. Kau nak aku kahwin dengan kau, kan? Aku setuju.
Kita kahwin dan tinggal di sini.” ~ Ainan
Mampukah Ainan membuat Haqiel kembali
memandangnya sedangkan seboleh mungkin Haqiel menjauh? Benarkah ada konspirasi di sebalik
kejadian-kejadian yang menimpa pasangan itu? Siapakah dalangnya?
No comments:
Post a Comment