ENCIK PENGACAU – RAFINA ABDULLAH
ISBN: 978-967-2035-13-8
RM30(SM)/RM33(SS)
TERBITAN: MAC 2017
Encik Pengacau itu gelaran untuk Razlan,
pemuda kaya yang hidup dalam dunia gelapnya sendiri, suka bercakap kasar,
dingin dan sukar diramal sikapnya. Yang memberi gelaran itu namanya, Amalina,
gadis berimej tomboy yang selamba dan lurus.
Sejak kali
pertama bertemu, memang jiwa Amalina jadi kacau sungguh! Layanan Razlan yang
sekejap okey kemudian tidak okey buat Amalina jadi tidak faham. Makin serabut
bila Razlan beria-ia hendak dia jauhkan diri dari Tommy Edward.
“Boleh tak dalam
sehari Encik Razlan tak sakit hati dengan Tom? Apa salah dia dengan Encik
Razlan? Saya tak fahamlah.” ~ Amalina
“Aku tak nak kau
kawan lagi dengan dia. Dia tu pembawa malang!” ~ Razlan
Dalam asyik
bertengkar, tanpa sedar hadir satu perasaan antara keduanya. Amalina jatuh hati
dengan Encik Pengacau. Encik Pengacau pula sudah mula sayangkan Amalina. Tetapi
kenapa pula Cik Najwa yang dipilih sebagai bakal isteri?
“Kenapa kau
cakap aku dah tak sayang?” ~ Razlan
“Sebab... sebab
Encik Razlan nak kahwin dengan Cik Najwa.” ~ Amalina
“Aku dah tak ada
pilihan, Amalina...” ~ Razlan
Tetapi, kalau
hati dah rasa sayang, mana mungkin hendak dihalang-halang. Razlan akhirnya akur dengan kata hati. Namun,
baru sahaja bahagia mula hadir dalam hidup mereka, sebuah tragedi meragut
semuanya. Razlan pergi menjauh. Jiwa Amalina kembali kacau.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteMcm mana beli
ReplyDeleteBoleh hubungi kami melalui Whatsapp atau FB
Delete