My Darling Angel –
Ayra Awatif
RM25(sm)/RM28(ss)
ISBN 978-967-13888-7-7
Terbitan April 2016
Pertemuan pertama kali di antara mereka sememangnya langsung tidak di rancang. Kehilangan Haziq sewaktu bermain di taman tasik telah menjadikan titik permulaan pertemuan di antara Elzaara dan juga Brian. Salam perkenalan yang dihulurkan oleh Brian buat Elzaara tidak pernah bersambut, malahan hanya angin yang sudi menyapanya.
Brian William – “I love her since our
first meeting lagi. She has stolen my heart and I tak boleh nak lupakan dia
sejak daripada pertemuan pertama tu lagi.
Mula-mula memang I kecewa sebab
Elzaara dah kahwin. Pada mulanya I betul-betul tak percaya yang I dah jatuh
hati dengan isteri orang. I rasa macam I ni dah gila sebab I ada perasaan dekat
isteri orang sampai I hampir-hampir depressed. I really want to let go my
feeling towards her but who were thought that I will see her again, with you,
here, at the cafe.”
Cinta tak mengenal sesiapa. Biarlah orang
kata dia kolot tetapi dia yakin dengan apa yang dia rasakan. Pelbagai cara dia
gunakan untuk memikat hati keras Elzaara tapi malangnya hati Elzaara tidak
mudah untuk menerima segala umpanan daripada lelaki itu. Hatinya sudah bertekad
untuk tidak akan mempercayai lelaki selagi hatinya masih berdendam dengan kaum
yang bernama lelaki.
Elzaara Natasya – “Aku tak percaya
langsung. Kehadiran lelaki dalam hidup wanita ni hanya menyusahkan hidup. Kau
percayalah cakap aku ni. Bukti dah ada depan mata. Kalau orang lain nak kahwin,
silakan. Aku takkan menghalang tapi, jangan paksa aku untuk memperjudikan masa
depan aku dalam hubungan perkahwinan ni.”
Sikap prejudis dan dendam Elzaara terhadap
lelaki takkan pernah padam. Baginya lelaki ini hanya menyusahkan hidupnya
sahaja. Fokusnya kini hanya terhadap Haziq seorang. Tapi takdir Allah telah
merubah segalanya. Kerana dendam kesumatnya, hidupnya kini bertukar 360 darjah!
Kemelut yang melanda kehidupan mereka kini
telah merubah segala-galanya. Dapatkah Brian memadamkan dendam kesumat yang
terpahat kukuh di hati Elzaara? Berjayakah hati Elzaara yang sekeras batu
kerikil dilembutkan oleh lautan cinta suci Brian? Dan benarkah Elzaara
sebenarnya isteri orang?
No comments:
Post a Comment