Thursday 31 December 2015

Blurb - CINTA SEJATI SEORANG PLAYBOY by Syina

Blurb
CINTA SEJATI SEORANG PLAYBOY
oleh: Syina


“Cubalah keluar berdua dengan dia...” ...
“If she doesn’t mind. Along boleh aje.”
“Babe, apa ni?”

Pertemuan tidak disengajakan di rumah keluarga Zulfan Adwan membuatkan Nada Qaireen terjebak dengan jejaka playboy tersebut. Adwan menyambut cabaran Amanda, adik bongsunya itu tanpa ragu. Namun, penolakan Qaireen mencabar ego lelakinya dan menjejaskan reputasi playboynya. Tidak pernah lagi ada gadis yang berani menolak permintaannya mentah-mentah. Qaireen itulah yang pertama.

Pelbagai cara dilakukan Adwan asalkan Qaireen bersetuju untuk keluar dengannya. Bagi Adwan, selagi Qaireen menolak, selagi itulah dia tidak berputus-asa.

“Merah dan renda. Seksi!”
“Oh, shut up!”

Qaireen mati akal. Selagi dia tidak bersetuju, selagi itulah jejaka playboy tersebut terus-menerus mengungkit kisah si merah yang berenda seksi itu. Ah, malu!

Tapi, satu masalahnya. Qaireen itu gadis yang cukup kain. Dari atas ke bawah, semua bertutup rapi. Tak ada peluang langsung nak jeling-jeling buat mencuci mata. Sedangkan dia, kalau boleh semakin kurang kain yang menutup di tubuh gadis-gadis yang dikenalinya, semakin jadi idamannya.

Dalam ramai-ramai gadis seksi koleksi ‘tukar baju’ Adwan, siapakah yang mampu merebut cinta sejati seorang playboy ini? Atau selera si playboy telah bertukar dari gadis tak cukup kain kepada gadis yang terjaga rapi penampilannya? Mampukah playboy sejati bertukar menjadi imam dalam mengemudi diri dan keluarganya nanti? Andai Qaireen menerima tawaran Adwan, mampukah dia berhadapan dengan semua gadis-gadis seksi koleksi ‘tukar baju’ Adwan?

- - - - -

Siapa nak cerita ni? Angkat tangannnn ... Tapi, kena tunggulah ya pengumuman selanjutnya.

Sorry tau... Cover original belum siap lagi. Designer demam teruk. Mungkin kena penangan Qaireen ni gamaknya.

Heheheh.. tapi, dah minta kebenaran Puan Penulis untuk up cover sementara ni. So, kita cuci mata dululah ya...

Nanti kami up teaser CSSP ni pula tau  Hurm, hot sangat Adwan ni... oppsss!

Eh, congrats puan penulis! Selamat bekerjasama dengan #TeamKaseh

Wednesday 30 December 2015

Keputusan Pemenang Contest Mini Novel

Holaaaa... sorry, cik admin lambat pula nak buat pengumuman kan... Mesti ramai dah tertunggu.

 Maaf ya.. susah betul nak pilih. Sudahnya, kita buat cabutan undi. Mari kita tengok siapa yang kena...



 3. Hafisah Mat - fiesha9149@gmail.com

Kepada pemenang yang dihormati, #TeamKaseh akan berhubung dengan saudara/i untuk alamat penghantaran. Tapi, lepas launching yang dijangka bulan Januari 2016 nanti ya

TAHNIAH!
Terima kasih untuk yang sudi menyertai. Lain kali kita buat lagi ya...

CONTEST MINI NOVEL JANUARI 2016


Asalammualaikum & Salam Sejahtera!

Holaaaa… rindu cik admin tak? Mesti rindukan sebab kalau cik admin muncul je mesti ada something… betul tak?

Okey, cik admin nak buat pengumuman ni. Bos Kaseh sangatlah bermurah hati sempena nak menyambut tahun baru 2016 ini. Terbuka kepada semua tak kisah usia, pangkat atau apa sahaja kecuali #TeamKaseh. ...







 Kuiz ini bermula sekarang, 30 Disember 2015 dan berakhir sehingga jam 11.59 malam ini.

Hadiahnya? 3 (TIGA) pemenang bertuah akan menerima:
1. Sehelai tudung AdiJuma (AJ)
2. Senaskah Mini Novel Terbitan Januari 2016

Hantarkan penyertaan anda ke:
kasehsisterspublications15@gmail.com

dengan tajuk: KUIZ MINI NOVEL JANUARI 2016

Cepat!
Siapa cepat dia dapat!

Oppsss… JANGAN jawab dekat ruangan komen tau! Siapa jawab, kita denda dia…

SELAMAT MENCUBA!

