MAYA ADIRA
ISBN: 978-967-2035-46-6
RM30 (SM)/RM33(SS)
TERBITAN: APRIL 2019
Kata Irfad, dia sudah buang perasaan cinta (wekkk..menyebutnya
langsung buat dia benci) jauh-jauh. Perempuan semuanya dusta! Dia pernah
agungkan cinta. Dulu. Sekarang ini, maaf, boleh blah!
Aflah, gadis yang
serba ada. Rupa, harta mahupun nama (tak ada nama takkan nak panggil hantu
kot...hihihi...)
Malangnya cintanya
dikhianati oleh tunang juga rakan baiknya. Bodoh, dia mengambil tindakan paling
ekstrem.
Bila dua hati yang
parah bertemu, ada satu cerita bertamu.
Sesungguhnya takdir
mempermainkan mereka, membelit hati dan menyatukan jiwa yang masih lagi
berdarah. Irfad mahu mencari jalan keluar sewaktu dia dan Aflah dipaksa
bersatu. Nadya hilang punca, cuba meraih Irfad kembali padanya.
Mahu cinta
hatinya menjadi miliknya kembali.
Siapa antara dua jadi
pilihan? Nadya yang kembali kepadanya, atau Aflah yang kini mengusik jiwa.
Irfad kini mencari cinta, mencari suri untuk dijulang hidupnya, SUDI JADI
ISTERI SAYA?
No comments:
Post a Comment