Monday 29 August 2016

PRE-ORDER MENANTU KOMANDO PENCEN





PRE ORDER MENANTU KOMANDO PENCEN dibuka sehingga 12hb September 2016.

PM atau Whatsapp kami di 010-9333142 atau 013-3249884 atau agen-agen kami untuk membuat pesanan.
CIMB: 8602485740 Zainuriah Abd Rahman 
Maybank: 164052486692 Hamisah Abdul Rahman

Monday 22 August 2016

MENANTU KOMANDO PENCEN - CIK TET


AKAN DATANG!!!!!





Blurb:
“Maafkan saya Rania, saya tak boleh nak teruskan pernikahan ini. Saya tak nak kita menyesal di kemudian hari.”

Kejamnya Ikhwan! Mudahnya dia mengakhiri satu hubungan yang telah hampir dua tahun terjalin. Apatah lagi di saat tarikh pernikahan mereka hanya tinggal empat belas hari sahaja lagi.

Rania nanar, kecewa dan sedih. Teganya Ikhwan memalukan dia dan keluarganya. Bagaimana dia harus berdepan dengan Komando Pencen Misai Melentik dekat kampung sana?

“Saya yakin ada jodoh lain yang sedang menanti awak. Hanya orang yang betul-betul bertuah yang akan dapat memiliki awak.”

Di saat dia sedang bersedih tahap nak gelek diri dengan tayar kapal terbang, kata-kata itu muncul meniup semangat dalam dirinya yang hampir hilang.

Kalif Adrian, pertemuan pertama mereka berlaku ketika Rania kehilangan. Namun, pemuda itu seakan begitu dekat di hatinya. Layanan dan tingkah pemuda itu meninggalkan satu debaran yang dia kurang mengerti.

“Itulah, derhaka sangat. Tuhan ni Dia bayar tunai je tau...”

“Awak merepek apa ni? Saya nak derhaka pada siapa? Awak tu bos bukannya suami saya.”

“Jangan berkasar dengan saya Nia, tak cium bau syurga nanti..”

Ahh! Pening Rania dengan peel si Kalif yang entah apa-apa tu. Dia tahu, boss is always right. Tapi, takkanlah melawan cakap bos pun boleh dikira derhaka dan tak cium bau syurga?

Siapa sebenarnya Kalif Adrian dalam hidup Seri Rania? Nak kata bos, macam kekasih. Nak mengaku kekasih, Rania sedar diri. Dia hanyalah gadis biasa.

Buntu! Pening!

Tuesday 16 August 2016

SAAT AKU BERPALING

Di antara novel yang terlaris di Pesta Buku Shah Alam. Maaf...background music tiada. So, mainkan sendiri lagu Takdir Cinta nyanyian Fauziah Latiff ya. Peace....


Monday 15 August 2016

Buku-Buku Terlaris di Pesta Buku Selangor

Lima buku keluaran KASEH ARIES yang terlaris semasa PESTA BUKU SELANGOR yang berlangsung dari 28/7/2016 - 7/8/2016.




#1. AIRIL VS MAIRA



#2. CARTA HATI


#3. MY SWEET ARISSA


#4. SAAT AKU BERPALING


#5. CERITA CINTA KITA



Wednesday 10 August 2016

CARA PEMBELIAN




Sesiapa yang berminat nak order buku-buku terbitan KASEH ARIES, boleh hubungi kami melalui 
PM atau whatsapp kami di 013-3249884 @ 010-9333142


Sila bank in ke acct :

Cimb - 8602485740 (Zainuriah bt Abd Rahman)

Email bukti bayaran berserta nama ,alamat ,no telefon ke orderonline.kaseharies@gmail.com
atau boleh whatapp ke 013-3249884 @ 010-9333142

AIRIL vs MAIRA - JEN NJ

AIRIL vs MAIRA - JEN NJ
ISBN 978-967-2035-00-8
RM29(sm)/RM32(ss)
Terbitan: July 2016

Kerana dirimu seindah pelangi Tuhan,
Dalam lebat hujan rela ku tunggu kau datang.
Kerana cicak dan katak, Airil dan Maira menjadi musuh ketat yang sangat hebat. Hidup Airil tidak pernah aman dengan kehadiran Maira. Sehinggalah gadis gangster itu menjadikan dirinya tunang secara paksa. Sampai satu saat, Airil terpaksa mengaku yang dia juga turut sama mencintai Maira. Segalanya nampak indah sehinggalah menghampiri tarikh dua minggu perkahwinan mereka. Maira hilang dalam satu kisah yang sangat tragis.

