SEMPADAN DUA DUNIA
NURHARYATI ISHAK
HARGA: RM30 (SM)/RM33(SS)
ISBN: 9789672035367
TERBITAN: DISEMBER 2018
Perpisahan kita bukan
abang sengajakan. Fiona yang
memulakan, membuatkan abang sangat
terluka. Tetapi cinta abang terikat mati
padamu sampai bila-bila. ~ Syed Syeikh Ibrahim Akhtar a.k.a Baim
Fiona terluka, abang.
Kehadiran Fiona bagai tersua-sua meminta cinta dari lelaki macam abang.
Siapalah Fiona di mata abang.
Biarlah Fiona bawa diri. Tempat
Fiona bukan di sisi abang. ~ Fiona
Jiwamu aku
pegang. Rohmu kuseru. Kaulah cinta
hatiku. Biar jiwa kita bersatu di
alamku. Nur Fiona, datanglah kepadaku.
Aku tahu kau juga menyintaiku. ~ Megat Iskandar
Ya, Nur juga cintakan kanda. Nur rela menjadi isterimu, kanda.
Demi cinta kita, Nur rela
segalanya. ~ Fiona
Abang takkan biarkan
Fiona pergi lagi. Abang akan rampas
Fiona dari dia. Dia bukan dari dunia
kita. Dia bukan makhluk Allah yang
diciptakan untukmu, sayang. Fiona hanya untuk abang. Biarlah kita
cantumkan kasih kita kembali demi cinta yang abang masih pegang. ~ Syed Syeikh
Ibrahim Akhtar a.k.a Baim
No comments:
Post a Comment