SEMANIS KASEH ~ SANIA YASMIN/CIK TET/DILLA
AHMAD/AZIEANA ISMMAIL
ISBN:
978-967-2035-24-4
RM28(SM)/RM31(SS)
TERBITAN:
EDISI KHAS (DISEMBER 2017)
~~~~
SEHANGAT MALAM PERTAMA~~~~
SANIA
YASMIN
TIDAK faham, kenapa ada janji dan wasiat antara datuknya, Tan Sri
Tajuddin dan Syed Saifuddin, bapa Adura. Baginya Adura sekadar pembantu bapa
saudaranya, Dato Fadhil dan bukan sesiapa. Mereka tidak pernah sehaluan, atau
dalam istilah lain tidak sekepala walaupun sekapal.
Bagi Adura tidak bernikah dengan lelaki
bernama Khairy tidak menjadi masalah, tetapi bagi Khairy kalau tidak bernikah
dengan Adura dia akan mendapat masalah kelak.
“Bagi nenek nama perempuan yang Boy nak sangat tu? Bagi
sini! Biar nenek pergi pinang kejap lagi!” – Puan Sri Zainab.
Tidak tahu siapakah wanita yang layak
berada di sisinya selain daripada Adura. Layakkah Adura untuknya atau layakkah
dia untuk Adura. Terasa canggung dengan sikap tegas dan selamba Adura
terhadapnya.
“... Saya tak mahu
bersuamikan seorang playboy dan kasanova.” – Adura.
“Awak menghina saya?” –
Khairy.
Keputusan
yang sudah diputuskan, harapannya playboy itu dapat berubah menjadi lelaki yang
baik selepas bernikah. Itu saja. Dia tidak mengharapkan suatu keajaiban,
walaupun itu yang diharapkan berlaku terhadap Khairy.
Tanpa
sedar, Khairy cuba mengubah haluan hidupnya, bukan demi Adura tetapi kerana
hidayah dariNya. Cuba dirisik rasa si isteri.
“Ya? Alhamdulillah!” – Adura.
Rasa syukur dari isteri membuat hatinya
berbunga indah. Indahnya menjadi seseorang yang begitu bermakna terhadap
isterinya, bagai hangatnya malam pertama. Namun, kembalinya Maya membawa
sesuatu yang mengugatkan kehidupannya yang baru hendak bermula.
Apakah reaksi Khairy terhadap sesuatu
yang dibawa oleh Maya?
~~~~ IKHLAS CINTA ANGGUN ~~~~
CIK TET
IKHLAS
AMRIZAL~Cinta… hadir tanpa diundang. Pertama
kali melihat wajah si dia, hatinya sudah terpaut namun untuk memiliki, ada
sesuatu yang menghalang. Kalau dah jodoh, memang tak akan ke mana. Peluang
datang untuknya apabila dia menjadi harapan terakhir bapa saudaranya. Amanah
dipegang dengan senang hati. Si dia menjadi miliknya, namun perlu pula berdepan
dengan kebencian nenek kesayangan. Juga jodoh yang telah ditetapkan untuknya.
Cinta si dia cuba diraih, kerana dalam hati hanya terpahat satu nama… Anggun.
ANGGUN~Bukan dia tak sayang, bukan juga dia tak sudi. Cinta pada
si dia sudah terwujud pada saat dia mendengar lafaz ijab dan Kabul dari bibir
si dia yang sudah diamahkan untuk menjadi pelindungnya. Hati sudah mula tunduk
bila dihidangkan dengan kata-kata manis dan ayat-ayat cinta dari dia yang
bergelar suami, namun kebencian nenek melenyapkan impian bahagianya. Bergelar
anak pada isteri muda perampas bukanlah sesuatu yang mudah untuknya,
lebih-lebih lagi bila terikat dengan janjinya pada arwah ayah dan ibu. Secebis
kemaafan dan kasih sayang nenek cuba diraih walaupun terpaksa menguburkan satu
nama yang sudah mula terpahat kemas dalam hatinya… Ikhlas Amrizal.
~~~~ AKU DAN SOFEA JANE ~~~~
DILLA AHMAD
Sofia Jane, pelajar
baru pindah ke sekolah Zul Hilman. Gadis
kacukan itu tiba-tiba jadi sangat popular di kalangan pelajar lelaki. Zul Hilman,
pelajar yang bermasalah dan selalu dihukum sebab melanggar peraturan
sekolah.
Mereka dipertemukan pada satu pagi bila masing-masing
terlewat tiba di sekolah. Sikap Zul Hilman yang senyap dan buat tak peduli itu
buat Sofia Jane ingin mengenali pelajar lelaki itu lebih dekat lagi.
Namun mereka terpisah juga akhirnya bila Sofea mengikut
keluarganya ke New Zealand bersama lara di hati. Zul Hilman membina
kehidupannya sendiri . Dia dijadikan anak dan cucu angkat Oleh Puan Ema dan Datuk Seri Hanif yang tidak punya
pewaris. Jadi secara otomatik dia
menjadi anak orang berada dan membantu Datuk Seri Hanif menguruskan syarikat
nya.
Dia dan Sofea Jane ditemukan semula. Pada mulanya Zul Hilman
tidak mengenali gadis itu sebab Sofea Jane sudah nampak sudah berubah. Tapi Sofea Jane masih lagi mengenali lelaki
itu.
Satu pertemuan yang sangat manis walaupun Sofea Jane masih
marahkan dia sebab menolak rasa cinta Sofea itu dulu.
Mereka saling bertelingkah. Sampai bila mereka harus begini?
"Saya pernah cakap kalau kita dipertemukan semula, saya akan pinang awak, kan?
Selagi awak tak jadi milik sesiapa. " Zul Hilman
"Awak tak kahwin lagi ke, Zul? "- SOFEA JANE
"saya ni nampak macam lelaki yang dah kahwin ke, Sofea? " - Zul Hilman
~~~~ AWAK CINTA HATI SAYA ~~~~
AZIEANA ISMAIL
Eddie seorang graduan
dari luar negara begitu meminati bidang muzik sehingga menimbulkan kemarahan
papanya yang mahu dia menguruskan syarikat.
Dia bercuti dikampung
untuk menghilangkan rasa bosan sehingga dia bertemu dengan Yasmine yang menjual
kuih di warung.
"Awak,
saya nak lalu ni," Yamine menahan geram melihat Eddie yang santai di
tangga sambil memetik gitar.
"Kalau
nak lalu, kena bayar tol dulu" - Eddie
"Ini
bukan KL, nak lalu kena bayar tol. Ini rumah Nek Piah. Awak jangan nak
mengada-ngada. Nanti saya adu pada nenek awak.
Padan
muka awak."- Yasmine.
Eddie yang sudah
berkenan dengan Yasmine meminta Nek Piah masuk meminang gadis itu tapi kenyataan
siapa Yasmine, benar-benar mengejutkan Eddie.
"Yasmine
tu dah kawin, bukan sekali tapi dah dua kali"- Nek Piah.
"Hah, macam nak
terkeluar biji mata Eddie mendengarnya
"Yasmine
tu walaupun dah dua kali kawin tapi dia tu sebenarnya berstatus janda berhias."
Nek Piah mengukir senyum.
Hampir semput Nek Piah
bila Eddie meminta dia menjadi wakil untuk meminang Yasmine. Paling mengejutkan
bila Eddie membawa gitarnya bersama sebagai pengganti cincin.
Apa pula reaksi Yasmine
bila Eddie muncul bersama hasratnya itu.