JIKA ITU YANG TERTULIS
Ruby
Nur Airis
ISBN:
978-967-2035-27-5
RM28(SM)/RM31(SS)
TERBITAN:
March 2018
Umpama
lukisan di dinding, itukah lukisan di hati? Jika begitu, aku ingin lukisan di
hatiku menjadi lukisan di dinding. Agar dapatku padam segala silap dan salah.
Izzad
Firdaus, lelaki yang pernah bahagia dengan dua gadis. Gadis yang punyai nama
yang hampir sama. Bagaimana itu boleh terjadi? Tetapi hanya satu menjadi suri
hatinya dan mahu dibawa hingga ke syurga Firdausi.
“Senafas rindu telah kuucapkan.
Semerdu kata telah kulagukan. Semoga sejambak kasih sanggup kau tadahkan. Sanggupkah
kau…” – Izzad
Adakalanya
perancangan manusia hanyalah perancangan. Hanya Allah S.W.T juga yang
menentukannya. Kebahagian yang menjadi idaman. Adakah terus membahagiakan?
“Janji tau… lepas exam, awak masuk meminang
saya.” – Farha
Seorang
gadis yang agak sengal dan kadang-kadang blur begitu menceriakan Izzad. Farha
adalah kebahagiaannya.
“Abang Korea…” – Farha
Panggilan
itu yang sentiasa menjadi halwa telinga Izzad. Cukup membahagiakan. Tetapi ia
terlalu singkat. Lantaran fitnah yang mendatang bagai bah yang tak mampu
disekat. Dan tahun-tahun berlalu dengan pantas.
“Kalau dengan awak, berkali-kali
jatuh pun takpe.” – Izzad
Dia
bangkit dari luka yang memeritkan. Pengalaman lalu juga telah mendewasakan
seorang Izzad. Namun…
“Shahril Fahmi, bakal TUNANG Farha!”
– Shahril
Saingan
yang seakan bukan saingan yang sebenar. Dan benarkah Shahril bakal tunang
Farha? Tanpa sedar, sebenarnya ada rahsia antara mereka semua. Rahsia yang
bertahun tersimpan kemas. Jika membukanya dengan kasar, ia begitu menyakitkan.
Jika membukanya dengan perlahan, ia memakan
jiwa. Lantaran itu, bagaimana caranya?
“I tengah menonton drama terhebat di
abad ini, maybe. And maybe not because I’m not interesting with a storyline.” –
Maya
Siapa
pula Maya dalam hidup mereka semua? Dan apakah yang akan tertulis dalam takdir
yang telah ditentukan DIA?
No comments:
Post a Comment