Monday 21 December 2015

Erti Kaseh_Blurb - Biarkan Angin Berlalu by Alieya Syuhada




 

Benarkah janji Aman terhadap ibunya?

“... Man dah janji dengan diri Man yang Man akan berubah. Man tak sanggup lagi dah nak biarkan mak merana disebabkan Man.”

Benarkah khabar angin yang disampaikan?

“Tapi, betul ke si Aman tu yang buat? Entah-entah orang lain tak? Aku takut kita main tuduh-tuduh aje. Boleh jatuh fitnah, Imah. Berdosa...”

Benarkah kepulangan Aman hanya membawa bencana pada keluarga dan penduduk kampung?

“Apa kita nak buat sekarang ni, mak? Orang-orang kampung dah mula tuntut ganti-rugi, Mana kita nak cekau duit? Man ni betul-betul melampau! Tak habis-habis nak susahkan kita.”

Ini kisah Aman yang tidak pernah mengamankan hati ibu; yang tidak diakui adik-beradik oleh darah dagingnya; juga yang dituduh memporak-perandakan keamanan kampung kerana kepulangannya. Masihkah ada harapan untuk Aman berubah dan membahagiakan orang-orang yang menyayanginya?

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete