Labels
- A'JE
- ADRY TIHANI
- Aesya Azahar
- AIRA EDDY
- ANN HANN
- AYRA AWATIF
- AZIEANA
- AZIZAH AMI
- BUKAN LELAKI TERHEBAT
- BYD
- CICI AIDA
- CIK TET
- DILLA AHMAD
- EDNIN
- FATIN ANUR
- Fitri Umairah
- IEYA SYA
- IZMA QAHIERA
- JEN NJ
- Julia Basri
- MAYA ADIRA
- Miss Dee
- Norshiemah Md Yasan
- NURHARYATI ISHAK
- R'ANS TENT
- RAFINA ABDULLAH
- RUBY NUR AIRIS
- SALE
- SANIA YASMIN
- Sara Hezra
- SARA IRDINA
- SARNIA YAHYA
- Shiroe Sherry
- SU JASLIN
- SYAMNURIEZMIL
- TINI HARDANISYAH
- WAN NUR NAJIHAH
- ZUHRI MOHD
Tuesday, 10 April 2018
PRE-ORDER COMBO ALPHA
KELUARAN PBAKL
EMPAT CERITA DARI EMPAT PENULIS
JIKA ITU YANG TERTULIS ~ RUBY NUR AIRIS
CINTA KARIPA PUSING ~ SANIA YASMIN @ SARNIA YAHYA
DIA... ENCIK IMAM EKSPRES ~ CIK TET
DIA SETAJAM KAKTUS ~ ELLA SYASDHIA
Dia Setajam Kaktus
DIA SETAJAM KAKTUS
Ella
Syasdhia
ISBN:
978-967-2035-30-5
RM26(SM)/RM29(SS)
TERBITAN:
Jun 2018
Aku Ummu Aiman atau mesra
digelar Iman. Aku sebatang kara dan menumpang kasih Muhamad A’zaidy, lelaki
yang aku sayang. Muhammad segak, berkaca mata dan diminati ramai. Tapi bagi aku
dia tak sesegak mana pun.
Dia tak romantik dan berhati
keras. Senyumannya manis tapi mahal. Mengalahkan harga sejongkong emas. Susah
nak tengok! Mulut pula tajam, setajam kaktus.
“Kau
buat ke?” – Muhammad.
“Mestilah...
Maaflah kalau tak sedap. Baru pertama kali buat. Belajar dekat internet.” –
Iman.
“Boleh
tahan. Sedap... Inti dia pun sedap. Tak sangka kau pandai buat karipap. Tapi
rupanya sangat buruk! Seumur hidup aku, tak pernah lagi aku tengok karipap yang
senget benget bentuknya. Sekali pandang macam karipap. Dua kali pandang bentuk
gajah pun ada juga.” – Muhammad.
Kisah bermula bila aku
terjumpa seorang bayi di dalam kotak pencuci baju syarikat Muhamad. Anak siapa
ni? Ada kaitan dengan Muhammad ke? Kenapa budak ni diletakkan depan pintu rumah
aku?
Dia...Encik Imam Ekspres
DIA... ENCIK IMAM EKSPRES
CIK TET
ISBN:
978-967-2035-29-9
RM28(SM)/RM31(SS)
TERBITAN:
Mei 2018
Pertama kali
bertentang mata, ada rasa aneh menjengah hati kedua-duanya. Namun rasa yang
terbit terpaksa disembunyikan di sudut hati yang paling dalam kerana si dia itu
bakal menjadi milik orang.
Tiga tahun
berlalu, kedua-dua hati itu ditemukan kembali. Masing-masing dengan lara di
hati lantaran kesakitan yang ditinggalkan insan tersayang. Cinta kembali
mengetuk hati kedua-duanya. Bagi Diyana Aqilah, rasa cinta itu perlu dilawan.
Bimbang kalau hati bakal dilukai lagi. Namun, bagi Engku Razil pula, peluang
yang muncul takkan dilepaskan lagi begitu sahaja. Cukuplah tiga tahun dia
memendam rasa. Kehadiran si cilik, Sarah Akisya yang comel dengan pelatnya
melancarkan lagi misi memikat Engku Razil.
“Sebab Kisya aje?”~ Diya
“Sebab… hati abang juga inginkan Umi Kisya ada di sini.
Hati abang cakap, jangan sesekali lepaskan Umi Kisya pergi dari sini.” ~ Engku
Razil
Ketika hati sudah
bersedia untuk menerima, sebuah musibah mula menguji kedua-duanya. Lain yang
diimpikan, lain yang berlaku. Walaupun mereka bersatu, namun rasa kecewa di
hati mengatasi segala-galanya hingga Diya ambil keputusan untuk menjauh.
Cinta itu memang
sudah lama ada. Rindu itu juga sudah lama memekar. Tapi bila acap kali diuji,
hati Diya jadi nanar!
“Abang dah tiupkan penawar yang paling mujarab untuk luka
di jari isteri abang ni. Cuma abang tak pasti, penawar yang sama akan berjaya
untuk mengubati luka di hati Diya. Tapi abang takkan berputus asa. Abang akan
terus mencari dan terus merawat sehingga luka di hati isteri abang ni sembuh
tanpa tinggal segaris parut.” ~ Engku Razil.
