SEDETIK
LARA MEKAR DI HATI
Sara
Hezra
ISBN:
978-967-2035-25-1
RM29(SM)/RM32(SS)
TERBITAN:
Januari 2018
Irdina Iman memang 100 % cintakan Nashrul tapi
tiba-tiba Nashrul buat hal yang tak pernah terlintas dalam fikirannya. Ada
orang lain yang lebih memerlukan Nashrul jadi Iman perlu blah dari hidup lelaki
itu walaupun kaki berat untuk melangkah.
Aduh, memang macam kena hempap bongkah batu! Sakit
betul rasanya sampai kata-kata cinta menjadi tawar di hatinya. Bagi iman ucapan
cinta yang manis bersemut itu cuma acah-acah. Sehingga hadirnya Farieth,
lagilah cinta itu hilang makna. Boleh pulak dia bergurau ajak kahwin lepas tu
kantoi dia sebenarnya dah jadi tunangan orang?
Nak percayakan Farieth? Memang taklah tapi sehingga
satu ketika, lelaki itu datang bersama cinta yang dia tak mampu nak tolak lagi.
“Tak mungkin
abang cintakan Iman.”-Irdina Iman
“Iman memang tak tahu sebab itu rahsia hati abang.”-Farieth Daniel
Dalam kekalutan mahu memaknakan cinta, Nashrul
kembali, mahu mencantum rasa cinta yang bersisa. Saat hati memerlukan Farieth,
lelaki itu pula pergi bersama limpahan prasangka. Iman ditinggal dalam dilema.
Harusnya bagaimana dia? Menerima kembali Nashrul dan melepaskan Farieth? Atau
memilih Farieth dan melupakan Nashrul? Atau lepas, tinggal dan bebaskan
perasaan yang sekian lama terseksa lalu memilih untuk terus sendiri? Segalanya
memungkinkan ‘
No comments:
Post a Comment