“ Mairaaa.” Dijerit nama tunangnya sekuat hati dalam tangisan yang menggila.
“ Sabar Ril.” Zack peluk tubuh itu. Bersama air matanya yang juga lebat. Sekejap kemudian, Airil terkulai dalam pelukannnya. Lelaki itu pengsan.

Dengan izin Tuhan, mereka diberi peluang kedua. Cinta kembali bersatu. Namun segalanya tak mudah dan tidak semuanya indah. Apa yang ditinggalkan, kembali mengejar tanpa mereka rela dan sedar. Berdepan dengan realiti, pahitnya melebihi fantasi. Kerana dendam, mereka mula dikejami. Kerana cinta, mereka berusaha menjahit luka yang terkoyak. Mampukah mereka cantum kembali sisa-sisa kasih yang dicarik?

AIRIL VS MAIRA: Apa yang mereka perjuangkan…hanya yang mengerti mampu memahami. Dan…hanya yang memahami mampu merungkaikan segala persoalan.



CARTA HATI - ZUHRI MOHD

CARTA HATI - Zuhri Mohd
ISBN 978-967-13888-9-1
RM20(sm)/RM23(ss)
Terbitan Jun 2016

Blurb CARTA HATI yang dinanti...

“Lebih baik kau pergi, sebelum…” Kayu hoki yang digenggam mahu dihalakan pada kereta itu. – Syakila, Minah Gangster

Nasib baik dia tak sempat hayun kayu hoki pada cermin kereta Mamat Kerek tu! Orang suruh alih kereta elok-elok, dia boleh jawab gaya artis pula. Bengang betul jadinya. Tapi, kalau bukan artis… mana pula datangnya wartawan dan jurukamera ni semua?! Takkanlah sebab dia berlagak jadi minah gangster terus datang wartawan dan jurukamera nak dapatkan berita. Tak logik!

“Ni lagi seorang. Ha, kau tersesat dari mana? Hutan Lipur Lintang?” – Zairis, Mamat Kerek

Kalau ikutkan hati memang nahas Mamat Kerek tu dia kerjakan! Silap hari bulan, patah riuk tulang Mamat Kerek tu! Bengang betul dia.

Belum selesai dengan Mamat Kerek tu, kawan baik a.k.a Minah Obses pula buat pasal. Si Nura tu memang obses dengan model yang baru nak naik, tapi ada ke masuk pertandingan giveaway artis, guna profail dia?! Tak semenggah betul. Dahlah dia jenis update Instagram lepas tu tak tahu apa jadi.

“Nura!!! Apa kau dah buat dengan Instagram aku?!” – Syakila, Minah Gangster
“Alah, aku tak ada Instagram masa tu. Jadi, aku terguna kau punya sebab model terkenal tu ada buat giveaway kat akaun dia. Aku nak join sebelum tarikh tamat.” – Zainura, Minah Obses.

Ohlalala… senangnya jawapan Nura. Sekarang ini yang menanggung adalah dia. Tak pasal, akaun Instagram dia kena serbu dengan crazy fans model tu sebabnya dalam ramai-ramai crazy fans model tu, dia yang terpilih sebagai pemenang giveaway tersebut.

Masalahnya sekarang ini, model tu adalah Mamat Kerek! Haila… kenapa ramai-ramai orang dalam Malaysia ni mereka sering dipertemukan? Takdir apakah ini? Atau, inikah yang dinamakan rahsia jodoh?


Kalau betullah ada jodoh antara mereka, bolehkah Minah Gangster dan Mamat Kerek bersatu? Mampukah mereka mencari jalan penyelesaian yang mencetuskan konflik antara keduanya? Mampukah mereka berdamai dan apakah yang terjadi pada Zainura, gadis yang terlalu obses terhadap Zairis? Mampukah Zairis mendaki Carta Hati Syakila? Atau berjayakah Zainura menduduki Carta Hati Zairis?

SAAT AKU BERPALING - ADRY TIHANI

Saat Aku Berpaling – Adry Tihani
ISBN 978-967-13888-8-4
RM29(sm)/RM32(ss)
Terbitan Mei 2016


Tidak mudah menjadi Nadhirah. Sejak kecil dia sudah biasa dicaci, dimaki, diherdik, dihina, didera dan dikecam. Malah mendapat bapa tiri kaki pukul dan kaki botol, babak pergaduhan antara Natrah dan Johan telah menjadi hidangannya saban hari.

