PLEASE… DON’T BE GELOJOH – IZMA QAHIERA
ISBN: 978-967-2035-09-01
RM28.00
TERBITAN: DISEMBER 2016
Wanda Asmalinda, gadis manja. tapi gedik. Keluarganya pun
kadang-kadang tak sanggup melayan. Cuma, jadi anak kesayangan ayah memang punya
serba kelebihan. Jadinya, dia buat tak kisah aje apa yang kakak atau emaknya
cakap.
Dalam hidup Wanda, cuma satu yang jadi kegusarannya. Jodohnya
tidak sepantas rakan-rakan sebayanya walaupun dia punya rupa yang cantik dan
menarik. Nampaknya dia perlu lakukan sesuatu sebabnya dia tak sanggup gelaran
ANAK DARA TUA terlabel pada dirinya nanti.
“Abah cakap dengan Wanda dulu, cari orang yang suka kita.
Jangan terhegeh-hegeh. Habis tu kenapa tak bagi Ikhwan datang ke sini dengan
keluarganya?”~ Wanda
Kalau orang tua membantah, pasti ada sebabnya. Namun Wanda
sudah nekad. Bukan senang nak cari lelaki sebaik Ikhwan.
“Sayang, lepas kahwin
nanti saya nak awak berhenti kerja. Jaga mama.” ~ Ikhwan.
Hanya kerana Wanda membantah, hilang terus sifat romantis
Ikhwan. Tak disangka Ikhwan ada agenda lain. Bukan isteri yang Ikhwan cari.
Tetapi, seorang penjaga yang boleh menguruskan mamanya yang sedang sakit. Wanda
nekad untuk berpisah. Dia mahu seorang suami. Bukan seorang pengganas.
“Selamat tinggal Ikhwan. Jangan datang lagi dalam hidup aku…”
~ Wanda
Bersama kata-kata itu Wanda cuba berubah untuk menjadi lebih
matang. Dia tidak mahu lagi menjadi beg pasir. Sekarang hatinya hanyalah untuk
kerja, kerja dan kerja. Namun tidak mudah untuk Wanda menetapkan pendirian.
Sesekali terkeluar juga perangai gediknya. Kali ini dia tersilap. Zulfri bukan
seperti Ikhwan.
“Kalau dengan perempuan cepat perasan macam kau ni, tak jual
minyak pun tak rugilah. Kau ingat kau Miss World ke? Perasan!”~ Zulfri.
Mendengar kata-kata sinis Zulfri setiap hari membuatkan Wanda
semakin kebal. Dia semakin pandai mengawal perasan dan lebih matang dalam
membuat keputusan. Namun jauh di sudut hati masih ingin dan sangat ingin
berumahtangga.
Dapatkah dia
melucutkan gelaran CIK yang disandang? PLEASE DON’T BE GELOJOH. Cepat atau
lambat jodoh itu sudah tertulis pada setiap anak Adam. Kalau bukan di sini,
mungkin seseorang sedang menunggu di syurga nanti. Tapi, siapa jodoh Wanda
Asmalinda ni?
No comments:
Post a Comment