Monday 21 December 2015

Erti Kaseh_Blurb - Tentang Kita By Ieya sya




****

Tentang Kita
oleh : Ieya Sya

Setelah pemergian arwah ibunya, Nini di ambil sebagai anak angkat oleh Puan Faridah dan Encik Rashdan. Mujurlah Suraya, anak gadis pasangan itu merupakan teman akrabnya dan sebaya. Jadi, taklah dia rasa kekok walau pun kehadirannya tidak disukai oleh Hadiff, abang sulung Suraya.

“Dif ada temu janji dengan kawan. Bukannya selalu Dif balik kampung ni. Pasal rancangan ayah dan mak tu, lantaklah. Dif tak kisah pun. Kalau nak tambah lagi sepuluh ahli keluarga pun, Dif tak bantah!”

Bermacam cara yang dilakukan Hadiff untuk menunjukkan rasa tidak sukanya terhadap Nini. Sehinggalah Hadiff memaksa Nini untuk berkahwin dengan sesiapa sahaja untuk membalas budi keluarganya.

“Baik. Kalau itu yang abang Hadiff nak. Nini ikut dan Nini harap semua budi keluarga abang pada Nini terbalas. Walaupun Nini terpaksa korbankan perasaan Nini, Nini akan ikut. Itu yang abang nak kan? Nini akan kahwin! Puas?!”

Hadiff senyum kemenangan kerana akhirnya rancangannya berjaya. Dan Nini... menerima semua takdir yang tertulis untuknya dengan reda. Bertemukah bahagia yang Nini impikan sebaik dia diangkat sebagai isteri dengan lelaki yang tidak pernah dikenalinya?

No comments:

Post a Comment