“Give me some money and I let her go.” – Johan
“Kill her Johan! Do you really think that I would care?” - Natrah

Saat dirasakan dunianya gelap, muncul seorang lelaki menyelamatkannya. Dalam keterpaksaan, dia diterima dalam keluarga Tan Sri Malik dan Puan Sri Munirah. Fikirnya babak sedih dalam hidupnya akan berlalu pergi. Namun...

“Kehadiran Nadhirah dalam keluarga ini adalah rahsia. Papa tak nak orang luar tahu pasal kewujudan dia. Faham?” – Tan Sri Malik.

Beberapa tahun berlalu. Dia memilih untuk kembali ke Australia, menyambung pengajian di sana sambil meneruskan legasi ibunya. Di sana dia mengenali Imran. Lelaki yang mampu membuat hatinya yang mati kembali penuh dengan rasa. Dia mula menggantung harapan.

“Jangan lah reject lamaran saya. Awak tak kesiankan saya ke? Kalau awak tolak, siapa lagi yang nakkan saya ni.” – Imran

Dalam diam, kehadiran Faliq, peguam muda a.k.a Penyamun Australia mengusik jiwa gadisnya. Dia terperangkap. Antara Imran dan Faliq, siapa yang harus dia pilih?

“Saya sukakan awak. Sebab tu saya cari awak.” - Faliq

Akhirnya rahsia yang merantai dirinya dan keluarga Tan Sri Malik terbongkar jua. Dia kecewa. Hatinya parah dilukai. Teganya lelaki yang dia sayang sepenuh jiwa merobek seluruh kepercayaannya. Dilukai berkali-kali, kali ini dia tekad. Dia jadi pendendam. Mengatur satu persatu rancangan asalkan hatinya puas dan dendamnya terbalas.


Adakah Nadhirah berjaya dalam rancangannya? Apa yang terjadi pada keluarga Tan Sri Malik dan Puan Sri Munirah? Bagaimana pula kisah hidup Natrah dan Johan? Apakah hubungan Natrah dan Tan Sri Malik? Antara Imran dan Faliq siapakah yang layak bertakhta di hati Nadhirah?

MY SWEET ARISSA - SANIA YASMIN

My Sweet Arissa – Sania Yasmin
RM29(sm)/RM32(ss)
ISBN 978-967-13888-6-0
Terbitan April 2016


KERANA terlalu tamak Arissa terjebak dengan along. Semuanya gara-gara terpengaruh dengan skim pelaburan internet yang boleh mendapat pulangan berkali-kali ganda. Kerana tidak mampu hendak membayar, Arissa berusaha melarikan dirinya.

Dia bertemu dengan Hakimi, Pengarah Urusan Sweet Arena Hotel yang juga bekas majikannya dahulu. Merayu meminta Hakimi menolongnya. Dengan rasa berat Hakimi membawa Arissa dan menyembunyikan gadis itu di rumahnya itu sementara waktu.

“Awak pinjam dari along lepas tu kena tipu lagi.” – Hakimi.

Rasa serba salah hendak menolong gadis itu, namun rasa bersalah jika tidak ditolong. Masalahnya datang membuat dia terfikirkan Arissa, tetapi ikhlaskah begitu pertolongan yang diberi.

“Kerja ni tak ada skop.” – Hakimi.
“Apa maksud encik? Kerja apa ni? Jawatan apa?” - Arissa
“Isteri saya.” – Hakimi.

Bagaikan keluar mulut naga, masuk mulut buaya. Tetapi, itu lebih elok daripada menjadi mangsa along. Akhirnya Arissa bersetuju, untuk tiga bulan menjadi isteri kepada Hakimi Razali.

Permulaan perancangan mereka berjalan dengan baik. Namun tidak disangka ada kisah-kisah lain yang berlaku disebaliknya yang membuat ayah Hakimi, Encik Razali kembali ke Malaysia.

“Awak tak sihat ke?” – Hakimi.

“Mana nak sihat... walid encik nak balik. Itu maknanya, umi encik takkan balik ke Doha lagi. Dari dua tiga bulan janji kita, ini dah macam nak jadi dua tiga puluh tahun kahwin dengan encik.” - Arissa.


Apa yang menyebabkan Encik Razali pulang ke Malaysia? Kekalkah rancangan Hakimi dan Arissa menjadi suami isteri untuk dua, tiga bulan sahaja?