KARAM DI HATI ENCIK BERG
ISBN: 978-967-2035-37-4
RM28(SM)/RM31(SS)
TERBITAN: JANUARI 2019
XARLHARIETH
dan MYA ADELIA bertemu ketika sesi temuduga dan ia berakhir bukanlah dengan
cara yang baik. Rentetan itu dengan tanpa sengaja beberapa lagi pertemuan demi
pertemuan terjadi. Namun pertemuan dengan lelaki dingin dan ego itu tidak pernah
tak malang buat Mya. Mya sudah naik serik untuk bersua muka dengan lelaki itu.
Malangnya lelaki itu seolah membayangi langkahnya.
“Ini
kali ke-5 kita bersua muka tapi dalam situasi yang berbeza. Cuma sekarang saya
tak faham kenapa awak ada di sini? Bukan ke sebelum ni saya dah kata awak gagal
temuduga ?” ~Xarlharieth.
Itu
kata Xarlharieth. Namun siapalah dia untuk menidakkan rezeki buat Mya. Akhirnya
Mya tetap menjadi PA-nya selepas campur tangan si adik. Huru-hara dunia mereka
kerana ‘ketidak serasian’ antara mereka sering terjadi.
“Selama
ini Encik Berg memang tahu siapa Mya? Dan Mya macam orang bodoh bila membiarkan
Encik Berg terus seronok permainkan Mya? Atur Mya dalam setiap rancangan Encik
Berg?” ~ Mya Adellia.
Tegakah
Mya untuk terus berhadapan dengan lelaki itu? Mampukah Xarlharieth meraih
kembali kepercayaan dan cinta Mya yang pernah dia hancurkan? Siapa Nur dalam
hidup Xarlharieth dan siapa pula Ghaz dalam hidup Mya?
Ternyata
mereka tersepit antara kenangan silam dan cinta yang kian mekar. Lalu, apa
pilihan mereka? Lupakan segalanya atau karam bersama dalam lautan rindu
walaupun ia sentiasa bergelora?
No comments:
Post a Comment