Jom temui kami di EKSPO BUKU MALAYSIA
Labels
- A'JE
- ADRY TIHANI
- Aesya Azahar
- AIRA EDDY
- ANN HANN
- AYRA AWATIF
- AZIEANA
- AZIZAH AMI
- BUKAN LELAKI TERHEBAT
- BYD
- CICI AIDA
- CIK TET
- DILLA AHMAD
- EDNIN
- FATIN ANUR
- Fitri Umairah
- IEYA SYA
- IZMA QAHIERA
- JEN NJ
- Julia Basri
- MAYA ADIRA
- Miss Dee
- Norshiemah Md Yasan
- NURHARYATI ISHAK
- R'ANS TENT
- RAFINA ABDULLAH
- RUBY NUR AIRIS
- SALE
- SANIA YASMIN
- Sara Hezra
- SARA IRDINA
- SARNIA YAHYA
- Shiroe Sherry
- SU JASLIN
- SYAMNURIEZMIL
- TINI HARDANISYAH
- WAN NUR NAJIHAH
- ZUHRI MOHD
Thursday, 8 December 2016
Friday, 2 December 2016
BUKU-BUKU TERBITAN KASEH ARIES PUBLICATION
Boleh dapatkan buku-buku kami di kedai-kedai buku di seluruh Malaysia, atau boleh dibeli dari kami.
Tuesday, 29 November 2016
EKSPO BUKU MALAYSIA 2016
PRE - ORDER DI BUKA SEKARANG HINGGA 9hb DISEMBER 2016
Jangan lepaskan peluang untuk memiliki buku - buku terbitan KASEH ARIES
Friday, 25 November 2016
UJIAN UNTUK BAHAGIA - CIK TET
TAJUK: UJIAN
UNTUK BAHAGIA
PENULIS: CIK
TET
TERBITAN: KASEH
ARIES PUBLICATION
RM28(SM)/RM31(SS)
Jiwa Haris
mati.
Hidup Indah
musnah.
Takdir
Tuhan menemukan mereka. Jiwa yang mati, hidup yang disangka musnah... kembali
bersinar. Harapan dan cinta mula membasahi hati, melakar warna-warna indah,
mengetuk pintu hati yang selama ini ketandusan rasa.
Jiwa Haris
jadi tak menentu.
Hati Indah
jadi resah.
Lantas
janji diukir. Haris berjanji menerima segala kekurangan Indah tanpa syarat.
Indah berjanji yang kesetiaannya hanya untuk Haris hingga ke akhir hayat.
“Abang
janji takkan tinggalkan Indah walau apa pun yang terjadi? Abang janji abang
akan terima Indah walau siapa pun Indah?”~ Indah
“Setiap
orang ada kisah lalu, Indah. Dan Indah janji akan setia dengan abang hingga
maut memisahkan kita?”~Haris
Bersama
janji, mereka mengharapkan sinar kebahagiaan. Cinta disemai, bahagia dibina.
Namun dengki dan iri hati tetap mengekori mereka. Kepercayaan dan janji lebur
dalam sekelip mata. Relai bersama fitnah yang dijaja.
“Ini
balasan Indah terhadap pengorbanan abang menerima Indah tanpa syarat? Abang tak
sangka yang Indah juga sama macam Ati! Kotor!”~Haris
Sekali lagi
maruah Indah menjadi taruhan. Diletakkan paling bawah,diinjak-injak tanpa
simpati. Namun jauh disudut hati, dia masih berharap agar ada secebis simpati
Haris untuk dirinya. Dia merayu. Dia merintih. Dia berjanji untuk kesekian
kalinya.
“Indah
merayu dengan abang, tolong kesiankan Indah dan mak Indah untuk sekali ni saja.
Tolonglah abang... Indah janji, Indah tak akan ganggu abang walau apa pun abang
lakukan. Cuma dua minggu, abang... Cukup tempohnya nanti, Indah sendiri yang
akan pergi dari hidup abang. Sejauh yang Indah mampu, supaya abang tak perlu
lagi melihat perempuan kotor dan hina ini. Indah janji,abang...”~ Indah
Sanggupkah
Haris membiarkan Indah merayu, merintih dan memohon ihsannya? Tegakah dia terus
melihat air mata yang mengalir di pipi Indah? Sudah hilangkah semua rasa cinta
dalam hatinya untuk Indah?
