CIK TET
ISBN: 978-967-2035-49-7
RM30(SM)/RM33(SS)
TERBITAN: OGOS 2019
Terjatuh
hati dengan bos sendiri, itu yang sedang dialami oleh Anggun Cempaka. Bukan
salah dia. Semua itu Encik Ikhlas punya pasal. Layanan dan bicara manis pemuda
itu buat dirinya sentiasa di awangan.
“Kalau
saya nak dessert, saya tak nak makan benda lain. Saya nak awak aje.” – Encik
Ikhlas
“Jangan
nak mengarutlah, encik. Pergilah sana.” - Anggun
Namun
dia sedar dengan kedudukan diri sendiri. Lebih-lebih lagi bila ada bunga lain
yang sudah lama menanti. Lelah dengan permainan perasaan, Anggun menjauhkan
diri dari Encik Ikhlas. Ada misi dan amanah yang perlu dia selesaikan.
Demi
menunaikan amanah arwah orang tuanya, terlalu mahal pula harga yang dia kena
bayar untuk sebuah kemaafan. Ada pengorbanan yang perlu dia lakukan. Dan
kemunculan Encik Ikhlas telah membuatkan misinya semakin sukar.
“Dekat
sini aje awak bersembunyi daripada saya?” – Ikhlas
“Saya
datang sini bersebab. Ada misi yang perlu saya selesaikan.” – Anggun
“Kenapa
lari dari saya, Anggun?” - Ikhlas
“Saya
minta maaf. Saya cuma tak nak halang bahagia encik.” – Anggun
Apakah
misi Anggun berjaya? Bagaimanakah penerimaan Anggun setelah mengetahui siapa
sebenarnya Encik Ikhlas dalam hidupnya? Jika benar itu cinta sejati, rasa
berbaloi walau disakiti.
No comments:
Post a Comment