MAHABBAH
TERINDAH ADAM DAN HAWA
ISBN:
978-967-2035-20-6
RM30(SM)/RM33(SS)
TERBITAN:
OKTOBER 2017
Kerana cemburu,
dia bertindak di luar kewarasan. Harga diri si gadis menjadi taruhan.
Akibatnya, Adam terpaksa berhadapan dengan sebuah kehilangan. Puas dicari,
namun si dia terus hilang tanpa jejak.
Meninggalkan Adam
dengan sebuah penyesalan yang maha besar dan buat dia hampir rebah.
Tiga tahun
berlalu, takdir mempertemukan mereka dalam satu pertemuan yang tak diduga. Si
dia muncul kembali di depan mata, namun hadirnya bukan bersendirian. Ada si
comel yang petah berkata-kata menemani cinta hatinya. Melihat iras wajah itu,
hati kuat mengatakan kebenaran.
“Kenapa
sembunyikan semua ni dari abang? Tak cukup lagi ke tiga tahun Hawa hukum
abang?”- Adam
“Sepuluh tahun pun
belum tentu cukup untuk saya lenyapkan kebencian saya pada awak. Jangan pernah
merayu kemaafan daripada saya selagi awak tak jumpa dan cantum balik serpihan
hati saya yang awak dah hancurkan dengan teruk.”- Hawa
Kerasnya hati
seorang Hawa Nafisa begitu sukar untuk dilenturkan. Adam kian terdesak,
lebih-lebih lagi bila ada jejaka lain yang cuba untuk dekat dengan angelnya. Harapannya kini untuk hanya
pada si comel, yang menjadi tali pengikat mereka berdua.
“Mama tak atap ime acih pun? Epatyah tium. Baji muahh tat papa.”- Suri Dahlia
“Abang akan jaga
anak kita dengan seluruh jiwa dan nyawa abang seperti mana teguhnya kasih abang
pada mamanya Suri. Yang sayang kena tahu, cinta Adam pada Hawanya takkan pernah
mati.”- Adam
Hari-hari
dihidangkan dengan kata-kata cinta dan sayang, hati yang keras cair juga
akhirnya. Bahagia dibina, namun masih ada yang dengki dan cemburu. Rumah tangga
mereka kembali diuji dengan fitnah. Fitnah yang sekali lagi mencipta jarak
antara mereka.
“Walau sebesar mana dugaan untuk kita, cinta
itu takkan terhakis dari hati abang. Jarak,
bukan penamat kasih kita. Aliran masa, takkan menghanyutkan cinta dalam
hati abang. Kerana cinta seorang Adam, akan tetap untuk Hawanya.”
No comments:
Post a Comment