Thursday 22 November 2018

SEMPADAN DUA DUNIA


SEMPADAN DUA DUNIA
NURHARYATI ISHAK
HARGA: RM30 (SM)/RM33(SS)
ISBN: 9789672035367
TERBITAN: DISEMBER 2018


Perpisahan kita bukan abang sengajakan.  Fiona yang memulakan,  membuatkan abang sangat terluka.  Tetapi cinta abang terikat mati padamu sampai bila-bila. ~ Syed Syeikh Ibrahim Akhtar a.k.a Baim

Fiona terluka,  abang.  Kehadiran Fiona bagai tersua-sua meminta cinta dari lelaki  macam abang.  Siapalah Fiona di mata abang.  Biarlah Fiona bawa diri.  Tempat Fiona bukan di sisi abang. ~ Fiona

Jiwamu aku pegang.  Rohmu kuseru. Kaulah cinta hatiku.  Biar jiwa kita bersatu di alamku. Nur Fiona, datanglah kepadaku.  Aku tahu kau juga menyintaiku. ~ Megat Iskandar

Ya,  Nur juga cintakan kanda.  Nur rela menjadi isterimu,  kanda.  Demi cinta kita,  Nur rela segalanya. ~ Fiona

Abang takkan biarkan Fiona pergi lagi.  Abang akan rampas Fiona dari dia.  Dia bukan dari dunia kita.  Dia bukan makhluk Allah yang diciptakan untukmu,  sayang.  Fiona hanya untuk abang. Biarlah kita cantumkan kasih kita kembali demi cinta yang abang masih pegang. ~ Syed Syeikh Ibrahim Akhtar a.k.a Baim




BAHAGIA YANG DIJANJIKAN

 
BAHAGIA YANG DIJANJIKAN
SARA IRDINA
HARGA: RM28 (SM)/RM31(SS)
ISBN: 9789672035350
TERBITAN: NOVEMBER 2018



Melihat perkahwinan kakaknya membuatkan Maisara menyimpan hasrat untuk tidak berkahwin terutama dengan orang kaya yang berlagak sombong.. Baginya, kebahagiaan dia apabila melihat keluarganya bahagia bukannya berkahwin dan dapat suami yang kaya raya.
Tapi, apa yang dia tak nak itulah yang datang mendekat dan melekat padanya. Azriel yang  muncul dalam hidupnya cukup buat dia gila dengan sikap tak faham bahasa. Apa yang dia cakap, satu pun Azriel tak ambil peduli tetap mahu dia jadi peneman hidup lelaki itu.

 “Kalau betul awak cintakan saya dan sanggup lakukan apa sahaja untuk saya. Saya nak awak tinggalkan semua harta awak dekat sini dan kita tinggal dekat kampung dengan umi. Awak kena bangunkan tanah arwah ayah saya dengan bercucuk tanam. Sanggup?”

         “Abang sanggup. Kecil punya hal tu sayang.”

Mereka diuji kiri dan kanan. Satu persatu perkara yang berlaku membuatkan mereka terpisah jauh. Apa yang akan berlaku seterusnya? Apa nasib anak yang dikandung oleh Maisara? Berjayakah semua rancangan Zety?

         Cinta yang luhur akan kekal walaupun rintangan sebesar alam dan kepercayaan sekecil zarah sekalipun. Mampukah mereka memiliki cinta luhur itu? Kebahagiaan yang dijanjikan, mampukah ia dibuat semudah melafazkan janji?

DERHAKA CINTA JEBAT


DERHAKA CINTA JEBAT    

CIK TET
HARGA: RM30(SM)/RM33(SS)
ISBN: 9789672035343
TERBITAN: OKTOBER 2018


Jebat Zulkarnain…
Dia seorang yang perengus. Egonya melebihi tahap tujuh petala langit. Setiap bait bicaranya hanya mengundang luka di hati insan yang terlalu sayangkannya.

Aisyah Humairah…
Bila hati dah terlanjur cinta… dia rela menadah hatinya untuk disakiti berkali-kali, walaupun jelas… sayang Jebat padanya hanya dusta semuanya. Cinta Jebat hanyalah helah untuk pemuda itu melunaskan dendamnya.

“Sebesar kuman pun tiada cinta dalam hati aku untuk perempuan curang macam kau ni.”

Bicara itu membunuh jiwanya. Sakit yang teramat.

“Kalau tiada sayang, kenapa awak biarkan saya terus merasa, sayalah wanita yang paling bahagia bila bergelar isteri pada suami yang paling saya cinta?”

“Sebab aku nak kau rasa balik setiap kesakitan dan derita yang kau hadiahkan untuk orang yang aku sayang. Aku akan pastikan, setiap nafas yang kau hela akan beralaskan duri yang amat tajam.”

Aisyah pasrah, Aisyah reda. Hukuman diterima dengan senang hati, tapi kenapa layanan Jebat padanya sering tak selari?

Kata benci, tapi kenapa Jebat yang terlebih cemas bila dirinya ditimpa sesuatu? Sikap caring Jebat melebihi ego dan panas baran yang sering ditonjolkan.

Pening Aisyah. Apa sebenarnya yang ada dalam hati Jebat? Kenapa Jebat begitu berdendam dengannya? Benarkah dirinya dah tak bertempat langsung dalam hati Jebat Zulkarnain?