ALAHAI, CINTA
NORSHIEMAH MD YASAN
ISBN: 978-967-2035-48-0
RM26(SM)/RM29(SS)
TERBITAN: JULAI 2019
Hariz dan Hakeem,
dua beradik yang berbeza prinsip hidup. Hariz, si teruna tampan yang sejuk beku
tetapi penuh dengan kasih sayang dan cinta hanya untuk keluarga. Hakeem, si
Romeo kampung yang kacak dan bermulut manis tetapi tidak serius dalam semua
perkara. Tak cukup dua orang kekasih, ada hati nak tambah lagi.
Tiba-tiba
Pak Talib merancang nak jodohkan Raisya untuk Hariz. Macam cacing kepanasan si
adik apabila buah hati nak kena pinang dengan abang sendiri. Puas Hakeem
memujuk si abang supaya berkahwin dengan Zalikha, si gadis manis yang mencintai
Hariz dalam diam.
“Along
tak tahu yang along boleh bahagiakan orang lain atau tak. Tengok sajalah abah
dengan kau. Korang berdua pun along
tak boleh nak bahagiakan.” - Hariz.
“Along
jangan macam-macam. Walau macam mana pun Hakeem akan tetap kahwin dengan dia.”
– Hakeem.
“Kata
Ika gatal. Kalau gatal kenalah garu. Abang sendiri yang kata Ika gatal, kan.” -
Zalikha
Bila dipaksa kahwin, hidup Hariz mula
tidak tentu arah. Siapakah jodoh Hariz? Raisya atau Zalikha? Hakeem pula
menggigit jari bila kekasihnya menjadi milik orang lain. Adakah jodoh lain
untuk Hakeem? Tapi siapa dia? Alahai… Cinta. Kalau sudah cinta, katakan saja.
No comments:
Post a Comment