PATERI ~
A’JE FAZLINA
ISBN: 978-967-2035-23-7
RM30(SM)/RM33(SS)
TERBITAN: NOVEMBER 2017
PERKENALAN di antara Nur Layla dengan Rafael bukanlah
bermula dalam keadaan yang baik. Masing-masing mempunyai tanggapan yang negatif
antara satu sama lain.
“Aku
tahulah kau dah terbiasa dalam rumah ni, tapi kalau dah tetamu tu buatlah cara
tetamu. Masuk rumah orang dah macam pencuri pulak. Kau tak reti nak bagi salam ke? Tak ada adab?” ~ Rafael
“Rafael,
otak awak letak dekat mana, hah? Kan saya dah cakap saya datang sini cari
Rania. Jangan nak cakap sesedap rasa awak aje.” ~ Layla
Peristiwa
dianiaya sahabat sendiri membuatkan Layla membawa diri jauh dari semua yang
berkaitan dengan lelaki itu. Lalu dia lari membawa diri ke Sri Beringin. Namun
sejauh mana pun kakinya melangkah, takdir tetap membawa dia kepada lelaki
bermulut longkang, baran atau lebih dikenali sebagai Mat Preng kerana hobinya
yang suka merempit. Siapa sangka pertemuan kali kedua itu membuatkan Rafael
mula menyimpan perasaan pada Layla sedangkan itulah gadis yang amat dibencinya
dahulu. Namun hati seorang Layla bukan mudah untuk dicairkan. Berlakulah
persaingan sengit di antara Rafael dan Arman dalam mendapatkan perhatian si
gadis.
“Tak sangka aku jumpa kau lagi kat sini. Macam
berjodoh pula aku dengan kau, kan?” ~ Rafael
“Mat
Preng tu sejenis hantu raya yang berkeliaran di waktu malam. Kalau nak keluar
waktu hari siang, tengok mood dia
jugak. Kalau terdengar bunyi bising malam-malam tu, haa… dialah tu.” ~ Layla
“Tak
takut ke kalau hantu raya tu berkeliaran masuk dalam hati Cik Layla?” ~ Rafael
Sehinggalah
satu permintaan dari seorang tua ketika aktiviti Melakar Impian Masa Depan,
merubah segala perjalanan hidup mereka. Apakah permintaan itu? Dapatkah Rafael
meraih cinta Layla yang mahal untuk dibeli? Siapakah Arman di antara Rafael
dengan Layla? Bagaimana pula dengan perasaan Layla yang sudah mula berdendang
lagu P.Ramlee ~ Malam Bulan Dipagar Bintang? Tetapi dengan lelaki yang mana
satu...
No comments:
Post a Comment