HALYN BUKAN CINDERELLA
ANN HANN
ISBN: 978-967-2035-33-6
RM28(SM)/RM31(SS)
TERBITAN: SEPTEMBER 2018
Kalaulah aku tidak pernah bertemunya, tentu
situasi itu berbeza. Dia mungkin berada dalam dunianya sendiri tanpa mengetahui
kewujudanku.
“Untuk pengetahuann… awakkk…” Darahku
menggelegak, tidak mampu menahan amarah. “Saya bukan pelayan kafe ini!” ~ Halyn
Yong Olyphant.
Dapatkah Halyn mengharungi kehidupan
mengejutnya sebagai gadis biasa yang tiba-tiba menjadi buruan paparazi dan
media sosial sepanjang percintaannya dengan Kaizil?
Amanda, model yang terkenal itu pula tidak
pernah putus asa memburukkan imej Halyn di mata umum. “Takkanlah Kaizil pilih
awak. Dia dah buta agaknya sampai tak tahu yang mana satu berlian.”
“Dua lebih baik daripada satu, jangan tanggung
semuanya sendiri, luahkan pada aku. Aku perlukan kau dalam hidup aku dan aku
mahu kau pun begitu...” ~ Kaizil Harlan.
Seberapa besar pun cintaku padanya kadangkala
membuat aku menyesali pertemuan kami.
“Kita dah tak ada apa-apa lagi, nak jelaskan
apa pula!” Aku menambah alasan yang tepat. “Satu England tahu aku gadis liar,
aku mata keranjang.” ~ Halyn
Lalu entah bagaimana, tiba-tiba Kaizil muncul
di seberang sana, pertemuan yang tidak disengajakan. Dia, seperti aku, berdiri
di situ dengan mata kami saling bertentangan. Renungannya tajam menusuk, tidak
ada senyuman nipis seperti yang aku bayangkan.
No comments:
Post a Comment