Tuesday 22 January 2019

Pemilik Cinta Zania


PEMILIK CINTA ZANIA                   
ISBN: 978-967-2035-38-1
RM26(SM)/RM29(SS)
TERBITAN: FEBRUARI 2019


Perkenalan dengan Zaf tidak menyangka akan membawa Dania berjumpa dengan Zahin semula. Zahin Arsyad, lelaki yang telah menghancurkan hati dan perasaannya suatu masa dahulu.

“I tak kenal you dan I tak nak kenal you. You ingat you hensem sangat ke? Cermin diri you tu dulu. Setakat you ni ramai lagi yang nakkan I. Bukan you seorang lelaki dalam dunia ni. Jangan berlagak sangatlah yang I akan jatuh suka dengan you. You siapa nak bergandingan dengan I?” - Dania Wafa.

“You yang mula cabar I, Dania. Bukan I tak pernah bagi amaran pada you. You ingat dengan meminta maaf, perkara ini akan selesai? Kenapa you nak salahkan I dengan apa yang terjadi dekat you?” - Zahin Arsyad.

Jangan terlalu berdendam, takut nanti akan merana diri. Jangan terlalu membenci, takut nanti terjatuh sayang. Jangan terlalu menyayangi, takut nanti dilukai.

Kerana satu rahsia, Zahin pergi tinggalkannya tanpa berita. Pergi tinggalkannya di saat dia mula menerima dan mencintai lelaki itu sepenuhnya. Mana perginya janji lelaki itu untuk setia bersamanya? Mana perginya janji lelaki itu untuk terus mencintainya? Salah diakah semua ini terjadi? Mampukah rahsia yang tersimpan akan terus menjadi rahsia?



Karam Di Hati Encik Berg


KARAM DI HATI ENCIK BERG   
ISBN: 978-967-2035-37-4
RM28(SM)/RM31(SS)
TERBITAN: JANUARI 2019



XARLHARIETH dan MYA ADELIA bertemu ketika sesi temuduga dan ia berakhir bukanlah dengan cara yang baik. Rentetan itu dengan tanpa sengaja beberapa lagi pertemuan demi pertemuan terjadi. Namun pertemuan dengan lelaki dingin dan ego itu tidak pernah tak malang buat Mya. Mya sudah naik serik untuk bersua muka dengan lelaki itu. Malangnya lelaki itu seolah membayangi langkahnya.

“Ini kali ke-5 kita bersua muka tapi dalam situasi yang berbeza. Cuma sekarang saya tak faham kenapa awak ada di sini? Bukan ke sebelum ni saya dah kata awak gagal temuduga ?” ~Xarlharieth.

Itu kata Xarlharieth. Namun siapalah dia untuk menidakkan rezeki buat Mya. Akhirnya Mya tetap menjadi PA-nya selepas campur tangan si adik. Huru-hara dunia mereka kerana ‘ketidak serasian’ antara mereka sering terjadi.

“Selama ini Encik Berg memang tahu siapa Mya? Dan Mya macam orang bodoh bila membiarkan Encik Berg terus seronok permainkan Mya? Atur Mya dalam setiap rancangan Encik Berg?” ~ Mya Adellia.

Tegakah Mya untuk terus berhadapan dengan lelaki itu? Mampukah Xarlharieth meraih kembali kepercayaan dan cinta Mya yang pernah dia hancurkan? Siapa Nur dalam hidup Xarlharieth dan siapa pula Ghaz dalam hidup Mya?

Ternyata mereka tersepit antara kenangan silam dan cinta yang kian mekar. Lalu, apa pilihan mereka? Lupakan segalanya atau karam bersama dalam lautan rindu walaupun ia sentiasa bergelora?