PEMILIK CINTA ZANIA
ISBN: 978-967-2035-38-1
RM26(SM)/RM29(SS)
TERBITAN: FEBRUARI 2019
Perkenalan dengan Zaf tidak menyangka akan
membawa Dania berjumpa dengan Zahin semula. Zahin Arsyad, lelaki yang telah
menghancurkan hati dan perasaannya suatu masa dahulu.
“I tak kenal you dan I tak nak
kenal you. You ingat you hensem sangat ke? Cermin diri you tu dulu. Setakat you
ni ramai lagi yang nakkan I. Bukan
you seorang lelaki dalam dunia ni. Jangan berlagak sangatlah yang I akan jatuh suka dengan you. You siapa nak
bergandingan dengan I?” - Dania Wafa.
“You yang mula cabar I, Dania. Bukan I tak
pernah bagi amaran pada you. You ingat dengan meminta maaf, perkara ini akan
selesai? Kenapa you nak salahkan I dengan apa yang terjadi dekat you?” - Zahin
Arsyad.
Jangan terlalu
berdendam, takut nanti akan merana diri. Jangan terlalu membenci, takut nanti
terjatuh sayang. Jangan terlalu menyayangi,
takut nanti dilukai.
Kerana satu rahsia, Zahin pergi tinggalkannya
tanpa berita. Pergi tinggalkannya
di saat dia mula menerima dan mencintai lelaki itu sepenuhnya. Mana perginya janji lelaki itu untuk setia bersamanya? Mana
perginya janji lelaki itu untuk terus
mencintainya? Salah diakah semua ini terjadi? Mampukah rahsia yang
tersimpan akan terus menjadi rahsia?
No comments:
Post a Comment