DIA SEBENARNYA CINTA
WAN NUR NAJIHAH
ISBN: 978-967-2035-31-2
RM28(SM)/RM31(SS)
TERBITAN: JULAI 2018
Pertunangan harus membawa kepada perkahwinan! Tapi keadaan
itu tidak memihak kepada Dina. Kerana reunion sekolah itu semua berubah.
“Kalau awak fikir Nazim baik, dia akan layan saya ke? Dia sedar dia dah
bertunang, kenapa dia mesti layan saya kalau dia betul-betul sayangkan awak?”
–Lisa
“Awak perempuan, sanggup awak lukakan hati kaum awak? Awak tak rasa
bersalah ke? Kalau Nazim boleh sayangkan awak, masa bertunang dengan saya. Awak
tak rasa ke dia akan sayang perempuan lain masa dengan awak?” –Dina
Hancur hati Dina, saat menyedari cintanya dibahagikan. Lelaki
yang disangka bakal imamnya berubah gara-gara berjumpa cinta pertama. Saat dia
menutup pintu hati, Afzan muncul mengubat kekecewaanya.
“Awak tak pernah sukakan saya?” –Afzan
Dina serik. Dia takut pisang berbuah dua kali. Adakah
lelaki semua sama? Mereka akan pergi apabila jumpa yang lebih baik? Dan
tegarkah dia membiarkan hatinya terluka lagi kalau itu kembali terjadi.
“Bagi saya peluang ke dua. Kalau awak terima saya, saya akan tinggalkan
dia.” –Nazim
Saat hatinya bersedia menerima cinta baru, Nazim kembali
menyatakan rindu.
Mana satu yang harus dipilih. Nazim yang sudah menyesal
atau Afzan yang ikhlas mahukannya?
“Saya akan sentiasa bersama awak.”
Janji salah seorang lelaki yang menjadi pilihan hati. Dan
siapa sebenarnya cinta dia yang sesungguhnya?
No comments:
Post a Comment