Wednesday 13 December 2017

SEMANIS KASEH ~ EDISI KHAS

SEMANIS KASEH ~ SANIA YASMIN/CIK TET/DILLA AHMAD/AZIEANA ISMMAIL
ISBN: 978-967-2035-24-4
RM28(SM)/RM31(SS)
TERBITAN: EDISI KHAS (DISEMBER 2017)


~~~~ SEHANGAT MALAM PERTAMA~~~~
SANIA YASMIN
TIDAK faham, kenapa ada janji dan wasiat antara datuknya, Tan Sri Tajuddin dan Syed Saifuddin, bapa Adura. Baginya Adura sekadar pembantu bapa saudaranya, Dato Fadhil dan bukan sesiapa. Mereka tidak pernah sehaluan, atau dalam istilah lain tidak sekepala walaupun sekapal.
Bagi Adura tidak bernikah dengan lelaki bernama Khairy tidak menjadi masalah, tetapi bagi Khairy kalau tidak bernikah dengan Adura dia akan mendapat masalah kelak.
“Bagi nenek nama perempuan yang Boy nak sangat tu? Bagi sini! Biar nenek pergi pinang kejap lagi!” – Puan Sri Zainab.
Tidak tahu siapakah wanita yang layak berada di sisinya selain daripada Adura. Layakkah Adura untuknya atau layakkah dia untuk Adura. Terasa canggung dengan sikap tegas dan selamba Adura terhadapnya.
“... Saya tak mahu bersuamikan seorang playboy dan kasanova.” – Adura.
“Awak menghina saya?” – Khairy.
Keputusan yang sudah diputuskan, harapannya playboy itu dapat berubah menjadi lelaki yang baik selepas bernikah. Itu saja. Dia tidak mengharapkan suatu keajaiban, walaupun itu yang diharapkan berlaku terhadap Khairy.
Tanpa sedar, Khairy cuba mengubah haluan hidupnya, bukan demi Adura tetapi kerana hidayah dariNya. Cuba dirisik rasa si isteri.
“Ya? Alhamdulillah!” – Adura.
Rasa syukur dari isteri membuat hatinya berbunga indah. Indahnya menjadi seseorang yang begitu bermakna terhadap isterinya, bagai hangatnya malam pertama. Namun, kembalinya Maya membawa sesuatu yang mengugatkan kehidupannya yang baru hendak bermula.
Apakah reaksi Khairy terhadap sesuatu yang dibawa oleh Maya?


~~~~ IKHLAS CINTA ANGGUN ~~~~
CIK TET

IKHLAS AMRIZAL~Cinta… hadir tanpa diundang. Pertama kali melihat wajah si dia, hatinya sudah terpaut namun untuk memiliki, ada sesuatu yang menghalang. Kalau dah jodoh, memang tak akan ke mana. Peluang datang untuknya apabila dia menjadi harapan terakhir bapa saudaranya. Amanah dipegang dengan senang hati. Si dia menjadi miliknya, namun perlu pula berdepan dengan kebencian nenek kesayangan. Juga jodoh yang telah ditetapkan untuknya. Cinta si dia cuba diraih, kerana dalam hati hanya terpahat satu nama… Anggun.

ANGGUN~Bukan dia tak sayang, bukan juga dia tak sudi. Cinta pada si dia sudah terwujud pada saat dia mendengar lafaz ijab dan Kabul dari bibir si dia yang sudah diamahkan untuk menjadi pelindungnya. Hati sudah mula tunduk bila dihidangkan dengan kata-kata manis dan ayat-ayat cinta dari dia yang bergelar suami, namun kebencian nenek melenyapkan impian bahagianya. Bergelar anak pada isteri muda perampas bukanlah sesuatu yang mudah untuknya, lebih-lebih lagi bila terikat dengan janjinya pada arwah ayah dan ibu. Secebis kemaafan dan kasih sayang nenek cuba diraih walaupun terpaksa menguburkan satu nama yang sudah mula terpahat kemas dalam hatinya… Ikhlas Amrizal.



~~~~ AKU DAN SOFEA JANE ~~~~
DILLA AHMAD



Sofia Jane,  pelajar baru pindah ke sekolah Zul Hilman.  Gadis kacukan itu tiba-tiba jadi sangat popular di kalangan pelajar lelaki.  Zul Hilman,  pelajar yang bermasalah dan selalu dihukum sebab melanggar peraturan sekolah.

Mereka dipertemukan pada satu pagi bila masing-masing terlewat tiba di sekolah. Sikap Zul Hilman yang senyap dan buat tak peduli itu buat Sofia Jane ingin mengenali pelajar lelaki itu lebih dekat lagi.

Namun mereka terpisah juga akhirnya bila Sofea mengikut keluarganya ke New Zealand bersama lara di hati. Zul Hilman membina kehidupannya sendiri . Dia dijadikan anak dan cucu angkat Oleh Puan  Ema dan Datuk Seri Hanif yang tidak punya pewaris.  Jadi secara otomatik dia menjadi anak orang berada dan membantu Datuk Seri Hanif menguruskan syarikat nya.

Dia dan Sofea Jane ditemukan semula. Pada mulanya Zul Hilman tidak mengenali gadis itu sebab Sofea Jane sudah nampak sudah berubah.  Tapi Sofea Jane masih lagi mengenali lelaki itu.

Satu pertemuan yang sangat manis walaupun Sofea Jane masih marahkan dia sebab menolak rasa cinta Sofea itu dulu.

Mereka saling bertelingkah. Sampai bila mereka harus begini?

"Saya pernah cakap kalau kita dipertemukan semula,  saya akan pinang awak,  kan?  Selagi awak tak jadi milik sesiapa. " Zul Hilman

"Awak tak kahwin lagi ke,  Zul? "- SOFEA JANE

"saya ni nampak macam lelaki yang dah kahwin ke,  Sofea? " - Zul Hilman





