Thursday 28 September 2017

Mahabbah Terindah Adam Dan Hawa

MAHABBAH TERINDAH ADAM DAN HAWA
ISBN: 978-967-2035-20-6
RM30(SM)/RM33(SS)
TERBITAN: OKTOBER 2017

Kerana cemburu, dia bertindak di luar kewarasan. Harga diri si gadis menjadi taruhan. Akibatnya, Adam terpaksa berhadapan dengan sebuah kehilangan. Puas dicari, namun si dia terus hilang tanpa jejak.

Meninggalkan Adam dengan sebuah penyesalan yang maha besar dan buat dia hampir rebah.

Tiga tahun berlalu, takdir mempertemukan mereka dalam satu pertemuan yang tak diduga. Si dia muncul kembali di depan mata, namun hadirnya bukan bersendirian. Ada si comel yang petah berkata-kata menemani cinta hatinya. Melihat iras wajah itu, hati kuat mengatakan kebenaran.

“Kenapa sembunyikan semua ni dari abang? Tak cukup lagi ke tiga tahun Hawa hukum abang?”- Adam

“Sepuluh tahun pun belum tentu cukup untuk saya lenyapkan kebencian saya pada awak. Jangan pernah merayu kemaafan daripada saya selagi awak tak jumpa dan cantum balik serpihan hati saya yang awak dah hancurkan dengan teruk.”- Hawa

Kerasnya hati seorang Hawa Nafisa begitu sukar untuk dilenturkan. Adam kian terdesak, lebih-lebih lagi bila ada jejaka lain yang cuba untuk dekat dengan angelnya. Harapannya kini untuk hanya pada si comel, yang menjadi tali pengikat mereka berdua.

“Mama tak atap ime acih pun? Epatyah tium. Baji muahh tat papa.”- Suri Dahlia

“Abang akan jaga anak kita dengan seluruh jiwa dan nyawa abang seperti mana teguhnya kasih abang pada mamanya Suri. Yang sayang kena tahu, cinta Adam pada Hawanya takkan pernah mati.”- Adam

Hari-hari dihidangkan dengan kata-kata cinta dan sayang, hati yang keras cair juga akhirnya. Bahagia dibina, namun masih ada yang dengki dan cemburu. Rumah tangga mereka kembali diuji dengan fitnah. Fitnah yang sekali lagi mencipta jarak antara mereka.

 “Walau sebesar mana dugaan untuk kita, cinta itu takkan terhakis dari hati abang. Jarak,  bukan penamat kasih kita. Aliran masa, takkan menghanyutkan cinta dalam hati abang. Kerana cinta seorang Adam, akan tetap untuk Hawanya.”

Mampukah Adam dan Hawa mempertahankan mahabbah terindah mereka kali ini? 

Encik Kembar Jatuh Cinta


ENCIK KEMBAR JATUH CINTA- AIRA EDDY   
ISBN: 978-967-2035-19-0
RM30(SM)/RM33(SS)
TERBITAN: SEPTEMBER 2017


Pilihan jodoh oleh Syarifah Al Bahiyah adalah pilihan muktamad. Setiap butir perkataan yang keluar daripada mulutnya adalah arahan mati. Mampukah cucu kembar pertama Syarifah Al Bahiyah, Tengku Zaim Hakimi bin Tengku Zahid Harith mencari gadis yang sekufu dengannya sebelum tempoh yang diberikan tamat?

“I don’t have someone special in my heart. Someone yang sesuai untuk dijadikan calon isteri. Along rasa macam nak give up!” - Tengku Zaim Hakimi-

Cinta yang tiba-tiba datang harus dibuang jauh disebabkan gadis pilihan Syarifah Al Bahiyah wajib dinikahi. Dapatkah Tengku Zaid Hakimi bin Tengku Zaid Harith, cucu kembar yang kedua melupakan cinta yang mula bersemai dihati?

“Angah tak kan bertindak sesuka hati, Angah tak kan lukai hati orang yang Angah sayang…” – Tengku Zaid Hakimi-

Sengaja tidak membenarkan mana-mana perempuan hinggap dihatinya disebabkan jodoh sudah diatur oleh nendanya. Adakah akan hadir rasa cinta pada gadis yang akan dikahwini oleh Tengku Zalif Hakimi bin Tengku Zahid Harith, cucu kembar ketiga Syarifah Al Bahiyah?

