SECRET LOVE
SHIROE SHERRY
ISBN: 978-967-2035-39-8
RM28(SM)/RM31(SS)
TERBITAN: MAC 2019
Mencintai Izzat yang jauh di mata
merupakan sesuatu yang mustahil tetapi itu yang Delisa rasakan. Berbelas tahun
berpisah, mereka langsung tidak berhubung sehinggalah Izzat tiba-tiba muncul.
Bagi Delisa cinta dia pada Izzat adalah rahsia hatinya dan Izzat tidak perlu
tahu semua itu.
Love that can’t be together can also be
known as love.
“Kalau
dengan orang lain elok aje mood. Tak ada nak mengelak bagai, tak sakit, tak
banyak alasan, tapi kalau dengan abang?”
Segala tanda tanya itu membawa Izzat
kepada pembongkaran satu rahsia sehingga memaksa dia membuat satu keputusan.
“Abang
nak Lisa sayang abang sama macam abang sayang Lisa.”
Saat itu Delisa merasakan maruah dia
dibuang ke tempat yang paling jauh oleh Izzat.
Delisa bangkit membina tugu kekuatan
berdepan dengan Izzat. Ketenangan Delisa buat Izzat rasa tergugat. Kegembiraan
Delisa buat Izzat tak tentu arah. Izzat bersalah kerana jatuh cinta pada gadis
yang sudah ditolak cintanya dulu.
“Abang
nak suruh Lisa buat apa? Sayang abang macam dulu?”
Delisa tidak pernah bayangkan yang
Izzat akan sayangkan dia sama seperti dia sayangkan Izzat. Tidak pernah! Cinta
Izzat palsu! Izzat cintakannya kerana tercabar. Cuba kalau tak ada Emir? Akan wujudkah rasa tercabar atau dalam
kata lain, Izzat akan cintakan dia?
No comments:
Post a Comment