JODOHKU MAMAT DOT…DOT…DOT
ISBN: 978-967-2035-14-5
RM 29 (SM)/RM 31(SS)
TERBITAN: JUNE 2017
Bukan mudah mengukir cinta,
Perlukan setia ke hujung nyawa,
Andai takdir bukan milik kita,
Lupakan aku tanpa tanda tanya.
Perlukan setia ke hujung nyawa,
Andai takdir bukan milik kita,
Lupakan aku tanpa tanda tanya.
Syafawati Qaisara
merupakan seorang anak gadis yang taat kepada kedua-dua orang tuanya. Dalam
diam, dia cuba membelek diari takdirnya ke helaian yang mampu membuatnya
tersenyum. Tapi dia kalah. Dia terperangkap dengan sifat taat seorang anak.
Dilema seorang perempuan yang keliru, dia terpaksa memilih di antara lelaki
yang dicintai atau lelaki yang direstui.
“Entah kenapa Sya,
susah sangat I nak percaya dengan apa yang you cakap. I nampak diri I dalam
mata you. I nampak rasa cinta you pada I. Tapi you sengaja nak sembunyikan rasa
tu. I tak tahu ego setan mana yang dah merasuk you.”-Azim Harraz.
"Saya memang
tak salah gadis cantik. Awak memang sombong. Tapi tak apa. Saya suka. Satu
permulaan yang sangat mengancam. Saudari a.k.a gadis cantik, percayalah yang
akan ada episod indah dalam hidup kita selepas ni." –Farhan Ifkal.
Kerana satu
peristiwa, dia berjuang untuk hidupnya. Dia lantang membuat pilihan. Hati yang
penat menangis perlu ada penyudah.
“Sya pilih dia.”-Syafawati Qaisara.
Sebagai manusia, dia dicampak dengan ujian yang tak pernah surut. Salahkah pilihannya?
Jangan disoal
kehendak Ilahi
Rahmatnya tersembunyi penuh rahsia
Damaikan hati kuburkan benci
Sebab kita hamba yang tak tahu apa-apa.
Rahmatnya tersembunyi penuh rahsia
Damaikan hati kuburkan benci
Sebab kita hamba yang tak tahu apa-apa.
DIA… DATO’TERLAJAK SENGAL
ISBN: 978-967-2035-16-9
RM31(SM)/RM34(SS)
TERBITAN: MEI 2017
Dia..lelaki yang punya segalanya. Harta,
pangkat dan kedudukan. Rupa paras yang mampu menggugat hati si gadis. Belum
lagi dengan body ‘tilam kekabunya’ yang cukup untuk membuatkan si gadis dilanda
angau.
“Makhluk apa ni
Pija?”
“Inilah makhluk
pembunuh, D.”
“Bukan orang
utan ke?”
“Orang utan mana
ada jambang yang ohsem macam ni. Inilah makhluk Tuhan yang paling seksi yang
aku pernah nampak.”
“Ini bukan seksi
Pija, ini seksa namanya..”
Namun, bila
sengal seorang Dato’ Arjuna itu muncul, Irdina yang blur dan sopan juga boleh
bertukar menjadi senget dan kuat menjawab demi melayan si sengal yang
kadang-kala boleh bertukar menjadi mamat ketul ais.
“Betis yang
tengah bunting tu tak payah nak tunjuk dekat orang. Orang tak terliur pun kalau
tengah bunting macam tu.”
“Bukannya
sengaja saya nak tunjuk, yang awak pergi pandang tu kenapa?”
“Kalau dah
terpampang depan mata, semua orang pun akan pandang, Dina.”
“Awak saja yang
pandang, bermakna awak jelah yang terliur dengan betis bunting padi saya ni.
Cakap tak terliur, tapi pandang jugak.”
Itu baru seisi
‘beramah mesra’ antara si sengal dan si senget. Belum lagi si kecik bulat a.k.a
M.R. Riezman yang turut menyelit bersama dengan sengalnya.
“Kenapa aunty
tepung gomak pakai gaun kembang macam ni?”
“Cantik kan?
Macam Puteri Elsa.”
“Tak nampak pun
macam Puteri Elsa. Riez tengok dah macam lampu meja dalam bilik kerja daddy
je.”
Bila anak buah
dengan pak buah bergabung kesengalan, yang menjadi mangsa sudah pastilah si
senget Irdina. Huru-hara hidupnya dalam melayan kesengalan yang mampu menyentap
hati dan jantung. Belum lagi dengan sikap Arjuna yang sentiasa berubah-rubah.
Sengal, sinis dan beku.
Sesungguhnya
sengal itu ohsem, namun hanya ada satu di dalam kepala Irdina.
‘Kalaulah
membunuh itu bukan satu jenayah berat.
Tajuk: THE MISADVENTURES OF CIK REEN & EN. NGOK NGEK- MAYA ADIRA
ISBN: 978-967-2035-12-8
RM29(SM)/RM32(SS)
TERBITAN: APRIL 2017
Kalut!
