A’JE FAZLINA
ISBN: 978-967-2035-51-0
RM30(SM)/RM33(SS)
TERBITAN: SEPTEMBER 2019
“Kau ingat bila kau goda aku, kau boleh dapat
balik hati aku yang dulu macam tu aje? Jangan harap!” – Amsyar.
“Saya akan
goda awak sampai awak tunduk dengan saya. Ini janji saya, Amsyar.” – Alis.
Amsyar
dengan misi membalas dendam, mahu membuat si isteri terus tersiksa dan
menderita demi membayar rasa sakit hati yang pernah dia rasa. Sementara Alis
dengan misi mahu meraih kembali kasih sayang dan cinta yang pernah ada dari
lelaki yang pernah dia hina.
Sekental dan
sekeras manalah hati seorang Inspektor Amsyar bila saban hari digoda dan disajikan
dengan kata-kata pujuk rayu oleh si isteri. Akhirnya sang saka biru tertewas
juga.
“Awak dah
bersedia ke nak hidup dengan saya? Tak takut?” – Amsyar
“Sebab awak
dah janji nak jaga saya sampai hujung nyawa, buat apa saya nak takut.” – Alis
Namun peristiwa
kemalangan lima tahun lalu membuatkan segalanya kian berubah. Amsyar terus-terusan menghukum dan meninggalkan
Alis digantung tidak bertali.
“Apa yang kau dah buat, Alis? Kau tahu tak
betapa siksanya aku dengan kehilangan itu. Kau dengan Shahir pembunuh!” – Amsyar.
“Saya tak salah Am! Awak tak boleh jatuhkan
hukuman macam ni untuk saya” – Alis
Mampukah hatinya menerima Alis semula? Ikhlas
dia melupakan semuanya? Saat Alis pergi membawa diri, mampukah melembutkan hati
sang saka biru yang ego dan penuh dendam?
No comments:
Post a Comment