Mulut kata
tidak, bibir melafaz benci. Tapi, kenapa di dalam sana,dia rasa sakit? Cinta
mereka diuji, akankah ada bahagia untuk mereka nanti?
Wednesday, 23 November 2016
PLEASE… DON’T BE GELOJOH – IZMA QAHIERA
PLEASE… DON’T BE GELOJOH – IZMA QAHIERA
ISBN: 978-967-2035-09-01
RM28.00
TERBITAN: DISEMBER 2016
Wanda Asmalinda, gadis manja. tapi gedik. Keluarganya pun
kadang-kadang tak sanggup melayan. Cuma, jadi anak kesayangan ayah memang punya
serba kelebihan. Jadinya, dia buat tak kisah aje apa yang kakak atau emaknya
cakap.
Dalam hidup Wanda, cuma satu yang jadi kegusarannya. Jodohnya
tidak sepantas rakan-rakan sebayanya walaupun dia punya rupa yang cantik dan
menarik. Nampaknya dia perlu lakukan sesuatu sebabnya dia tak sanggup gelaran
ANAK DARA TUA terlabel pada dirinya nanti.
“Abah cakap dengan Wanda dulu, cari orang yang suka kita.
Jangan terhegeh-hegeh. Habis tu kenapa tak bagi Ikhwan datang ke sini dengan
keluarganya?”~ Wanda
Kalau orang tua membantah, pasti ada sebabnya. Namun Wanda
sudah nekad. Bukan senang nak cari lelaki sebaik Ikhwan.
“Sayang, lepas kahwin
nanti saya nak awak berhenti kerja. Jaga mama.” ~ Ikhwan.
Hanya kerana Wanda membantah, hilang terus sifat romantis
Ikhwan. Tak disangka Ikhwan ada agenda lain. Bukan isteri yang Ikhwan cari.
Tetapi, seorang penjaga yang boleh menguruskan mamanya yang sedang sakit. Wanda
nekad untuk berpisah. Dia mahu seorang suami. Bukan seorang pengganas.
“Selamat tinggal Ikhwan. Jangan datang lagi dalam hidup aku…”
~ Wanda
Bersama kata-kata itu Wanda cuba berubah untuk menjadi lebih
matang. Dia tidak mahu lagi menjadi beg pasir. Sekarang hatinya hanyalah untuk
kerja, kerja dan kerja. Namun tidak mudah untuk Wanda menetapkan pendirian.
Sesekali terkeluar juga perangai gediknya. Kali ini dia tersilap. Zulfri bukan
seperti Ikhwan.
“Kalau dengan perempuan cepat perasan macam kau ni, tak jual
minyak pun tak rugilah. Kau ingat kau Miss World ke? Perasan!”~ Zulfri.
Mendengar kata-kata sinis Zulfri setiap hari membuatkan Wanda
semakin kebal. Dia semakin pandai mengawal perasan dan lebih matang dalam
membuat keputusan. Namun jauh di sudut hati masih ingin dan sangat ingin
berumahtangga.
Dapatkah dia
melucutkan gelaran CIK yang disandang? PLEASE DON’T BE GELOJOH. Cepat atau
lambat jodoh itu sudah tertulis pada setiap anak Adam. Kalau bukan di sini,
mungkin seseorang sedang menunggu di syurga nanti. Tapi, siapa jodoh Wanda
Asmalinda ni?
JADIKANLAH DIA JODOHKU - AZIEANA
JADIKANLAH DIA JODOHKU – AZIEANA
ISBN: 978-867-2035-08-4
RM30
TERBITAN: DISEMBER 2016
“Awak nak buat report pasal saya. Kenapa? Apa yang saya dah
buat kat awak?”- Qilla
“Saya nak buat report pasal awak sebab awak dah curi hati
saya.”- Ryan.
Namun detik bahagia Qilla terkubur bila Ryan meninggal dunia
tiga hari sebelum mereka diijabkabulkan. Dia perlu reda dengan pemergian Ryan
kerana meneruskan kehidupan seperti biasa adalah satu-satunya pilihan yang dia
ada.
