DIA SETAJAM KAKTUS
Ella
Syasdhia
ISBN:
978-967-2035-30-5
RM26(SM)/RM29(SS)
TERBITAN:
Jun 2018
Aku Ummu Aiman atau mesra
digelar Iman. Aku sebatang kara dan menumpang kasih Muhamad A’zaidy, lelaki
yang aku sayang. Muhammad segak, berkaca mata dan diminati ramai. Tapi bagi aku
dia tak sesegak mana pun.
Dia tak romantik dan berhati
keras. Senyumannya manis tapi mahal. Mengalahkan harga sejongkong emas. Susah
nak tengok! Mulut pula tajam, setajam kaktus.
“Kau
buat ke?” – Muhammad.
“Mestilah...
Maaflah kalau tak sedap. Baru pertama kali buat. Belajar dekat internet.” –
Iman.
“Boleh
tahan. Sedap... Inti dia pun sedap. Tak sangka kau pandai buat karipap. Tapi
rupanya sangat buruk! Seumur hidup aku, tak pernah lagi aku tengok karipap yang
senget benget bentuknya. Sekali pandang macam karipap. Dua kali pandang bentuk
gajah pun ada juga.” – Muhammad.
Kisah bermula bila aku
terjumpa seorang bayi di dalam kotak pencuci baju syarikat Muhamad. Anak siapa
ni? Ada kaitan dengan Muhammad ke? Kenapa budak ni diletakkan depan pintu rumah
aku?
No comments:
Post a Comment