Wednesday 13 December 2017

SEMANIS KASEH ~ EDISI KHAS

SEMANIS KASEH ~ SANIA YASMIN/CIK TET/DILLA AHMAD/AZIEANA ISMMAIL
ISBN: 978-967-2035-24-4
RM28(SM)/RM31(SS)
TERBITAN: EDISI KHAS (DISEMBER 2017)


~~~~ SEHANGAT MALAM PERTAMA~~~~
SANIA YASMIN
TIDAK faham, kenapa ada janji dan wasiat antara datuknya, Tan Sri Tajuddin dan Syed Saifuddin, bapa Adura. Baginya Adura sekadar pembantu bapa saudaranya, Dato Fadhil dan bukan sesiapa. Mereka tidak pernah sehaluan, atau dalam istilah lain tidak sekepala walaupun sekapal.
Bagi Adura tidak bernikah dengan lelaki bernama Khairy tidak menjadi masalah, tetapi bagi Khairy kalau tidak bernikah dengan Adura dia akan mendapat masalah kelak.
“Bagi nenek nama perempuan yang Boy nak sangat tu? Bagi sini! Biar nenek pergi pinang kejap lagi!” – Puan Sri Zainab.
Tidak tahu siapakah wanita yang layak berada di sisinya selain daripada Adura. Layakkah Adura untuknya atau layakkah dia untuk Adura. Terasa canggung dengan sikap tegas dan selamba Adura terhadapnya.
“... Saya tak mahu bersuamikan seorang playboy dan kasanova.” – Adura.
“Awak menghina saya?” – Khairy.
Keputusan yang sudah diputuskan, harapannya playboy itu dapat berubah menjadi lelaki yang baik selepas bernikah. Itu saja. Dia tidak mengharapkan suatu keajaiban, walaupun itu yang diharapkan berlaku terhadap Khairy.
Tanpa sedar, Khairy cuba mengubah haluan hidupnya, bukan demi Adura tetapi kerana hidayah dariNya. Cuba dirisik rasa si isteri.
“Ya? Alhamdulillah!” – Adura.
Rasa syukur dari isteri membuat hatinya berbunga indah. Indahnya menjadi seseorang yang begitu bermakna terhadap isterinya, bagai hangatnya malam pertama. Namun, kembalinya Maya membawa sesuatu yang mengugatkan kehidupannya yang baru hendak bermula.
Apakah reaksi Khairy terhadap sesuatu yang dibawa oleh Maya?


~~~~ IKHLAS CINTA ANGGUN ~~~~
CIK TET

IKHLAS AMRIZAL~Cinta… hadir tanpa diundang. Pertama kali melihat wajah si dia, hatinya sudah terpaut namun untuk memiliki, ada sesuatu yang menghalang. Kalau dah jodoh, memang tak akan ke mana. Peluang datang untuknya apabila dia menjadi harapan terakhir bapa saudaranya. Amanah dipegang dengan senang hati. Si dia menjadi miliknya, namun perlu pula berdepan dengan kebencian nenek kesayangan. Juga jodoh yang telah ditetapkan untuknya. Cinta si dia cuba diraih, kerana dalam hati hanya terpahat satu nama… Anggun.

ANGGUN~Bukan dia tak sayang, bukan juga dia tak sudi. Cinta pada si dia sudah terwujud pada saat dia mendengar lafaz ijab dan Kabul dari bibir si dia yang sudah diamahkan untuk menjadi pelindungnya. Hati sudah mula tunduk bila dihidangkan dengan kata-kata manis dan ayat-ayat cinta dari dia yang bergelar suami, namun kebencian nenek melenyapkan impian bahagianya. Bergelar anak pada isteri muda perampas bukanlah sesuatu yang mudah untuknya, lebih-lebih lagi bila terikat dengan janjinya pada arwah ayah dan ibu. Secebis kemaafan dan kasih sayang nenek cuba diraih walaupun terpaksa menguburkan satu nama yang sudah mula terpahat kemas dalam hatinya… Ikhlas Amrizal.



~~~~ AKU DAN SOFEA JANE ~~~~
DILLA AHMAD



Sofia Jane,  pelajar baru pindah ke sekolah Zul Hilman.  Gadis kacukan itu tiba-tiba jadi sangat popular di kalangan pelajar lelaki.  Zul Hilman,  pelajar yang bermasalah dan selalu dihukum sebab melanggar peraturan sekolah.

Mereka dipertemukan pada satu pagi bila masing-masing terlewat tiba di sekolah. Sikap Zul Hilman yang senyap dan buat tak peduli itu buat Sofia Jane ingin mengenali pelajar lelaki itu lebih dekat lagi.

Namun mereka terpisah juga akhirnya bila Sofea mengikut keluarganya ke New Zealand bersama lara di hati. Zul Hilman membina kehidupannya sendiri . Dia dijadikan anak dan cucu angkat Oleh Puan  Ema dan Datuk Seri Hanif yang tidak punya pewaris.  Jadi secara otomatik dia menjadi anak orang berada dan membantu Datuk Seri Hanif menguruskan syarikat nya.

Dia dan Sofea Jane ditemukan semula. Pada mulanya Zul Hilman tidak mengenali gadis itu sebab Sofea Jane sudah nampak sudah berubah.  Tapi Sofea Jane masih lagi mengenali lelaki itu.

Satu pertemuan yang sangat manis walaupun Sofea Jane masih marahkan dia sebab menolak rasa cinta Sofea itu dulu.

Mereka saling bertelingkah. Sampai bila mereka harus begini?

"Saya pernah cakap kalau kita dipertemukan semula,  saya akan pinang awak,  kan?  Selagi awak tak jadi milik sesiapa. " Zul Hilman

"Awak tak kahwin lagi ke,  Zul? "- SOFEA JANE

"saya ni nampak macam lelaki yang dah kahwin ke,  Sofea? " - Zul Hilman





~~~~ AWAK CINTA HATI SAYA ~~~~
AZIEANA ISMAIL


Eddie seorang graduan dari luar negara begitu meminati bidang muzik sehingga menimbulkan kemarahan papanya yang mahu dia menguruskan syarikat.
Dia bercuti dikampung untuk menghilangkan rasa bosan sehingga dia bertemu dengan Yasmine yang menjual kuih di warung.

"Awak, saya nak lalu ni," Yamine menahan geram melihat Eddie yang santai di tangga sambil memetik gitar.

"Kalau nak lalu, kena bayar tol dulu" - Eddie

"Ini bukan KL, nak lalu kena bayar tol. Ini rumah Nek Piah. Awak jangan nak mengada-ngada. Nanti saya adu pada nenek awak.

Padan muka awak."- Yasmine.

Eddie yang sudah berkenan dengan Yasmine meminta Nek Piah masuk meminang gadis itu tapi kenyataan siapa Yasmine, benar-benar mengejutkan Eddie.

"Yasmine tu dah kawin, bukan sekali tapi dah dua kali"- Nek Piah.
"Hah, macam nak terkeluar biji mata Eddie mendengarnya
"Yasmine tu walaupun dah dua kali kawin tapi dia tu sebenarnya berstatus janda berhias." Nek Piah mengukir senyum.

Hampir semput Nek Piah bila Eddie meminta dia menjadi wakil untuk meminang Yasmine. Paling mengejutkan bila Eddie membawa gitarnya bersama sebagai pengganti cincin.

Apa pula reaksi Yasmine bila Eddie muncul bersama hasratnya itu.



No comments:

Post a Comment