#TeamKaseh
#KasehAries

Friday 25 December 2015

Erti Kaseh Limited Edition

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!
Dah baca burb ?
Best tak?
Best Kan!
Meh Nak tunjuk Cover untuk sepuluh orang penulis tu...
Taraaaa...

Cantik tak?
Kalau cantik..
meh baca kat bawah ni pulak...

 Hari ni cik admin nak maklumkan order untuk kompilasi Erti Kaseh dibuka sekarang.

Pada sesiapa yang berminat nak order. Details macam kat bawah ni ya:...

Harga dah termasuk kos pos :

Rm 26 + 6 (SM) / Rm 29 + 10 (SS)

Sila bank in ke acct :

Cimb - 8602485740 (Zainuriah bt Abd Rahman)

Email bukti bayaran berserta nama ,alamat ,no telefon ke orderonline.kaseharies@gmail.com

Atau boleh whatapp ke 013-3249884 @ 010-9333142

kalau dah email tak perlu whatapp lagi tau. . lepas tu kalau nak whatapp ..whatapp salah satu nombor jer tau..jangan whatapp dua-dua nombor, sian cik admin konpius lah pulak nanti

Buku ni Limited Edition . Kami print hanya 1000 copies jer.. sapa nak sila bankin cepat-cepat sebelum kehabisan stock tau!

ps :cik admin akan reply lambat sikit, harap dapat bersabar ya!

oh ya, boleh hubungi agen-agen sah Penerbitan Kaseh jugak untuk order ok!

thank you dan sayang korang!

Monday 21 December 2015

Erti Kaseh_Blurb - My Sweetheart by Aziena

#bakalterbit
#kasehariespub
#kompilasiertikasih...

****

My Sweetheart
Oleh : Azieana 

Apa yang perlu dilakukan apabila kekasih lama tak berhenti-henti merayu untuk kembali ke pangkuan?

A. Reject dia mentah-mentah
B. Beri dia peluang

“Sayang, kenapa ni? Dah berpuluh-puluh kali I minta maaf dengan you, takkanlah you masih tak mahu maafkan I lagi? Sayang, you cakaplah apa yang perlu I buat untuk you maafkan I? Please tell me what it is?"

Urgh! Danish ni memang lelaki tak faham bahasa! Lagi di larang, lagi dia buat. Tak ada cara lain, Johanna sauk sahaja sesiapa yang muncul di bakerinya. Mujurlah yang muncul tu jejaka kacak dan handsome. Padan muka kau, Danish!

"Ryan. Raja Andrian..." si pemilik kereta antik Volkswagon berwarna oren dan berbunga-bunga.

Adakah perkenalan itu membuatkan hati Johanna juga berbunga-bunga seperti kereta Ryan?

Erti Kaseh_Blurb - Tentang Kita By Ieya sya




****

Tentang Kita
oleh : Ieya Sya

Setelah pemergian arwah ibunya, Nini di ambil sebagai anak angkat oleh Puan Faridah dan Encik Rashdan. Mujurlah Suraya, anak gadis pasangan itu merupakan teman akrabnya dan sebaya. Jadi, taklah dia rasa kekok walau pun kehadirannya tidak disukai oleh Hadiff, abang sulung Suraya.

“Dif ada temu janji dengan kawan. Bukannya selalu Dif balik kampung ni. Pasal rancangan ayah dan mak tu, lantaklah. Dif tak kisah pun. Kalau nak tambah lagi sepuluh ahli keluarga pun, Dif tak bantah!”

Bermacam cara yang dilakukan Hadiff untuk menunjukkan rasa tidak sukanya terhadap Nini. Sehinggalah Hadiff memaksa Nini untuk berkahwin dengan sesiapa sahaja untuk membalas budi keluarganya.

“Baik. Kalau itu yang abang Hadiff nak. Nini ikut dan Nini harap semua budi keluarga abang pada Nini terbalas. Walaupun Nini terpaksa korbankan perasaan Nini, Nini akan ikut. Itu yang abang nak kan? Nini akan kahwin! Puas?!”

Hadiff senyum kemenangan kerana akhirnya rancangannya berjaya. Dan Nini... menerima semua takdir yang tertulis untuknya dengan reda. Bertemukah bahagia yang Nini impikan sebaik dia diangkat sebagai isteri dengan lelaki yang tidak pernah dikenalinya?

Erti Kaseh_Blurb - Tetap Kasih by Izz Jaja


#bakalterbit
#kasehariespub
#kompilasiertikasih

 

****



Dia dipukul, diherdik, ditampar dan bermacam lagi letusan rasa marah ayahnya dilepaskan ditubuh kecilnya. Sejak itu Aliah menyimpan dendam pada ayahnya. Bertahun-tahun berlalu, namun gadis itu tidak pernah melupakan apatah lagi untuk memaafkan sikap ayahnya.