Mampukah Encik
Imam Ekspres merawat luka di hatinya sekali gus melenyapkan semua rasa kecewa
yang ada? Ataupun perhubungan mereka bakal berakhir sepantas ia bermula?
Cinta Karipap Pusing
CINTA KARIPAP PUSING
SANIA
YASMIN
ISBN:
978-967-2035-28-2
RM29(SM)/RM32(SS)
TERBITAN:
April 2018
“Adik meniaga nasi lemak dan karipap ajelah mak!” –
Humaira.
Itulah keputusan
Humaira. Berniaga untuk mencari rezeki. Bukan nak kaya. Emak keras membantah.
Abah dan Maryam menyokong. Humaira menang!
Pelanggan datang
dan pergi. Dan ada yang tersangkut dengan si gadis. Tambahan karipap pusing
berintikan sardin menambat rasa tekaknya. Walau pilihan ayah, Muiz berkenan
juga.
“Awak ada teman lelaki?” – Muiz.
“Saya ada abah dan
mak.” – Humaira.
Sebenarnya Humaira
belum bersedia lagi. Masih muda dan baru bekerja. Tambahan kakak-kakaknya belum
berkahwin lagi.
Namun, itulah
jodohnya dan jodoh itu rahsia Allah. Tidak bercinta dan tidak sampai setahun
bekerja, dia sudah menjadi isteri kepada Muiz Haji Muhsin.
“Dah 36 jam Humaira Yusuf jadi isteri abang tahu. Macam
mana?” – Muiz.
“Yalah, baru semalam kita sebilik kan?”- Humaira.
“Sekarang abang
dah jadi hero sayang.” – Muiz.
Tetapi, di manakah Humaira meletakkan Muiz yang sudah
bergelar suami?
“Di suatu tempat yang sunyi lagi istimewa di dalam hati,”
– Humaira.
Tidak disangka,
dirinya sudah dibenci sebelum kehadirannya di rumah mentua. Benarlah seperti
kata emak, tinggal serumah dengan mentua banyak cabarannya.
Cabarannya maha
hebat. Mujurlah kesabarannya tinggi dan punyai ibu mentua yang baik. Jadi
siapakah yang sering mencabar kesabaran Humaira, kalau bukan ibu mentuanya?
Jika Itu Yang Tertulis
JIKA ITU YANG TERTULIS
Ruby
Nur Airis
ISBN:
978-967-2035-27-5
RM28(SM)/RM31(SS)
TERBITAN:
March 2018
Umpama
lukisan di dinding, itukah lukisan di hati? Jika begitu, aku ingin lukisan di
hatiku menjadi lukisan di dinding. Agar dapatku padam segala silap dan salah.
Izzad
Firdaus, lelaki yang pernah bahagia dengan dua gadis. Gadis yang punyai nama
yang hampir sama. Bagaimana itu boleh terjadi? Tetapi hanya satu menjadi suri
hatinya dan mahu dibawa hingga ke syurga Firdausi.
“Senafas rindu telah kuucapkan.
Semerdu kata telah kulagukan. Semoga sejambak kasih sanggup kau tadahkan. Sanggupkah
kau…” – Izzad
Adakalanya
perancangan manusia hanyalah perancangan. Hanya Allah S.W.T juga yang
menentukannya. Kebahagian yang menjadi idaman. Adakah terus membahagiakan?
“Janji tau… lepas exam, awak masuk meminang
saya.” – Farha
Seorang
gadis yang agak sengal dan kadang-kadang blur begitu menceriakan Izzad. Farha
adalah kebahagiaannya.
“Abang Korea…” – Farha
Panggilan
itu yang sentiasa menjadi halwa telinga Izzad. Cukup membahagiakan. Tetapi ia
terlalu singkat. Lantaran fitnah yang mendatang bagai bah yang tak mampu
disekat. Dan tahun-tahun berlalu dengan pantas.
“Kalau dengan awak, berkali-kali
jatuh pun takpe.” – Izzad
Dia
bangkit dari luka yang memeritkan. Pengalaman lalu juga telah mendewasakan
seorang Izzad. Namun…
“Shahril Fahmi, bakal TUNANG Farha!”
– Shahril
Saingan
yang seakan bukan saingan yang sebenar. Dan benarkah Shahril bakal tunang
Farha? Tanpa sedar, sebenarnya ada rahsia antara mereka semua. Rahsia yang
bertahun tersimpan kemas. Jika membukanya dengan kasar, ia begitu menyakitkan.
Jika membukanya dengan perlahan, ia memakan
jiwa. Lantaran itu, bagaimana caranya?
“I tengah menonton drama terhebat di
abad ini, maybe. And maybe not because I’m not interesting with a storyline.” –
Maya
Siapa
pula Maya dalam hidup mereka semua? Dan apakah yang akan tertulis dalam takdir
yang telah ditentukan DIA?
Subscribe to:
Posts (Atom)