BAHAGIA YANG DIJANJIKAN
SARA IRDINA
HARGA: RM28 (SM)/RM31(SS)
ISBN: 9789672035350
TERBITAN: NOVEMBER 2018
Melihat perkahwinan kakaknya membuatkan
Maisara menyimpan hasrat untuk tidak berkahwin terutama dengan orang kaya yang
berlagak sombong.. Baginya, kebahagiaan dia apabila melihat keluarganya bahagia
bukannya berkahwin dan dapat suami yang kaya raya.
Tapi, apa yang dia tak nak itulah yang
datang mendekat dan melekat padanya. Azriel yang muncul dalam hidupnya cukup buat dia gila
dengan sikap tak faham bahasa. Apa yang dia cakap, satu pun Azriel tak ambil
peduli tetap mahu dia jadi peneman hidup lelaki itu.
“Kalau betul awak cintakan saya dan sanggup
lakukan apa sahaja untuk saya. Saya nak awak tinggalkan semua harta awak dekat
sini dan kita tinggal dekat kampung dengan umi. Awak kena bangunkan tanah arwah
ayah saya dengan bercucuk tanam. Sanggup?”
“Abang
sanggup. Kecil punya hal tu sayang.”
Mereka diuji kiri dan kanan. Satu
persatu perkara yang berlaku membuatkan mereka terpisah jauh. Apa yang akan
berlaku seterusnya? Apa nasib anak yang dikandung oleh Maisara? Berjayakah
semua rancangan Zety?
No comments:
Post a Comment