Friday 27 September 2019

Khayla ~ Ieya Sya


KHAYLA   

IEYA SYA
ISBN: 978-967-2035-52-7
RM28(SM)/RM31(SS)
TERBITAN: OKTOBER 2019

Mereka bertemu di bumi Itali. Lalu dalam masa yang singkat telah melahirkan rasa cinta yang membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Tapi semuanya berakhir sebelum sempat ia bermula. Gara-gara satu rahsia, Khayla terpaksa mengorbankan ikatan perkahwinannya. Luth pergi meninggalkannya dengan salah faham dan dendam.
Dua tahun berlalu, takdir menemukan mereka sekali lagi di bumi Turki. Kali ini Khayla bukan berhadapan dengan Luth yang lembut dan penyayang. Tapi seorang Luth yang kejam dan pendendam.

“Aku terfikir, apa aku patut buat pada kau untuk tiga minggu ni? Macam mana aku nak balas balik kesakitan yang kau tinggalkan? Apa yang patut perempuan hamba duit macam kau ni patut dapat?” – LUTH
“Beri kemaafan pada saya, Luth. Hanya dengan cara itu, awak mampu lupakan segalanya dan mulakan hidup baru. Sudah tentu juga awak mampu untuk bahagia.” – KHAYLA

Satu kejadian telah berlaku hingga membongkar semua rahsia. Luth kesal. Di bumi Malaysia, dia cuba mencari semula sisa-sisa cinta antara mereka.

“You masih nak jadi isteri I, Khayla?” – LUTH
“Saya tak tahu.” – KHAYLA

Mampukah Luth mengembalikan saat bahagia ketika mereka bersama dan meraih kembali cinta Khayla? Bagaimana dengan Felicia, gadis yang turut menyintai Luth di bumi Turki? Apakah rahsia yang telah membuatkan Khayla sanggup mempertaruhkan hidupnya sebagai galang ganti?

Plot 365 Hari ~ Aesya Azahar


PLOT 365 HARI
AESYA AZAHAR
ISBN: 978-967-2035-47-3

RM27(SM)/RM30(SS)
TERBITAN: JUN 2019

Ceritanya mengisarkan tentang dua sahabat, Ayra Basheera dan Farah Ilyana yang tidak percaya dengan apa yang dipaparkan di kaca televisyen di mana kaum Adam boleh berubah menjadi lebih baik hanya disebabkan cinta daripada kaum Hawa. Atas cadangan Farah, maka wujudlah sebuah plot antara mereka yang mengambil masa selama 365 hari.

“She’s really beautiful! Sumpah, aku tak tipu. Muka dia lembut sangat.” – Zhafri

Zhafri Adam, mangsa jerat mereka, mula dipaut hatinya oleh Ayra demi menjalankan plotnya. Namun, rupa paras dan perwatakan Zhafri itu bukan sahaja menambat hati Ayra, malah Farah juga seolah-olah sudah jatuh hati dengan lelaki tersebut.
“I harap you setia dengan I. I tak boleh terima kalau perempuan curang dengan I. - Iskandar

Iskandar, teman lelaki Ayra turut mengadu kepada Farah apabila dapat merasakan perhatian kekasih hatinya itu seperti sudah beralih arah.

Namun, belum sampai tempoh setahun, seseorang bertindak untuk membocorkan rahsia Ayra kepada Zhafri dengan memberitahu lelaki itu tentang motif sebenar Ayra berkenalan dengannya. Zhafri berasa dikhianati dan perasaan cinta terhadap wanita itu bertukar menjadi benci dan dendam.

Siapakah yang bertindak membocorkan rahsia Ayra? Benarkah lelaki boleh berubah dengan hadirnya cinta daripada seorang wanita? Bagaimanakah kesudahan kisah Ayra, Zhafri, Farah dan Iskandar? Segalanya dalam Plot 365 Hari


Mr. Saka Biru ~ A'je Fazlina

 MR. SAKA BIRU

A’JE FAZLINA
ISBN: 978-967-2035-51-0
RM30(SM)/RM33(SS)
TERBITAN: SEPTEMBER 2019


 “Kau ingat bila kau goda aku, kau boleh dapat balik hati aku yang dulu macam tu aje? Jangan harap!” – Amsyar.
“Saya akan goda awak sampai awak tunduk dengan saya. Ini janji saya, Amsyar.” – Alis.

Amsyar dengan misi membalas dendam, mahu membuat si isteri terus tersiksa dan menderita demi membayar rasa sakit hati yang pernah dia rasa. Sementara Alis dengan misi mahu meraih kembali kasih sayang dan cinta yang pernah ada dari lelaki yang pernah dia hina.
Sekental dan sekeras manalah hati seorang Inspektor Amsyar bila saban hari digoda dan disajikan dengan kata-kata pujuk rayu oleh si isteri. Akhirnya sang saka biru tertewas juga.

“Awak dah bersedia ke nak hidup dengan saya? Tak takut?” – Amsyar
“Sebab awak dah janji nak jaga saya sampai hujung nyawa, buat apa saya nak takut.” – Alis

Namun peristiwa kemalangan lima tahun lalu membuatkan segalanya kian berubah. Amsyar terus-terusan menghukum dan meninggalkan Alis digantung tidak bertali.

“Apa yang kau dah buat, Alis? Kau tahu tak betapa siksanya aku dengan kehilangan itu. Kau dengan Shahir pembunuh!” – Amsyar.
“Saya tak salah Am! Awak tak boleh jatuhkan hukuman macam ni untuk saya” – Alis

 Mampukah hatinya menerima Alis semula? Ikhlas dia melupakan semuanya? Saat Alis pergi membawa diri, mampukah melembutkan hati sang saka biru yang ego dan penuh dendam?