RM24(sm)/27(ss)
ISBN 978-967-13888-1-5
Terbitan Januari 2016
“Cubalah keluar berdua dengan dia...”
“If she doesn’t mind. Along boleh aje.”
“Babe, apa ni?”
Pertemuan tidak disengajakan di rumah keluarga Zulfan Adwan
membuatkan Nada Qaireen terjebak dengan jejaka playboy tersebut. Adwan
menyambut cabaran Amanda, adik bongsunya itu tanpa ragu. Namun, penolakan
Qaireen mencabar ego lelakinya dan menjejaskan reputasi playboynya. Tidak
pernah lagi ada gadis yang berani menolak permintaannya mentah-mentah. Qaireen
itulah yang pertama.
Pelbagai cara dilakukan Adwan asalkan Qaireen bersetuju untuk
keluar dengannya. Bagi Adwan, selagi Qaireen menolak, selagi itulah dia tidak
berputus-asa.
“Merah dan renda. Seksi!”
“Oh, shut up!”
“Oh, shut up!”
Qaireen mati akal. Selagi dia tidak bersetuju, selagi itulah
jejaka playboy tersebut terus-menerus mengungkit kisah si merah yang berenda
seksi itu. Ah, malu!
Tapi, satu masalahnya. Qaireen itu gadis yang cukup kain. Dari
atas ke bawah, semua bertutup rapi. Tak ada peluang langsung nak jeling-jeling
buat mencuci mata. Sedangkan dia, kalau boleh semakin kurang kain yang menutup
di tubuh gadis-gadis yang dikenalinya, semakin jadi idamannya.
Dalam ramai-ramai gadis seksi koleksi ‘tukar baju’ Adwan,
siapakah yang mampu merebut cinta sejati seorang playboy ini? Atau selera si
playboy telah bertukar dari gadis tak cukup kain kepada gadis yang terjaga rapi
penampilannya? Mampukah playboy sejati bertukar menjadi imam dalam mengemudi
diri dan keluarganya nanti? Andai Qaireen menerima tawaran Adwan, mampukah dia
berhadapan dengan semua gadis-gadis seksi koleksi ‘tukar baju’ Adwan?
No comments:
Post a Comment