~~~~ AWAK CINTA HATI SAYA ~~~~
AZIEANA ISMAIL


Eddie seorang graduan dari luar negara begitu meminati bidang muzik sehingga menimbulkan kemarahan papanya yang mahu dia menguruskan syarikat.
Dia bercuti dikampung untuk menghilangkan rasa bosan sehingga dia bertemu dengan Yasmine yang menjual kuih di warung.

"Awak, saya nak lalu ni," Yamine menahan geram melihat Eddie yang santai di tangga sambil memetik gitar.

"Kalau nak lalu, kena bayar tol dulu" - Eddie

"Ini bukan KL, nak lalu kena bayar tol. Ini rumah Nek Piah. Awak jangan nak mengada-ngada. Nanti saya adu pada nenek awak.

Padan muka awak."- Yasmine.

Eddie yang sudah berkenan dengan Yasmine meminta Nek Piah masuk meminang gadis itu tapi kenyataan siapa Yasmine, benar-benar mengejutkan Eddie.

"Yasmine tu dah kawin, bukan sekali tapi dah dua kali"- Nek Piah.
"Hah, macam nak terkeluar biji mata Eddie mendengarnya
"Yasmine tu walaupun dah dua kali kawin tapi dia tu sebenarnya berstatus janda berhias." Nek Piah mengukir senyum.

Hampir semput Nek Piah bila Eddie meminta dia menjadi wakil untuk meminang Yasmine. Paling mengejutkan bila Eddie membawa gitarnya bersama sebagai pengganti cincin.

Apa pula reaksi Yasmine bila Eddie muncul bersama hasratnya itu.



BUNGA HATI MR. JUNG

BUNGA HATI MR JUNG ~ TINI HARDANISYAH
ISBN: 978-967-2035-22-0
RM30(SM)/RM33(SS)
TERBITAN: DISEMBER 2017

DARI kerana mata, Alisha dan Erwan terus terperangkap dalam perasaan yang sukar untuk ditafsirkan. Bukan dek kerana panahan cinta pandang pertama tapi kerana persoalan yang sudah lama tersimpan kemas dalam memori. Restoran makanan Korea, Han Valley menjadi titik permulaan bagi kisah baru mereka namun tak semudah itu mereka mengakui perasaan masing-masing.

Muhammad Erwan Jung Bin Abdullah.” - Erwan-                                                                              
“Nama asal awak? Maksud saya nama Korea.” -Alisha-                                                                              
“Saya rasa awak tak perlu tahu nama Korea saya.” -Erwan-

Bila Erwan kata begitu, Alisha terus jadi berganda-ganda tidak sudi dengannya. Namun andai sudah namanya jodoh, sampai ke puncak Everest pun boleh bertemu. Hinggalah satu peristiwa berlaku dan persoalan yang tersimpul rapi itu mula terlerai sedikit. Maka bermulalah misi 11 persoalan Alisha ala-ala wartawan tak bergaji. Siapa sebenarnya jejaka Korea bermata redup ini?

