Cintai Aku Dengan Restu-NYA – Rafina Abdullah
RM30(sm)/RM33(ss)
ISBN 978-967-13888-4-6
TERBITAN Mac 2016
IRDIANA ~ “I tak bahagia dengan you. Kalau dengan Arash, I dapat rasa kebahagiaan
itu.”
IDLAN ~ Ekoran sikap buruk Irdiana, dia mengambil kata
putus berpisah sementara. Kampung
halaman menjadi destinasi tenangkan diri.
Terserempak pula bekas tunang yang selama ini tak dipeduli.
Timbul keinginan menebus
kesilapan lalu. Hati lelakinya pula tak
boleh menipu saat cinta berputik. Bekas tunang jadi buruan. Pelbagai cara dibuat bagi menambat hati Ika
Alia walau terpaksa bertindak nakal dengan berbohong.
“Dalam guni tu ada ular
sawa. Abang dan ayah tangkap lepas subuh
tadi. Ular tu cuba masuk reban ayam.
Petang ni abang nak hantar ke Pejabat Perhilitan. Kalau Ika berani, pergilah duduk
belakang.” Idlan buat muka serius. Hilai tawa pecah dalam perut.
IKA ALIA ~ Putus tunang? Dia tak kisah langsung. Jauh sekali nak bersedih. Selama tempoh bertunang, tidak sekalipun
Idlan datang menemuinya. Wajahnya pun
Ika ingat-ingat lupa. Nak sedih buat
apa?
Ketika Idlan muncul semula,
Ika menyampah apabila Idlan tunjuk muka.
Tapi hati perempuannya lembut memberi maaf. Namun, krisis bermula apabila Idlan menuntut
hak dirinya sebagai tunang.
“Pada abang, cincin itu
sebagai bukti pertunangan kita belum putus.”
Itu kata Idlan. Tapi Ika jengkel
dengan tuntutan itu. Dulu Idlan tak
mahukan dia. Sekarang, terhegeh-hegeh!
“Nah, ambil balik cincin
tunang. Pinggan tak retak, nasi tak
dingin. Sekali Encik Idlan tak nakkan
saya, seribu kali saya tak ingin.”
Ketegasan Ika tak bertahan
lama apabila akur dengan perasaan sendiri.
Idlan tak bertepuk sebelah tangan.
Tapi tak semudah itu dia dapat terima Idlan semula. Ketika ibu Idlan terlantar sakit, keadaan
jadi huru-hara. Perasaannya bercampur
antara simpati dan cinta.
No comments:
Post a Comment