“Ryan dah rampas Qilla
dari Abang. Abang dah lama bersabar. Jadi, lepas dia mati, Abang dah tak ada
saingan lagi. Sekiranya selepas ni wujud lelaki lain dalam hidup Qilla, dia
kena buat perhitungan dengan Abang.” – Haiqal.
Qilla pening kepala bila abang tirinya tak berhenti menagih
perhatiannya. Entah mahu apa lagi abang dan emak tirinya itu pun dia tak tahu.
Sudahlah harta abahnya disapu bersih oleh mereka.
“Hello, Cik Minah.” - Dany
“Jangan sesekali awak sebut nama tu. Awak tak ada hak panggil
nama tu kat saya. Awak tak ada hak! faham tak!!!!” - Qilla
Kepulangan Danny bersama janjinya pada Ryan telah menyatukan
dia dengan Qilla sebagai suami isteri. Perkahwinan mereka terjalin jua akhirnya
kerana permintaan dan restu dari Puan Sri Suraya yang tidak mahu kehilangan
Qilla.
Di saat mereka meniti hidup bahagia, muncul Darwish cuba
mendapatkan Qilla. Pelbagai usaha dilakukan. Namun, mampukah Darwish merosakkan
hubungan Qilla dan Danny?
Kehadiran Rissa yang telah lama mencintai Danny menambahkan
huru-hara dalam rumahtangga Qilla dan Danny. Gadis itu benar-benar kecewa bila
cintanya ditolak dan dia berusaha merosakkan hubungan Danny dan Qilla.
Tambah menyesakkan jiwa bila Qilla menjadi mangsa culik
seseorang. Siapakah yang telah menculik Qilla dan meminta wang tebusan sebanyak
RM1,000,000.00?
Apakah yang akan terjadi pada Qilla? Berjayakah Danny
menyelamatkan Qilla dari menjadi mangsa penculikan itu?
Mr Killer Smile - Ruby Nur Airis
MR. KILLER SMILE – RUBY NUR AIRIS
ISBN: 978-976-2035-07-07
RM30
TERBITAN: NOVEMBER 2016
Antara keikhlasan, kebenaran, dendam, air mata dan cinta.
Mampukah keikhlasan memadamkan dendam?
Mampukah kebenaran menghapuskan air mata?
Mampukah cinta mengatasi segala-galanya?
“Ini adalah permulaan bagi satu permainan. Namun yang pasti,
akulah pemenangnya. Tiada tempat kedua kerana semua berada di tempat terakhir.”
- Iskandar.
Antara ego, dendam dan cinta, tegakah Iskandar menyakiti Auni
dan meletakkan gadis itu sebagai taruhannya?
“Biarkan rasa sedih
itu seperti air, mengalir terus ke lautan. Biarkan seperti angin, bertiup
hinggap ke pergunungan. Biarkan seperti debu, melayang jauh menghilang di
dataran.” - Auni.
Sedih dan kecewa membuatkan jiwa Auni menjadi keras. Bukan
mudah menjalani kehidupan sebatang kara di dunia ini. Dibuang keluarga bukan
pengakhiran hidupnya.
Tapi, permulaan kepada semua kisah suka dan duka. Walaupun
dia berusaha mencari bahagia, namun duka terus mengekori jalanan hidupnya.
“Sukarnya memiliki hatimu seperti sukarnya menemui mutiara
yang duduknya di dasar lautan, Auni!” - Hanif.
Bertahun membuang rasa, namun hidupnya terus dihantui. Jauh
di sudut hati, ada rasa yang tersimpan buat seseorang. Namun rasa ragu yang
bertandang dalam jiwa membuatkan kehadiran Mr. Killer Smile bagaikan membunuh
jiwa Auni perlahan-lahan.
“Sayangku Auni, jauh
di lubuk hatimu ada cahaya yang menerangi alam dan mampu menghapuskan kegelapan
juga kedukaan hidup insan yang tahu menghargai kehadiranmu.” - Nadhir.
Adakah kehadiran Mr. Killer Smile mampu membuatkan dia
tersenyum? Atau kehadiran lelaki itu mendatangkan air mata, menjerut hati dan
jiwa?
Subscribe to:
Posts (Atom)