“Ibu, kita sekarang zaman alaf baru. Janganlah bu. Please. Ini bukan macam novel kahwin paksa ibu. Tolonglah ibu.” -Alisha-                                                                                                             
  “Tapi, kalau adik berkenan dengan Aril tu ibu memang suka sangat. Anak saudara ibu sendiri lagi ibu percaya.” -Ibu-
                                                                                               
Gawat bila ibu Alisha bercita-cita tinggi nak bermenantukan anak saudara sendiri yang baru balik dari luar negara. Siapa yang tak mahukan Hairil, jejaka kacak yang sudah mendapat gelaran PhD di usia muda. Tapi degilnya Alisha setebal kerak bumi jadi tidak katanya maka tidaklah.
Alisha dan Erwan punya latarbelakang jauh berbeza dari segi budaya, negara dan bangsa namun ikatan jantung hati mereka terlalu kuat untuk dinafikan. Malahan sifat mereka juga bagai langit dan bumi. Erwan tegas, tenang dan matang manakala Alisha pula lebih kebudak-budakan, suka bertindak di luar kawalan namun sangat baik hati.

“Macam muka awak kan? Sama sangat. Bentuk muka sama. Warna pun sama. Biru dengan biru. Awak memang Doraemon saya. Doraemon, Doraemon boleh tak kita beli set baby ni?” Alisha-                                                                                                                                                                          
 “Kalau saya Doraemon, awak Nobita lah?” -Erwan-                                                                        
“Nobita tu lelakilah. Saya jadi Mrs. Doraemon lah.” -Alisha-

Bagi Alisha, Erwan ibarat Doraemon yang selalu ada untuk orang yang dia sayang. Namun mampukah keluarga kedua belah pihak menerima? Keluarga Erwan nun jauh di Seoul dan keluarga Alisha pula mementingkan agama dan adat budaya.

“Kita akhiri semua ni dengan baik. Bersaksikan abah.” -Erwan-                                                                   
“Andai sudah tertulis jodoh untuk kita, walau sejauh mana kita terpisah, sejuta mana pun halangan, kita pasti akan bertemu.” -Erwan-

Cinta bukan bererti memiliki dan atas nama pengorbanan Erwan terpaksa berundur. Sempatkah 11 persoalan itu dijawab oleh Erwan? Benarkah selepas 10 tahun, suratan jodoh benar-benar tidak tertulis untuk mereka?



PATERI

PATERI ~ A’JE FAZLINA
ISBN: 978-967-2035-23-7

RM30(SM)/RM33(SS)
TERBITAN: NOVEMBER 2017


PERKENALAN di antara Nur Layla dengan Rafael bukanlah bermula dalam keadaan yang baik. Masing-masing mempunyai tanggapan yang negatif antara satu sama lain.

“Aku tahulah kau dah terbiasa dalam rumah ni, tapi kalau dah tetamu tu buatlah cara tetamu. Masuk rumah orang dah macam pencuri pulak. Kau tak reti nak bagi salam ke? Tak ada adab?” ~ Rafael

“Rafael, otak awak letak dekat mana, hah? Kan saya dah cakap saya datang sini cari Rania. Jangan nak cakap sesedap rasa awak aje.” ~ Layla

Peristiwa dianiaya sahabat sendiri membuatkan Layla membawa diri jauh dari semua yang berkaitan dengan lelaki itu. Lalu dia lari membawa diri ke Sri Beringin. Namun sejauh mana pun kakinya melangkah, takdir tetap membawa dia kepada lelaki bermulut longkang, baran atau lebih dikenali sebagai Mat Preng kerana hobinya yang suka merempit. Siapa sangka pertemuan kali kedua itu membuatkan Rafael mula menyimpan perasaan pada Layla sedangkan itulah gadis yang amat dibencinya dahulu. Namun hati seorang Layla bukan mudah untuk dicairkan. Berlakulah persaingan sengit di antara Rafael dan Arman dalam mendapatkan perhatian si gadis.

“Tak sangka aku jumpa kau lagi kat sini. Macam berjodoh pula aku dengan kau, kan?” ~ Rafael

“Mat Preng tu sejenis hantu raya yang berkeliaran di waktu malam. Kalau nak keluar waktu hari siang, tengok mood dia jugak. Kalau terdengar bunyi bising malam-malam tu, haa… dialah tu.” ~ Layla

“Tak takut ke kalau hantu raya tu berkeliaran masuk dalam hati Cik Layla?” ~ Rafael

Sehinggalah satu permintaan dari seorang tua ketika aktiviti Melakar Impian Masa Depan, merubah segala perjalanan hidup mereka. Apakah permintaan itu? Dapatkah Rafael meraih cinta Layla yang mahal untuk dibeli? Siapakah Arman di antara Rafael dengan Layla? Bagaimana pula dengan perasaan Layla yang sudah mula berdendang lagu P.Ramlee ~ Malam Bulan Dipagar Bintang? Tetapi dengan lelaki yang mana satu...