“Aliah! Kau pekak ke mak kau cakap tak boleh, hah? Yang kau gatal kaki nak ikut sangat ni kenapa?!”

Satu-satunya cara untuk pergi jauh dari ayahnya adalah dengan mendapat keputusan terbaik dalam SPM. Doa Aliah termakbul apabila dia ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di UNIMAS.

Selama 5 tahun, Aliah tidak pernah kembali ke kampung biar pun seringkali berhubung dengan adiknya, Azman.

“Selagi parut pada dahi aku ni ada, sampai tu aku takkan lupa!”

Berakhirkah dendam si anak terhadap ayahnya? Mampukah Aliah menemui kata maaf untuk ayahnya? Atau tegakah Aliah membiarkan permohonan maaf dari ayahnya yang sudah semakin uzur?

Erti Kaseh_ Blurb - Sebelum Idah Berakhir -Sarnia Yahya



bakalterbit#kasehariespub
#kompilasiertikasih

 

****

Sebelum Idah Berakhir
oleh : Sarnia Yahya

+ Mami accident. Sekarang dekat hospital Seri Andalas.

Mimi pandang sepi sms yang masuk ke telefon bimbitnya. Mahu apa lagi Ariff ini? Antara mereka sudah tidak punya ikatan apabila lelaki itu telah melepaskan satu-satunya hak yang di ada. Namun atas rasa tanggungjawab sesama manusia, Mimi tunaikan permintaan bekas suami untuk menderma darah bagi membantu mak mertuanya.

“Dua kali suci lagilah ya?” soal Izham, bos baru ditempat kerja Mimi. Juga merupakan kawan kepada arwah Hadi, alongnya.

Mimi lemas apabila menyedari dirinya menjadi perhatian dua orang lelaki pada satu masa. Seorang itu, bekas suaminya. Seorang lagi, salah seorang bos di tempat kerjanya. Jadi, mana satu pilihan Mimi? Kembali semula pada Ariff sebelum idah berakhir? Atau...

Erti Kaseh_Blurb - Que Sera, Sera by Minn Halena



 Whatever will be, will be... Itu prinsip hidup Didi. Mudah. Baginya, expectation is the root of all heartache. Jadi, tak perlu serabutkan kepala. Tak perlu sakitkan hati. Tak perlu merengek meraih simpati.

Saat hadirnya cinta, segalanya seperti berubah 180 darjah. Backflip.

“Awak suami saya, Azrul!”

Tapi, Azrul... lelaki ego yang tak tahu untuk berterus-terang apabila masalah menimpa. Hidupnya jadi tunggang langgang hanya kerana satu nama. Lisa, high-school sweetheart hingga ke universiti.

Mampukah Azrul bertahan? Atau dia harus putuskan sahaja ikatan suci yang terjalin antara dia dan Didi?

“You’ve done enough talking for the both of us. Now it’s my turn. So listen carefully, Didi...”

Dia berusaha, meminta dan berdoa. Sekarang ini, dia hanya mampu serahkan semuanya Yang Maha Berkuasa. Que sera, sera... Didi!

Erti Kaseh_Burb- Kau Teristimewa by Wanzz Aprilzz



 *****



Rayyan terlalu menginginkan anak lelaki menyalahkan takdir bila doanya untuk memiliki anak sulung lelaki tidak dmakbulkan oleh Allah.

“Abang inginkan anak lelaki...”

Namun, apabila Hidayu didapati hamil untuk kali ketiga dan kandungannya disahkan lelaki, Rayyan gembira bukan kepalang! Akmal lahir dengan selamat, tapi anak mereka bukan seperti yang diharapkan Rayyan.

“Kan abang dah pesan… kalau nak kita makan dengan aman, suruh anak awak ni tutup mulut. Ini dah kira bersyukur sebab abang nak makan dengan dia. Kalau ikut kan hati, jijik abang nak tengok muka budak ni!”

Hati Hidayu bagai dihiris setiap kali Rayyan menghina Akmal. Namun, anaknya itu masih mampu tersenyum dan menyabarkannya.

“... Amal tak layak pun nak gaduh dengan ayah. Amal ni kan kecil lagi. Lagipun Amal ni anak ayah dan ibu. Amal tak nak nanti jadi anak yang derhaka.”

Mampukah anak kecil yang serba kekurangan seperti Akmal meruntuhkan tembok ego seorang lelaki untuk menyayanginya seperti adanya dia?

Erti Kaseh_Blurb - I Stalk Your Status! by Rehan Makhtar





 Berbulan-bulan lamanya kerja sampingan Hannah adalah mengintai status Facebook Saif, lelaki yang diminatinya dalam diam. Untuk memulakan langkah, Hanna tidak yakin. Jadi apa yang boleh dilakukan hanya melihat dari jauh.

