ISBN: 978-867-2035-08-4
RM30
TERBITAN: DISEMBER 2016
“Awak nak buat report pasal saya. Kenapa? Apa yang saya dah
buat kat awak?”- Qilla
“Saya nak buat report pasal awak sebab awak dah curi hati
saya.”- Ryan.
Namun detik bahagia Qilla terkubur bila Ryan meninggal dunia
tiga hari sebelum mereka diijabkabulkan. Dia perlu reda dengan pemergian Ryan
kerana meneruskan kehidupan seperti biasa adalah satu-satunya pilihan yang dia
ada.
“Ryan dah rampas Qilla
dari Abang. Abang dah lama bersabar. Jadi, lepas dia mati, Abang dah tak ada
saingan lagi. Sekiranya selepas ni wujud lelaki lain dalam hidup Qilla, dia
kena buat perhitungan dengan Abang.” – Haiqal.
Qilla pening kepala bila abang tirinya tak berhenti menagih
perhatiannya. Entah mahu apa lagi abang dan emak tirinya itu pun dia tak tahu.
Sudahlah harta abahnya disapu bersih oleh mereka.
“Hello, Cik Minah.” - Dany
“Jangan sesekali awak sebut nama tu. Awak tak ada hak panggil
nama tu kat saya. Awak tak ada hak! faham tak!!!!” - Qilla
Kepulangan Danny bersama janjinya pada Ryan telah menyatukan
dia dengan Qilla sebagai suami isteri. Perkahwinan mereka terjalin jua akhirnya
kerana permintaan dan restu dari Puan Sri Suraya yang tidak mahu kehilangan
Qilla.
Di saat mereka meniti hidup bahagia, muncul Darwish cuba
mendapatkan Qilla. Pelbagai usaha dilakukan. Namun, mampukah Darwish merosakkan
hubungan Qilla dan Danny?
Kehadiran Rissa yang telah lama mencintai Danny menambahkan
huru-hara dalam rumahtangga Qilla dan Danny. Gadis itu benar-benar kecewa bila
cintanya ditolak dan dia berusaha merosakkan hubungan Danny dan Qilla.
Tambah menyesakkan jiwa bila Qilla menjadi mangsa culik
seseorang. Siapakah yang telah menculik Qilla dan meminta wang tebusan sebanyak
RM1,000,000.00?
Apakah yang akan terjadi pada Qilla? Berjayakah Danny
menyelamatkan Qilla dari menjadi mangsa penculikan itu?
No comments:
Post a Comment