Epilog Kita – Ieya
Sya
RM24(sm)/RM27(ss)
ISBN 978-967-13888-3-9
Terbitan Februari 2016
Bukan
mudah mengenali pemilik hati. Lagi tak mudah mengenali yang memiliki hati.
Hidup
yang indah tiba-tiba kucar-kacir. Hanya
kerana dua perkataan, Hani tercampak masuk ke dalam dunia Ryan. Mulanya kerana terpaksa, tapi lama-lama dia
merasakan hatinya sendiri merelakan.
Simpatikah dia pada lelaki yang hidup tak macam manusia itu? Ah, tak mungkin!
Rancangan
yang diatur kononnya yang terbaik. Tapi,
lain yang dirancang, lain pula yang
terjadi. Kadang-kadang melayan Hani buat
dia rasa seperti nak gila, tapi yang dia tidak tahu…Hani yang hamper gila
melayan karenahnya.
“Aku
bagi kau masa sebulan! Kau kena pastikan orang tua tu sakit!”
“Ini tidak adil” jerit Hani tiba-tiba.
“Adil atau tak, itu syarat aku!”
Hani
mengeluh. Mana mungkin dia menyakiti
hati orang yang tak bersalah. Ryan ingat
dia tak ada hati dan perasaan seperti lelaki itu ke? Namun semuanya jadi bercelaru bagi Hani saat
ibu Ryan menunjukkan seutas rantai dan menceritakan derita yang dihadapi
‘musuh’ Ryan.
Kusut!
Tambah kusut bila hadirnya orang ketiga yang bertindak gila. Kerana cinta, manusia bertindak gila. Kerana cinta, manusia sanggup membunuh. Kerana cinta…
Mampukah
Hani si mulut wisel dan Ryan si topeng raksasa berdamai?
EPILOG
KITA; pengakhiran kisah mereka yang merungkai semua rasa dan rahsia…
No comments:
Post a Comment