Beberapa hari sebelum majlis pernikahan, Izyan dan Iqram menghilang. Semutar dua keluarga mencari, namun dua sejoli itu bagai hilang ditelan kabus. Che Embun sudah hilang daya, mahu terguling. Hajah Jawaher pula terduduk, pening kepala. Kata Haji Manaf dan Che Azhan, gantikan saja dengan pasangan lain. Nak buat macam mana, kad jemputan sudah diedar.
What?
Kahwin??
Dengan abang si Iqram, bakal adik ipar yang tiba-tiba halimunan. Dengan Harris, si ngok ngek perasan muka macam hensem sangat. (Memang dia hensem, tapi mulut macam longkang! Berlagak! Ptuiii!!!)
What the hell?
Dengan Azreen, cikgu tadika tu? Please… Abah ni nak bunuh aku ke? Mana aku nak letak muka? Tak ada class langsung. Aku nak kawin dengan Zaza tapi mereka yang kasi (sebenarnya Zaza yang tak mau lagi. Adehhh). Hoooohhhh, takkkan. Tak mungkin terjadi!
Kalau dah berkat doa orang tua, masin mulut katakan. Jadi tetap jadi. Sudahnya Harris yang bersalam dengan tok kadi, Azreen yang jadi isterinya. Selamat dah kenduri tu.
Zaza?
Bagai mahu gila, namun kerana tugasan di luar negara, tak mampu nak menghalang. Tunggulah dia pulang ke Malaysia nanti, dia akan ajar Azreen cukup-cukup. Berani dia rampas Harris!
Pengembaraan mereka mencari Izyan dan Iqram bersama rupa-rupanya mengikat emosi. Azreen mula jatuh hati. Walaupun mulut kata benci, dia tidak mampu menolak. Hatinya melekap pada Harris bak magnet. Dia tahu, dia perasan Si Rain, Rain Go Away mula berubah. Dia cuba tolak, halau jauh-jauh.
Zaza, kekasih hatinya, dia hanya cintakan Zaza, mahukan Zaza. Buat apa terus bersama dengan cikgu tadika yang serba kolot. Jumpa saja malaun berdua tu nanti, dia akan lepaskan Azreen. Abah dan ummi nak marah? Marahlah, dia terima.
“Dah ada masjid yang serba sempurna, kenapa mahu runtuhkan?”
Kereta rosak. Jumpa hantu (kot). Jumpa Inspektor Hasani dan Inspektor Khairul… Ehhh? Ni cerita Polis Evo tu ke? Bermalam di tepi jalan. Disamun mat rempit. Sesat dalam hutan, jumpa nenek kebayan. Betul ke semua ni? Harris bingung, kenapa bila di hujung perjalanan, dia tidak mampu memilih tangan mana yang mahu terus dipegang.
ENCIK PENGACAU – RAFINA ABDULLAH
ISBN: 978-967-2035-13-8
RM30(SM)/RM33(SS)
TERBITAN: MAC 2017
Encik Pengacau itu gelaran untuk Razlan,
pemuda kaya yang hidup dalam dunia gelapnya sendiri, suka bercakap kasar,
dingin dan sukar diramal sikapnya. Yang memberi gelaran itu namanya, Amalina,
gadis berimej tomboy yang selamba dan lurus.
Sejak kali
pertama bertemu, memang jiwa Amalina jadi kacau sungguh! Layanan Razlan yang
sekejap okey kemudian tidak okey buat Amalina jadi tidak faham. Makin serabut
bila Razlan beria-ia hendak dia jauhkan diri dari Tommy Edward.
“Boleh tak dalam
sehari Encik Razlan tak sakit hati dengan Tom? Apa salah dia dengan Encik
Razlan? Saya tak fahamlah.” ~ Amalina
“Aku tak nak kau
kawan lagi dengan dia. Dia tu pembawa malang!” ~ Razlan
Dalam asyik
bertengkar, tanpa sedar hadir satu perasaan antara keduanya. Amalina jatuh hati
dengan Encik Pengacau. Encik Pengacau pula sudah mula sayangkan Amalina. Tetapi
kenapa pula Cik Najwa yang dipilih sebagai bakal isteri?
“Kenapa kau
cakap aku dah tak sayang?” ~ Razlan
“Sebab... sebab
Encik Razlan nak kahwin dengan Cik Najwa.” ~ Amalina
“Aku dah tak ada
pilihan, Amalina...” ~ Razlan
Tetapi, kalau
hati dah rasa sayang, mana mungkin hendak dihalang-halang. Razlan akhirnya akur dengan kata hati. Namun,
baru sahaja bahagia mula hadir dalam hidup mereka, sebuah tragedi meragut
semuanya. Razlan pergi menjauh. Jiwa Amalina kembali kacau.
No comments:
Post a Comment