CARTA HATI - Zuhri
Mohd
ISBN 978-967-13888-9-1
ISBN 978-967-13888-9-1
RM20(sm)/RM23(ss)
Terbitan Jun 2016
Terbitan Jun 2016
Blurb CARTA HATI yang dinanti...
“Lebih baik kau pergi, sebelum…” Kayu hoki yang digenggam mahu
dihalakan pada kereta itu. – Syakila, Minah Gangster
Nasib baik dia tak sempat hayun kayu hoki pada cermin kereta
Mamat Kerek tu! Orang suruh alih kereta elok-elok, dia boleh jawab gaya artis
pula. Bengang betul jadinya. Tapi, kalau bukan artis… mana pula datangnya
wartawan dan jurukamera ni semua?! Takkanlah sebab dia berlagak jadi minah
gangster terus datang wartawan dan jurukamera nak dapatkan berita. Tak logik!
“Ni lagi seorang. Ha, kau tersesat dari mana? Hutan Lipur
Lintang?” – Zairis, Mamat Kerek
Kalau ikutkan hati memang nahas Mamat Kerek tu dia kerjakan!
Silap hari bulan, patah riuk tulang Mamat Kerek tu! Bengang betul dia.
Belum selesai dengan Mamat Kerek tu, kawan baik a.k.a Minah
Obses pula buat pasal. Si Nura tu memang obses dengan model yang baru nak naik,
tapi ada ke masuk pertandingan giveaway artis, guna profail dia?! Tak semenggah
betul. Dahlah dia jenis update Instagram lepas tu tak tahu apa jadi.
“Nura!!! Apa kau dah buat dengan Instagram aku?!” – Syakila,
Minah Gangster
“Alah, aku tak ada Instagram masa tu. Jadi, aku terguna kau punya sebab model terkenal tu ada buat giveaway kat akaun dia. Aku nak join sebelum tarikh tamat.” – Zainura, Minah Obses.
“Alah, aku tak ada Instagram masa tu. Jadi, aku terguna kau punya sebab model terkenal tu ada buat giveaway kat akaun dia. Aku nak join sebelum tarikh tamat.” – Zainura, Minah Obses.
Ohlalala… senangnya jawapan Nura. Sekarang ini yang menanggung
adalah dia. Tak pasal, akaun Instagram dia kena serbu dengan crazy fans model
tu sebabnya dalam ramai-ramai crazy fans model tu, dia yang terpilih sebagai
pemenang giveaway tersebut.
Masalahnya sekarang ini, model tu adalah Mamat Kerek! Haila…
kenapa ramai-ramai orang dalam Malaysia ni mereka sering dipertemukan? Takdir
apakah ini? Atau, inikah yang dinamakan rahsia jodoh?
Kalau betullah ada jodoh antara mereka, bolehkah Minah Gangster
dan Mamat Kerek bersatu? Mampukah mereka mencari jalan penyelesaian yang
mencetuskan konflik antara keduanya? Mampukah mereka berdamai dan apakah yang
terjadi pada Zainura, gadis yang terlalu obses terhadap Zairis? Mampukah Zairis
mendaki Carta Hati Syakila? Atau berjayakah Zainura menduduki Carta Hati
Zairis?
No comments:
Post a Comment