ENCIK KEMBAR JATUH CINTA- AIRA EDDY
ISBN:
978-967-2035-19-0
RM30(SM)/RM33(SS)
TERBITAN:
SEPTEMBER 2017
Pilihan jodoh oleh
Syarifah Al Bahiyah adalah pilihan muktamad. Setiap butir perkataan yang keluar
daripada mulutnya adalah arahan mati. Mampukah cucu kembar pertama Syarifah Al
Bahiyah, Tengku Zaim Hakimi bin Tengku Zahid Harith mencari gadis yang sekufu
dengannya sebelum tempoh yang diberikan tamat?
“I don’t have someone
special in my heart. Someone yang sesuai untuk
dijadikan calon isteri. Along rasa macam nak give up!” - Tengku Zaim Hakimi-
Cinta yang tiba-tiba
datang harus dibuang jauh disebabkan gadis pilihan Syarifah Al Bahiyah wajib
dinikahi. Dapatkah Tengku Zaid Hakimi bin Tengku Zaid Harith, cucu kembar yang
kedua melupakan cinta yang mula bersemai dihati?
“Angah tak kan bertindak
sesuka hati, Angah tak kan lukai hati orang yang Angah sayang…” – Tengku Zaid
Hakimi-
Sengaja tidak membenarkan mana-mana perempuan hinggap dihatinya
disebabkan jodoh sudah diatur oleh nendanya. Adakah akan hadir rasa cinta pada
gadis yang akan dikahwini oleh Tengku Zalif Hakimi bin Tengku Zahid Harith,
cucu kembar ketiga Syarifah Al Bahiyah?
“…….I don’t think I can love her. Mungkin dia pun sama, mama papa dia yang
suruh kahwin. Entah-entah boyfriend
sana sini. Mana kita tahu.” -Tengku Zalif Hakimi-
Cinta yang sudah dipupuk sejak zaman persekolahan perlu bersaing
dengan cinta gadis pilihan Syarifah Al Bahiyah. Demi kasih dan cinta, adakah
Tengku Zaqif Hakimi bin Tengku Zahid Harith, cucu kembar keempat Syarifah Al
Bahiyah akan sanggup berpoligami?
“Saya akan buat apa sahaja
asalkan kita dapat bersama, boleh Intan tunggu saya ceraikan dia” -Tengku Zaqif
Hakimi-
Di sebalik cerita cinta cucu-cucu kembar Syarifah Al Bahiyah
terselit seorang insan yang bernama
Nurul Iffah binti Atan. Demi wasiat bapa Iffah, serta rasa cinta, kasih dan
pengorbanan, kakinya dikunci di banglo Syarifah Al Bahiyah.
“………. this is my place
for 28 years.” -Nurul Iffah-
Siapa Iffah? Kenapa dia sangat dibenci Syarifah Al Bahiyah? Sama-sama kita nantikan
pengakhirannya dalam Encik Kembar Jatuh
Cinta.
“Perasaan tu kurnia Allah, even kita trying so hard
nak elakkan, tapi kalau memang Allah nak bagi, Dia akan bagi jugak.” – Nurul Iffah-
No comments:
Post a Comment