DIA... ENCIK IMAM EKSPRES
CIK TET
ISBN:
978-967-2035-29-9
RM28(SM)/RM31(SS)
TERBITAN:
Mei 2018
Pertama kali
bertentang mata, ada rasa aneh menjengah hati kedua-duanya. Namun rasa yang
terbit terpaksa disembunyikan di sudut hati yang paling dalam kerana si dia itu
bakal menjadi milik orang.
Tiga tahun
berlalu, kedua-dua hati itu ditemukan kembali. Masing-masing dengan lara di
hati lantaran kesakitan yang ditinggalkan insan tersayang. Cinta kembali
mengetuk hati kedua-duanya. Bagi Diyana Aqilah, rasa cinta itu perlu dilawan.
Bimbang kalau hati bakal dilukai lagi. Namun, bagi Engku Razil pula, peluang
yang muncul takkan dilepaskan lagi begitu sahaja. Cukuplah tiga tahun dia
memendam rasa. Kehadiran si cilik, Sarah Akisya yang comel dengan pelatnya
melancarkan lagi misi memikat Engku Razil.
“Sebab Kisya aje?”~ Diya
“Sebab… hati abang juga inginkan Umi Kisya ada di sini.
Hati abang cakap, jangan sesekali lepaskan Umi Kisya pergi dari sini.” ~ Engku
Razil
Ketika hati sudah
bersedia untuk menerima, sebuah musibah mula menguji kedua-duanya. Lain yang
diimpikan, lain yang berlaku. Walaupun mereka bersatu, namun rasa kecewa di
hati mengatasi segala-galanya hingga Diya ambil keputusan untuk menjauh.
Cinta itu memang
sudah lama ada. Rindu itu juga sudah lama memekar. Tapi bila acap kali diuji,
hati Diya jadi nanar!
“Abang dah tiupkan penawar yang paling mujarab untuk luka
di jari isteri abang ni. Cuma abang tak pasti, penawar yang sama akan berjaya
untuk mengubati luka di hati Diya. Tapi abang takkan berputus asa. Abang akan
terus mencari dan terus merawat sehingga luka di hati isteri abang ni sembuh
tanpa tinggal segaris parut.” ~ Engku Razil.
Mampukah Encik
Imam Ekspres merawat luka di hatinya sekali gus melenyapkan semua rasa kecewa
yang ada? Ataupun perhubungan mereka bakal berakhir sepantas ia bermula?
No comments:
Post a Comment