PLOT 365 HARI
AESYA AZAHAR
ISBN: 978-967-2035-47-3
RM27(SM)/RM30(SS)
TERBITAN: JUN 2019
Ceritanya
mengisarkan tentang dua sahabat, Ayra Basheera dan Farah Ilyana yang tidak
percaya dengan apa yang dipaparkan di kaca televisyen di mana kaum Adam boleh
berubah menjadi lebih baik hanya disebabkan cinta daripada kaum Hawa. Atas
cadangan Farah, maka wujudlah sebuah plot antara mereka yang mengambil masa
selama 365 hari.
“She’s really
beautiful! Sumpah, aku tak tipu. Muka dia lembut sangat.” – Zhafri
Zhafri
Adam, mangsa jerat mereka, mula dipaut hatinya oleh Ayra demi menjalankan
plotnya. Namun, rupa paras dan perwatakan Zhafri itu bukan sahaja menambat hati
Ayra, malah Farah juga seolah-olah sudah jatuh hati dengan lelaki tersebut.
“I harap you setia
dengan I. I tak boleh terima kalau perempuan curang dengan I. - Iskandar
Iskandar,
teman lelaki Ayra turut mengadu kepada Farah apabila dapat merasakan perhatian
kekasih hatinya itu seperti sudah beralih arah.
Namun,
belum sampai tempoh setahun, seseorang bertindak untuk membocorkan rahsia Ayra
kepada Zhafri dengan memberitahu lelaki itu tentang motif sebenar Ayra
berkenalan dengannya. Zhafri berasa dikhianati dan perasaan cinta terhadap
wanita itu bertukar menjadi benci dan dendam.
Siapakah
yang bertindak membocorkan rahsia Ayra? Benarkah lelaki boleh berubah dengan
hadirnya cinta daripada seorang wanita? Bagaimanakah kesudahan kisah Ayra,
Zhafri, Farah dan Iskandar? Segalanya dalam Plot
365 Hari…
No comments:
Post a Comment