“…….I don’t think I can love her. Mungkin dia pun sama, mama papa dia yang suruh kahwin. Entah-entah boyfriend sana sini. Mana kita tahu.” -Tengku Zalif Hakimi-

Cinta yang sudah dipupuk sejak zaman persekolahan perlu bersaing dengan cinta gadis pilihan Syarifah Al Bahiyah. Demi kasih dan cinta, adakah Tengku Zaqif Hakimi bin Tengku Zahid Harith, cucu kembar keempat Syarifah Al Bahiyah akan sanggup berpoligami?

“Saya akan buat apa sahaja asalkan kita dapat bersama, boleh Intan tunggu saya ceraikan dia” -Tengku Zaqif Hakimi-

Di sebalik cerita cinta cucu-cucu kembar Syarifah Al Bahiyah terselit seorang insan  yang bernama Nurul Iffah binti Atan. Demi wasiat bapa Iffah, serta rasa cinta, kasih dan pengorbanan, kakinya dikunci di banglo Syarifah Al Bahiyah.

“………. this is my place for 28 years.” -Nurul Iffah-

Siapa Iffah? Kenapa dia sangat dibenci Syarifah Al Bahiyah? Sama-sama kita nantikan pengakhirannya dalam Encik Kembar Jatuh Cinta.
Perasaan tu kurnia Allah, even kita trying so hard nak elakkan, tapi kalau memang Allah nak bagi, Dia akan bagi jugak.” – Nurul Iffah-





Cucu Lanun

CUCU LANUN – CICI AIDA
ISBN: 978-967-2035-18-3
RM28(SM)/RM31(SS)
TERBITAN: AUGUST 2017

Lanun? Siapa dia?

Dua lelaki. Seorang tua dan seorang lagi muda. Yang tua bergelar datuk. Punya kuasa dan kedudukan. Yang muda bergelar cucu. Mata keranjang dan tukang menghabiskan harta keturunan. Kedua-duanya tidak serasi bila seringkali berjumpa.

“Kalau kamu masih anggap kamu adalah keturunan John Legend, kamu dengar cakap saya dan jangan nak membantah.” Tuan John.

Diletak pula dalam kehidupan yang cukup daif.  Tinggal dirumah usang pusaka nenek moyangnya sendiri. Dalam susah-susah, berkenan pula nak memikat anak jiran depan rumah.

“Eh, mana boleh pegang-pegang. Haramlah.”- Arin

“Nak halalkan macam mana? Naz

“Eh, mana boleh kongsi dengan orang. Itu rahsia peribadilah.”- Arin

“Kedekut! Minta-minta biarlah lelaki tu aku.”- Naz

Namun, gara-gara 5 ribu, Arin hampir jadi mangsa gadaian ‘Along’. Dan penyelamatnya, Encik Jiran a.k.a Naz Amsyar.

“Kau nak buat apa?”

“Kita kahwin?”

“Kau gila?”

“Tak payah nak terkejut sangatlah. Kahwin aje pun. Bukan suruh kau jual maruah dekat aku.”
Ingatkan kahwin selesai masalah, rupanya tambah masalah. Sehinggalah terbongkar rahsia yang Naz Amsyar adalah cucu Tuan John. Bertambah ngilu hati Arin apabila si cucu lanun ini rupa-rupanya kasanova.

“G tu apa?”- Arin

“Gundeklah.”- Naz

Bila G sudah menyerang, Naz Amsyar jadi tidak senang duduk. Jadi terpaksalah Arin menjalankan misi Mak Jemah vogue dengan lelaki itu. Semuanya gara-gara sayang.
Tapi mampukah Arin menyelesaikan misi menghapuskan G, Naz Amsyar? Dan bagaimana dengan Naz Amsyar bila diberi dua syarat dari Tuan John. Berjayakah atau tidak cucu lanun ini mendapatkan apa yang dia mahu?  Ikuti kisah mereka sehingga ke titik akhir.