JODOHKU MAMAT DOT…DOT…DOT
ISBN: 978-967-2035-14-5
RM 29(SM)/RM32(SS)
TERBITAN: JUNE 2017
Bukan mudah mengukir cinta,
Perlukan setia ke hujung nyawa,
Andai takdir bukan milik kita,
Lupakan aku tanpa tanda tanya.
Perlukan setia ke hujung nyawa,
Andai takdir bukan milik kita,
Lupakan aku tanpa tanda tanya.
Syafawati Qaisara
merupakan seorang anak gadis yang taat kepada kedua-dua orang tuanya. Dalam
diam, dia cuba membelek diari takdirnya ke helaian yang mampu membuatnya
tersenyum. Tapi dia kalah. Dia terperangkap dengan sifat taat seorang anak.
Dilema seorang perempuan yang keliru, dia terpaksa memilih di antara lelaki
yang dicintai atau lelaki yang direstui.
“Entah kenapa Sya,
susah sangat I nak percaya dengan apa yang you cakap. I nampak diri I dalam
mata you. I nampak rasa cinta you pada I. Tapi you sengaja nak sembunyikan rasa
tu. I tak tahu ego setan mana yang dah merasuk you.”-Azim Harraz.
"Saya memang
tak salah gadis cantik. Awak memang sombong. Tapi tak apa. Saya suka. Satu
permulaan yang sangat mengancam. Saudari a.k.a gadis cantik, percayalah yang
akan ada episod indah dalam hidup kita selepas ni." –Farhan Ifkal.
Kerana satu
peristiwa, dia berjuang untuk hidupnya. Dia lantang membuat pilihan. Hati yang
penat menangis perlu ada penyudah.
“Sya pilih dia.”-Syafawati Qaisara.
Sebagai manusia, dia dicampak dengan ujian yang tak pernah surut. Salahkah pilihannya?
Jangan disoal
kehendak Ilahi
Rahmatnya tersembunyi penuh rahsia
Damaikan hati kuburkan benci
Sebab kita hamba yang tak tahu apa-apa.
Rahmatnya tersembunyi penuh rahsia
Damaikan hati kuburkan benci
Sebab kita hamba yang tak tahu apa-apa.