Wednesday 20 November 2019

KOMBO BERAPI- PRE ORDER SEHINGGA 31/11/2019

KOMBO PANAS BERAPI....

PENGHANTARAN AWAL DISEMBER


JIMAT....

FREE POSTAGE LAGI

CEPAT DAPATKAN KOMBO BERAPI INI







JAMPI CINTA BUAT DATO' F


JAMPI CINTA BUAT DATO’ F 
CIK TET
ISBN: 978-967-2035-54-1
RM30(SM)/RM33(SS)
TERBITAN: DISEMBER 2019

Demi menyelamatnya nyawa insan yang paling disayanginya, Anggerik bersetuju untuk dinikahkan dengan Dato’ Firdee Arhan. Seorang pemuda yang ego dengan cintanya.

“Awak boleh jadi isteri saya, tapi awak takkan dapat cinta saya.” ~ FIRDEE

“Mahal sangat ke cinta Dato’ tu? Tak layak untuk perempuan miskin macam saya ni?” ~ ANGGERIK

Sikap dingin beku pemuda itu memaksa Anggerik untuk menjadi seorang penggoda yang nakal demi untuk memikat hati si suami yang mula bertapak dalam hatinya itu.

“Awak memang sengaja nak goda saya, kan?” ~ FIRDEE

“Abang tergoda ke?” ~ ANGGERIK

Godaan yang diterima buat Firdee tersungkur berkali-kali. Lemas dengan kenakalan Anggerik yang semakin menjadi-jadi. Di saat dia bersedia untuk menyerahkan cintanya kepada Anggerik, kebenaran menghancurkan semuanya. Menghapuskan segala yang indah di antara mereka.

“Awak dah hancurkan hati saya dengan begitu lumat sekali. Awak dah buktikan kepada saya... yang awak memang tak layak untuk memiliki cinta saya.” ~ FIRDEE

“Anggerik akan pergi. Tapi percayalah... semua yang Anggerik dah curahkan untuk abang, tiada satu pun yang palsu.” ~ ANGGERIK

Hanya kerana dendam dan busuk hati orang lain, tegakah Firdee untuk melepaskan insan yang pernah bergelar ratu di hatinya itu? Permaisuri di Vila Cinta Agung itu?

OPERASI CINTA HAQIEL


OPERASI CINTA HAQIEL
SARA IRDINA
ISBN: 978-967-2035-53-4
RM30(SM)/RM33(SS)
TERBITAN: NOVEMBER 2019

Siapa sangka di sebalik seragam pengawal peribadi dan bertopi itu adalah seorang gadis bernama Ainan Syahira. Pertemuan dengan seorang yang menjengkelkan ketika bertugas, mencetuskan perbalahan.
         Sorry, aku tak suka cari pasal. Tapi kalau ada yang cari pasal juga, memang aku tak akan biarkan dia balik dengan dua belah kaki.” ~ Ainan
         “Macam mana, Cik Boboy? Nak saya patahkan kaki awak ke? Sebab saya pun tak akan biarkan orang yang serang saya, balik dengan dua kaki.” ~ Haqiel
Ainan tidak menjangkakan lelaki itu adalah rakan sekerja dan sepasukan dengannya. Dalam Ainan menidakkan kehadiran Haqiel, ada rasa yang cuba dinafikan sekeras-kerasnya. Bagi Haqiel pula, jawapan ‘tidak’ daripada Ainan dianggap ‘ya’ baginya walaupun dirinya ditolak berkali-kali. Namun mengapa tiba-tiba Haqiel berputus asa untuk terus memiliki gadis pujaannya?
 “Anggap saya tak pernah wujud dalam hidup awak. Boleh juga anggap saya bagaikan mimpi ngeri yang awak mahu lupakan sebaik sahaja awak terjaga.” ~ Haqiel
“Haqiel, janganlah buat aku macam ni. Kau nak aku kahwin dengan kau, kan? Aku setuju. Kita kahwin dan tinggal di sini.” ~ Ainan
Mampukah Ainan membuat Haqiel kembali memandangnya sedangkan seboleh mungkin Haqiel menjauh? Benarkah ada konspirasi di sebalik kejadian-kejadian yang menimpa pasangan itu? Siapakah dalangnya?