THE MISADVENTURES OF CIK REEN & EN.
NGOK NGEK
ISBN: 978-967-2035-12-8
RM29(SM)/RM32(SS)
TERBITAN: APRIL 2017
’Kalut!
Beberapa hari
sebelum majlis pernikahan, Izyan dan Iqram menghilang. Semutar dua keluarga
mencari, namun dua sejoli itu bagai hilang ditelan kabus. Che Embun sudah
hilang daya, mahu terguling. Hajah Jawaher pula terduduk, pening kepala. Kata
Haji Manaf dan
Che Azhan,
gantikan saja dengan pasangan lain. Nak buat macam mana, kad jemputan sudah
diedar.
What?
Kahwin??
Dengan abang si
Iqram, bakal adik ipar yang tiba-tiba halimunan. Dengan Harris, si ngok ngek
perasan muka macam hensem sangat. (Memang dia hensem, tapi mulut macam
longkang! Berlagak! Ptuiii!!!)
What the hell?
Dengan Azreen,
cikgu tadika tu? Please… Abah ni nak bunuh aku ke? Mana aku nak letak muka? Tak
ada class langsung. Aku nak kawin dengan Zaza tapi mereka yang kasi (sebenarnya
Zaza yang tak mau lagi. Adehhh). Hoooohhhh, takkkan. Tak mungkin terjadi!
Kalau dah berkat
doa orang tua, masin mulut katakan. Jadi tetap jadi. Sudahnya Harris yang
bersalam dengan tok kadi, Azreen yang jadi isterinya. Selamat dah kenduri tu.
Zaza?
Bagai mahu gila,
namun kerana tugasan di luar negara, tak mampu nak menghalang. Tunggulah dia
pulang ke Malaysia nanti, dia akan ajar Azreen cukup-cukup. Berani dia rampas
Harris!
Pengembaraan
mereka mencari Izyan dan Iqram bersama rupa-rupanya mengikat emosi. Azreen mula
jatuh hati. Walaupun mulut kata benci, dia tidak mampu menolak. Hatinya melekap
pada Harris bak magnet. Dia tahu, dia perasan Si Rain, Rain Go Away mula
berubah. Dia cuba tolak, halau jauh-jauh.
Zaza, kekasih
hatinya, dia hanya cintakan Zaza, mahukan Zaza. Buat apa terus bersama dengan
cikgu tadika yang serba kolot. Jumpa saja malaun berdua tu nanti, dia akan
lepaskan Azreen. Abah dan ummi nak marah? Marahlah, dia terima.
“Dah ada masjid
yang serba sempurna, kenapa mahu runtuhkan?”
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletemcm mn nk beli novel nie ye
ReplyDeleteSis boleh hubungi kami atau cari di kedai-kedai buku
Delete