MR. KILLER SMILE – RUBY NUR AIRIS
ISBN: 978-976-2035-07-07
RM30
TERBITAN: NOVEMBER 2016
Antara keikhlasan, kebenaran, dendam, air mata dan cinta.
Mampukah keikhlasan memadamkan dendam?
Mampukah kebenaran menghapuskan air mata?
Mampukah cinta mengatasi segala-galanya?
“Ini adalah permulaan bagi satu permainan. Namun yang pasti,
akulah pemenangnya. Tiada tempat kedua kerana semua berada di tempat terakhir.”
- Iskandar.
Antara ego, dendam dan cinta, tegakah Iskandar menyakiti Auni
dan meletakkan gadis itu sebagai taruhannya?
“Biarkan rasa sedih
itu seperti air, mengalir terus ke lautan. Biarkan seperti angin, bertiup
hinggap ke pergunungan. Biarkan seperti debu, melayang jauh menghilang di
dataran.” - Auni.
Sedih dan kecewa membuatkan jiwa Auni menjadi keras. Bukan
mudah menjalani kehidupan sebatang kara di dunia ini. Dibuang keluarga bukan
pengakhiran hidupnya.
Tapi, permulaan kepada semua kisah suka dan duka. Walaupun
dia berusaha mencari bahagia, namun duka terus mengekori jalanan hidupnya.
“Sukarnya memiliki hatimu seperti sukarnya menemui mutiara
yang duduknya di dasar lautan, Auni!” - Hanif.
Bertahun membuang rasa, namun hidupnya terus dihantui. Jauh
di sudut hati, ada rasa yang tersimpan buat seseorang. Namun rasa ragu yang
bertandang dalam jiwa membuatkan kehadiran Mr. Killer Smile bagaikan membunuh
jiwa Auni perlahan-lahan.
“Sayangku Auni, jauh
di lubuk hatimu ada cahaya yang menerangi alam dan mampu menghapuskan kegelapan
juga kedukaan hidup insan yang tahu menghargai kehadiranmu.” - Nadhir.
Adakah kehadiran Mr. Killer Smile mampu membuatkan dia
tersenyum? Atau kehadiran lelaki itu mendatangkan air mata, menjerut hati dan
jiwa?
No comments:
Post a Comment