“Eh, dah kenapa perlu saya jadi stalker pulak? Kerjaya saya dah cukup bagus dah ni, Encik Saif. Tak adalah saya nak tambah kerjaya baru jadi stalker pulak…”

Bimbang mendapat malu, Hanna menafikan. Saif terdiam. Dah tu, siapa pula stalker bernama O.N.E.? Namun, Saif bukan seorang yang mudah berputus asa. Dia cuba dan terus mencuba untuk mengrungkaikan misteri yang berlaku.

“Kalau dia suka status saya saja tak apalah. Kalau suka saya, susah sikit.”

Hanna mencebik. Susah kalau orang overconfident ni. Tapi, nak buat macam mana kalau hati dia memang sukakan lelaki seperti Saif, tall-dark-handsome! Dapatkan mereka bersatu bila masing-masing seperti bermain tarik-tali?

Erti Kaseh_Blurb - Hello Cinta! by Ashany




 ****



Demi meraih kembali cinta yang pernah ditolaknya suatu ketika dulu, Zarief sanggup bersetuju dengan perjanjian gila yang ditawarkan sahabatnya.

“Come on, Ref! The prize is worth to fight for...”
“Okay then. Let the best man win!”

Maka, bermulalah perebutan di antara kedua-duanya. Zarief dengan gayanya dan Sharul dengan caranya. Matlamat mereka cuma satu, hati dan perhatian Anis Wafiyyah harus dimenangi!

Tapi, Fiy gadis moden yang ada pilihan dan mampu membuat keputusan sendiri. Antara Zarief dan Sharul, siapa yang akan jadi pilihannya? Atau Fiy punya pilihan lain selain mereka?

Erti Kaseh_Blurb - Crush by Najwa Rahman


****...

“Saya Redza. Panggil Red je.”
“Marissa. Panggil Mars.”
“Kalau panggil Marikh boleh?”

Comel! Tapi, apa yang akan terjadi apabila Red bertemu dengan Mars?

Oh, kita bukan cakap berkenaan planet. Tetapi, mengenai si gadis bernama Mars yang berkawan dengan Lilo, cuma Stitch sahaja yang tidak muncul dia dalam kisah ini.

Kata Mars, “He was my crush before...”
Kata Red, “You were not my crush before...”

Yang seorang mengenang kisah lalu, yang seorang penuh dengan harapan masa kini. Lalu, bagaimana kisah mereka akhirnya?

Erti Kaseh_Blurb - Biarkan Angin Berlalu by Alieya Syuhada




 

Benarkah janji Aman terhadap ibunya?

“... Man dah janji dengan diri Man yang Man akan berubah. Man tak sanggup lagi dah nak biarkan mak merana disebabkan Man.”

Benarkah khabar angin yang disampaikan?

“Tapi, betul ke si Aman tu yang buat? Entah-entah orang lain tak? Aku takut kita main tuduh-tuduh aje. Boleh jatuh fitnah, Imah. Berdosa...”

Benarkah kepulangan Aman hanya membawa bencana pada keluarga dan penduduk kampung?

“Apa kita nak buat sekarang ni, mak? Orang-orang kampung dah mula tuntut ganti-rugi, Mana kita nak cekau duit? Man ni betul-betul melampau! Tak habis-habis nak susahkan kita.”

Ini kisah Aman yang tidak pernah mengamankan hati ibu; yang tidak diakui adik-beradik oleh darah dagingnya; juga yang dituduh memporak-perandakan keamanan kampung kerana kepulangannya. Masihkah ada harapan untuk Aman berubah dan membahagiakan orang-orang yang menyayanginya?

Thursday 10 December 2015

CARA PENYERAHAN MANUSKRIP

Cik Admin nak buat iklan lagi..

 Sapa rasa dia berbakat, ada cerita yg menarik.

Bolehla emailkan Mss anda kat email yg tertera macam gambar kat tu yer..


tapi,

email address untuk penghantaran manuskrip tu dah ditukar ke:

manuskrip.kaseharies@gmail.com

 

Wednesday 9 December 2015

HUBUNGI KAMI

Asalammualaikum & Salam Sejahtera,

Hai semua!

Alhamdulillah, impian kecil ini akhirnya jadi kenyataan. Bermula dengan cerita-cerita kosong di tingkap hijau pada 15 November 2015 yang lalu, maka inilah permulaan bagi segala-galanya......

Doakan Kaseh Aries a.k.a Kaseh Sisters maju jaya dalam bidang yang kami ceburi. Terima kasih untuk yang mempercayai kami. Insya-Allah kami akan cuba buat yang terbaik dan jadi yang terbaik!

Actions prove why words mean nothing!

Sekiranya terdapat pertanyaan, boleh inbox kami melalui emel:

kaseh.kap@gmail.com

atau

Whatsapp kami di 0109333142 atau 0133249884

Terima kasih semua!